Umpama masuk ke rumah orang kenalah dijaga tingkah laku. Kalau di rumah, jika buruk tingkah laku atau biadap tutur katanya, mungkin dihalau oleh tuan rumah.

Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok jin akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar.

Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.

baca juga pantang ketika bertemu harimau

 

JANGAN BAWA TELUR & DAGING

Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin.

Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak.

Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong.

Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.

 

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

 

KAWASAN LAPANG & RUMPUT MATI

Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling.

Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut.

Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.

Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu.

Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain ataupun lalu di tepi tempat tersebut.

 

SUSUR AKAR BERJUNTAI

Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”.

Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.

IKLAN

Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai.

Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

baca juga kenali pokok kulim

 

MEMAKAI WANGIAN

Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam.

Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.

Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya.

Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.

 

TAPAK KAKI RUSA

Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut.

Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil.

Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.

IKLAN

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

 

PANGGILAN NAMA

 

Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank.

Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.

Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.

Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

 

SISA MAKANAN

 

Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan.

Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

 

IKLAN

UNGGUN API

Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan.

Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar.

Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara.

Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

baca juga tip berkhemah dalam hutan

 

BUNYI BISING

 

Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal.

Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga.

Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita.

Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.

 

SULUH TIDAK TENTU ARAH

Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak perlu. Takut tersuluh cik pon bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.

 

Adab & Tatacara Memancing Di Dalam Hutan Banat!!

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI