Banyak perkara yang boleh dipelajari dari hobi memancing. Selain melatih kesabaran, ia juga menjadi kayu pengukur atau tanda aras tahap kematangan kita.
#1
Kita berhenti menilai dan menghukum pemancinglain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
#2
Kita boleh menerima minat pemancinglain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksubkepada sesatu teknik atau segmen memancing.
#3
Ads
Kita berani melepaskan kenangan lama yangpahit(kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
#4
Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
#5
Ads
Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihinanetizen.
#6
Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.
Kita berhenti membandingkan hasilkita denganhasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.
#8
Kita boleh bezakan KEHENDAKdan KEPERLUAN memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
#9
Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnyaset pancing”.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan ruby snapper sama macam ikan merah dan jenahak juga, masak apa pun sedap! Tapi kalau nak dibandingkan, ikan ruby lebih sedap. Hanya, kebanyakan ruby yang dinaikkan bersaiz kasar maka paling cantik ialah dibuat kari!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan :
1. Tumis bahan hiris bersama daun kari, halba campur dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak semula. Masukkan juga cili kering.
3. Masukkan santan dan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan dan bendi. Masukkan serbuk perasa, garam, tomato, cili hijau, cili merah. Biarkan hingga mendidih seketika.
Selain nama sembilang atau semilang, terdapat juga sesetengah orang memanggil spesies ini dengan nama gemang atau sembilang gemang. Namun terdapat juga pendapat atau pertikaian tentang nama ikan ini.
Ada yang mengatakan sembilang dan gemang merupakan dua spesies ikan yang berbeza sementara, satu pendapat lagi mengatakan kedua-dua nama tersebut merupakan spesies yang sama di mana gelaran gemang lebih merujuk kepada spesies sembilang yang besar.
Secara peribadi, penulis lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan sembilang dan gemang merupakan spesies ikan yang sama dan nama gemang merujuk kepada ikan yang bersaiz besar. Sebagaimana spesies sebarau atau Hampala macrolepidota, rata-rata kaki pancing menggelar ikan ini sebarau namun jika spesimen bersaiz besar, gelarannya berubah menjadi badong.
Begitu pun, penulis tidak pula mengatakan pandangan yang mengatakan sembilang dan gemang ialah dua spesies berbeza adalah salah sama sekali.
Sebenarnya, pertikaian gelaran nama ikan seperti ini bukannya isu besar, malah bagi penulis tidak ada yang salah kerana gelaran nama biasa atau common name sesuatu spesies biasanya bergantung kepada demografi sesuatu kawasan. Malah, common name ini bukanlah antara langkah pengelasan saintifik dalam proses mengenal pasti spesies ikan (fish identification).
Kesimpulannya, nama gelaran boleh menjadi lebih daripada satu tapi merujuk spesies ikan yang sama atau sebaliknya nama yang sama tapi mahu merujuk spesies berlainan. Bagi penulis sendiri isu pertikaian nama gelaran ikan bukanlah hal besar dan terpulang kepada pemancing itu.
Sebaiknya, jika anda mahu mengenal pasti sesuatu spesies ikan dengan tepat, anda boleh merujuk kepada kaedah pengelasan secara saintifik.
Apa kata netizen?
“Sembilang dan gemang adalah spesies yang berbeza. Saya pernah memperoleh dua spesies ini dalam skala saiz yang sama. Terdapat sedikit perbezaan pada bentuk kepala dan saiz kedua ikan ini. Selain daripada itu ia sangat mirip dan hampir sama saja jika ditengok sekali imbas. Sayangnya saya tidak dapat untuk membuktikannya dalam bentuk foto kerana tidak membawa handphone berkamera ketika itu.”
“Pada saya sembilang terbahagi kepada dua iaitu sembilang dan sembilang karang atau usat. Kalau sembilang bersaiz biasa atau kecil, ia dipanggil sembilang tetapi kalau bersaiz kasar ia akan dipanggil gemang. Setakat ini saya tidak nampak apa perbezaan antara sembilang dan gemang.”
“Apa yang saya tau ikan gemang dan sembilang ialah ikan yang berbeza. Di tempat saya kalau ikan sembilang tu ialah ikan keli air tawar. Ikan gemang pula ialah ikan keli air masin. Dari dulu lagi orang kampung panggil macam tu.”
“Memang susah nak buktikan secara saintifik sebab tak ada saintis nak buat kajian pasal ikan sembilang. Tapi saya sangat pasti sembilang dan gemang adalah dua spesies berbeza. Paling nyata adalah pada bahagian ekor. Ekor sembilang lebih tirus dan meruncing hingga ke hujung sementara gemang pula bulat pada hujung.”
Apabila ada rakan mengajak ke Kuala Trong untuk mengilat siakap liar, tanpa berfikir lebih mendalam saya terus menyatakan persetujuan. Walaupun nama Kuala Trong sebagai padang pancing tidak lagi segah dahulu, namun sistem sungai yang melingkari hutan kayu bakaunya masih lagi berpenghuni. Siakap, siakap merah atau setidak-tidaknya populasi ikan bulan masih lagi berkembang biak dengan sempurna.
Sejurus tiba dan sebelum mencari tempat penginapan, kami berdua bertemu dahulu dengan boatman atau tekong yang akan membawa kami mengilat keesokan harinya. Berita daripada tekong berkenaan aktiviti memancing selama dua hari termasuklah pada hari itu amat positif.
Banyak spesimen siakap atau kakap putih skala berat sehingga 9 kg berjaya didaratkan. Beliau amat positif rezeki dan cuaca akan berpihak kepada kami. Namun malam itu bumi Kuala Trong dibasahi hujan setelah hampir seminggu panas terik.
Ketibaan kami di jeti Kuala Trong keesokan paginya disambut oleh hujan lebat juga. Hampir satu jam juga kami pasrah menunggu sehingga hujan reda. Setelah hujan reda, tekong segera membawa kami ke sebuah muka kuala sungai kecil yang sebelum ini merupakan spot utama kami memburu siakap.
Berikutan airnya yang agak keruh dan sementara menanti air yang keruh itu ditolak ke hulu oleh air pasang, kami ke spot lain dahulu namun tiada sebarang hasil diperoleh.
Sejam kemudian kami kembali semula ke spot tersebut namun spot tersebut terlebih dahulu dilabuh oleh sampan fiber dan pemancing lain. Dalam pada itu sempat juga kami menyaksikan salah seorang pemancing di sampan tersebut bertarung dengan siakap dan serta menghulurkan bantuan mendaratkan hasil tangkapannya.
Mungkin dek bantuan ikhlas yang kami berikan, setelah berlabuh tidak jauh dari spot utama itu, saya berjaya pula mendaratkan seekor siakap merah saiz hidangan.
Setelah berteduh beberapa ketika tatkala matahari terpacak di atas kepala, kami bersama dua buah sampan fiber lagi menyambung kembali aktiviti mengilat. Kembali ke spot yang sama, gewang rattlin yang saya gunakan disambar sesuatu.
Walaupun saiznya sekitar satu kilogram saja ia cukup bermakna kepada saya. Apatah lagi itulah siakap tunggal yang kami peroleh dan orang kedua yang berjaya mendaratkan siakap pada trip hari tersebut.
Walaupun hasil trip agak kurang memberangsangkan, ditambah pula dengan faktor cuaca yang kurang cantik, sedikit sebanyak ia membuktikan Kuala Trong masih lagi mampu dan berupaya menjadi padang pancing untuk kaki-kaki mengilat memburu spesies raja muara.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...