Sekiranya anda umpan, adakah anda mahu dipanggil gapi? Umpan mahal menggunakan spring-screw pada bahagian ekor untuk aksi yang dipertingkatkan dan mempunyai reka bentuk badan cekung untuk meningkatkan aksi gelekan sambil meningkatkan lagi kadar strike.
Phantom Lures Xorsist (USD 65.00)
Ads
Gewang khusus untuk pemburu muskie (pike). Dengan saiz sepanjang 10 inci, ia adalah umpan besar untuk ikan besar. Ini adalah umpan terapung yang direka untuk disambar oleh pemangsa sama ada digayakan secara perlahan atau laju di kawasan pra pemukaan air. Sekiranya menyasarkan ikan monster, dinasihatkan menggunakan leader dawai agar gewang bernilai tinggi ini tidak lebuh begitu saja.
Ads
Biovex Joint Bait 160 SS (USD 89.95)
Gewang yang diperbuat daripada kayu Hiba Jepun. Sebagaimana kayu balsa, ia direka bentuk dengan begitu unik sehingga tiada umpan yang sama mampu beraksi dengan gaya yang sama. Kerja pengecatan juga luar biasa kerana ia dihasilkan dengan 10 lapisan cat bagi membolehkan ia bertahan lama. Dengan kerja seni sebegini maka tidak hairlahlah ia dijual dengan harga USD 89.95 seunit.
Ads
Evergreen International Noisy Dachs ND-90 (USD 89.99)
Satu lagi gewang kayu yang besar. Gewang dari Evergreen International ini mempunyai skema cat yang cantik di atas kerajang yang elegan. Direka sebagai gewang penunggang permukaan, umpan ini mempunyai ekor shad yang menakjubkan dan mata kail yang kuat untuk mencangkuk ikan besar. Mungkin disebabkan itulah harganya 4 sen lebih mahal berbanding gewang Biovex Join Bait 160 SS. Sentuhan dari Evergreen sememangnya jarang berharga mur-mur.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Surfcasting atau pancingan pantai merupakan salah satu teknik memancing yang menyeronokkan.
Dengan mengunakan joran panjang, batu ladung dan mata kail alatan utama, ia juga merupakan sukan memancing yang berisiko tingi ditimpa kemalangan jika cuai atau kurang waspada.
Terutamanya jika memancing secara beramai-ramai di kawasan yang sempit, khususnya di dalam pertandingan.
Panduan 1
Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan.
Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Panduan 2
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Panduan 3
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran.
Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Panduan 4
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak.
Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Panduan 5
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan.
Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Panduan 6
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah.
Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Panduan 7
Sediakan pencangkuk atau gaff bagi menarik ikan ke darat terutamanya ikan yang bersengat seperti pari.
Panduan 8
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut.
Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Panduan 9
Pastikan juga kawasan pemburuan tersebut tidak terlalu terpencil dan cuba elakkan dari memancing seorang diri.
Sekarang ini semakin banyak kes penjenayah mensasarkan pemancing sebagai mangsa samun dan sebagainya.
Guna tapai buat umpan memancing? Biar betul… memang betul! Ini dia rahsia yang disimpan sekian lama oleh seorang pemancing handalan bagi menyediakan umpan memancing ikan patin di kolam pancing.
Bahan-Bahan
1 pek tapai ubi kayu
1 pek santan segera
1 tin minyak sapi (kecil)
1 pek tempe
1 pek mauripan
esen pisang
2 biji telur itik
roti sandwic
Tutorial 1
Potong tempe kecil-kecil dan masukkan terus ke dalam bekas pengisar. Kemudian Masukkan sebungkus ibu roti segera / mauripan.
Tutorial 2
Masukkan satu pek penuh santan segera.
Tutorial 3
Buangkan urat-urat dalam tapai ubi kayau dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
Tutorial 4
Pecahkan 2 biji telur itik ke dalam bahan di dalam bekas pengisar.
