Ikan ruby snapper sama macam ikan merah dan jenahak juga, masak apa pun sedap! Tapi kalau nak dibandingkan, ikan ruby lebih sedap. Hanya, kebanyakan ruby yang dinaikkan bersaiz kasar maka paling cantik ialah dibuat kari!
Bahan-bahan:
Ads
1 ekor ikan ruby snapper saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
1 labu bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2.5cm halia (dikisar)
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar cili kisar
5 tangkai cili kering (dipotong-potong)
3 tangkai daun kari
1 senduk rempah kari
Santan secukupnya
Sedikit air asam jawa
5 batang bendi (dipotong)
2 biji tomato (dipotong 4)
3 tangkai cili hijau (dipotong 2)
3 tangkai cili merah (dipotong 2)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Gula (jika perlu)
Sedikit minyak
Cara Penyediaan :
Ads
1. Tumis bahan hiris bersama daun kari, halba campur dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak semula. Masukkan juga cili kering.
3. Masukkan santan dan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan dan bendi. Masukkan serbuk perasa, garam, tomato, cili hijau, cili merah. Biarkan hingga mendidih seketika.
4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kenapa kalau isteri mengandung… suami kena cuti memancing? Secara peribadi saya sama sekali tidak bersetuju dengan pantang larang ini. Tetapi kalau si suami berhenti memancing buat seketika atas tujuan lain, itu cerita lainlah. Apa pun, mari kita lihat apa kata netizen tentang pantang larang ini.
“Lagi satu teori yang saya pernah dengar dari Mufti Menk, tangkapan yang diperolehi mesti dibawa balik untuk dimakan dan jangan dilepaskan balik (memancing sebagai keperluan bukan hiburan). Lepas rasa tangkapan tu dah mencukupi so seeloknya berhenti la mancing dan balik.”
“Selalu orang kaitkan anak yang dilahirkan akan dapat sakit sumbing kalau suami kerap keluar memancing. Sumbing jadi sebab ibu hamil kurang asid folic. Kurang asid folic sebab ibu hamil tak makan ubat yang diberi. Tak makan ubat sebab isteri stress dan merajuk suami tak hiraukan dia dan sibuk kluar pi mancing. Kesimpulanya ketika isteri hamil boleh pi mancing dengan syarat gembirakan hati isteri dan dapatkan redha isteri sebelum keluar memancing.”
“Pancing tak salah… cuma menganiaya binatang tu kan salah. Jadi masa isteri hamil baiklah si suami jaga tingkah laku dan tak aniaya binatang sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki. “
“Tak boleh diikutkan sangat kepercayaan ini sebab ada kaitan dengan akidah. Makhluk hanya tawakal dan usaha, Allah jua berkuasa dan penentu segala.”
“Mitos yang sengaja direka untuk menakutkan suami yang malas nak jaga isteri ketika hamil. Biasa la isteri hamil suami mula cari alasan nak keluar suka-suka kat luar. Jadi nenek kebayan yang banyak pengalaman pun cipta la mitos ni.”
“Hahaha… dah tak relevan zaman ni. Zaman dulu mungkin la sebab kekurangan talian hayat. Ada yang cakap, nanti seksa ikan tu. Habis, lepas bini bersalin boleh pulak seksa ikan, gitu?”
“Kalau ada bini yang tak suka laki pi mancing dan percaya kepercayaan tu, mesti tiap-tiap tahun nak mengandung je supaya laki tak leh pi mancing.”
“Pantang larang tu untuk control perangai gila memancing lebih-lebih lagi isteri tengah mengandung perlukan lebih perhatian. Kalau kena jenis orang yang kaki pancing seminggu dua tak balik? Tak kesian isteri kat rumah?”
“Kalau pergi mancing bila isteri mengandung, anak akan jadi sumbing la, itu ini lah. Bagi saya, isu dia kalau mancing yang niat suka-suka main strike dengan ikan. Maaflah kalau salah, kalau niat mancing tapi nak lepas balik dan bukan nak makan atau nak jual tu kira dah aniaya ikan. Jadi, situ mungkin logiknya.”
“Saya cuti mancing ketika isteri hamil. Bukan kerana pantang larang tapi kerana ingin sentiasa dekat dengan isteri agar senang dihubungi jika ada apa-apa masalah… maklumlah sedang hamil. Kalau gian sangat pun mancing kat kolam berdekatan.”
“Dulu masa wife mengandung bukan setakat saya yang mancing. Wife sama ketagih mancing. Sekarang baru tau bukan wife yang minat mancing tu tapi yang dalam perut tu. Kesudahannya dah jadi kaki pancing sejak kecik. Dah ada geng. Hahaha.”
Aktiviti berkhemah sambil memancing di tebing sungai pergunungan sememangnya menyeronokkan. Lebih seronok lagi bila dapat mendaratkan ikan-ikan sungai dan segera dijadikan juadah. Tiada yang lebih mewah selain hidangan ikan-ikan segar terus dari sungai. Malah hidangan hotel 5 bintang pun tak boleh lawan.
Baung campur udang galah masak tempoyak
Bahan keperluan:
Ikan dan udang
2 senduk tempoyak
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
Cili api
Serbuk kunyit (kunyit hidup lagi bagus tapi lesung batu tak bawa)
Garam
Cara penyediaan:
Siang dan cuci bersih ikan dan udang
Bunga kantan dihiris dan cili api diketuk
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan tambah air sebanyak mana yang ingin dijadikan kuah.
Rebus saja sehingga menggelegak… dah pun boleh dihidangkan.
Ikan sungai goreng garing
Bahan-bahan:
Ikan lais, lampam, parang (apa saja ikan yang dapat)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak
Cara penyediaan:
Bersihkan dan kelar badan ikan
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng dengan api sederhana sehingga garing.
Patin lawang salai
Bahan keperluan:
2 ekor patin lawang kecil
garam
Kunyit
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan patin lawang dan kelar memanjang pada badannya.
Lumurkan garam dan kunyit.
Cucuk ikan pada ranting kayu dan pacak berdekatan dengan bara api sehingga masak.
Isi daging ikan cencaru akan kurang rasanya berbanding ikan pelagik lain seperti kembong atau selar. Kalau digoreng kosong memang kurang mencakop rasanya. Tetapi kalau dibuat sambal kelapa dan disumbat dalam badannya memang A. Nak buat sambal kelapa tu taklah susah sangat. Ini cara-caranya…
Bahan keperluan:
5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm inci kunyit hidup (kisar)
5 tangkai cili kering (direndam air panas dan dikisar)
Sedikit belacan
Garam & gula
Air asam sedikit
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dengan menghiris bahagian belakang. Jangan dipotong bahagian bawah perut untuk buang isi perutnya.
Gaulkan bahan-bahan kisar bersama kelapa parut. Campurkan sekali gula, garam dan air asam jawa.
Sumbatkan bahan-bahan ini ke dalam badan ikan melalui hirisan belakang badannya.
Panaskan sedikit minyak dan goreng seperti biasa. Ia juga boleh dibakar atau dipanggang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...