Tutorial 5
Masukkan pes pandan/strawberi sebanyak 2 penutup sekiranya perlu.
Masukkan 3 penutup esen pisang.
Tutorial 6
Kisarkan dulu bahan-bahan tersebut kemudian tuangkan minyak sapi yang telah dicairkan.
Kisarkan sekali lagi adunan dengan minyak sapi dan sebaiknya simpan umpan ini sekurangnya 6 jam sebelum digunakan.
Cara Menggunakan Umpan Tapai Ubi Kayu
Sebaiknya proses memeram umpan tapai ubi kayu dilakukan dengan cara memasukkannya di dalam bekas bertutup dan dibiarkan terkena cahaya matahari. Setelah 6 jam kemudian, barulah umpan tersebut sesuai digunakan bersama roti dadu.
Ambil umpan dan sapukan pada bekas bancuhan (sukatan umpan bergantung kepada anggaran roti yang digunakan. Sebaiknya jangan terlebih supaya roti tidak menjadi lembik atau benyek.
Masukkan roti sandwich yang telah dipotong dadu dan gaul sehingga umpan dan roti sekata.
Cucukkan roti dadu pada kedua-dua mata kail (perambut Y) sebagai inti. Sebaiknya biarlah roti menutup keseluruhan mata kail.
Kepal roti dadu pada mata kail yang telah dicucukkan roti dadu sebagai inti. Kepalan sebaiknya tidaklah terlalu kuat, sekadar ia tidak pecah ketika membuat lontaran sudah memadai.
Sebenarnya setiap kali kami tiba di lokasi baru, ikan tok mudim (Synodus myops) atau kami gelar sikang laut, acap kali tersangkut pada mata jig. Punyalah pelahap, sampaikan jig yang hampir sama besar badannya sendiri nak dibedal. Ujar Chegu Tuah, spesies ini merupakan salah satu diet si ikan ‘tong gas’ (kerapu besar/boron).
Katanya lagi, jika sanggup menunggu lama jigging di situ, berkemungkinan boleh dapat kerapu. Namun akhirnya seorang pun tidak sanggup untuk menunggu lama. Ha..ha.. boring siot kalau dok lama-lama, tanpa getuan ikan.
Cuaca berubah
Cuaca yang sememangnya diramalkan baik sepanjang hari pada hari itu, tiba-tiba sahaja berubah. Jam 11.30 pagi, langit kelihatan mendung dan angin bertiup dengan kuat. Sekejap sahaja panorama yang lenang dan angin sepoi-sepoi bahasa bertukar kasar sebelum turunnya hujan.
Walaupun tekong berjaya menghindari dari terkena hujan, tetapi kami tidak dapat mengelak keadaan air laut menjadi kucah. Mahu tidak mahu, kami meneruskan sahaja aktiviti jigging dalam keadaan yang tidak berapa selesa. Alun kuat menyebabkan, kami tidak dapat berdiri dengan baik. Paling tidak menyeronokkan, arus telah bertukar menjadi laju. Kesudahannya jig 250 gram yang di unjun jatuh pun jauh melayang.
Keadaan ini memaksa, karauan dilakukan dengan kerap ke atas sebelum melepaskannya semula agar jig tidak kesasar jauh. Akibat daripada ini juga, kami kehilangan banyak ketul jig. Oleh kerana posisi jig berada di pertengahan air, mudah sahaja sang alu-alu memutuskan tali perambut. Sudahlah jig lebur, tali perambut pula makin kontot.
Dalam cuaca yang tidak begitu memihak kepada kami, Chegu Tuah cuba mencari spot terbaik untuk kami. Tiba di spot Lubang Kecik, saya mendapat sambaran pertama. Sebaik sahaja jig Maxel DFS-180 gram warna purple jatuh ke dasar dan dikarau ke atas tiga kali, terus sahaja disambar. Karauan ke atas akhirnya memunculkan seekor tenggiri dalam skala 3 kg. Apabila tiada lagi sambaran, bot segera beralih ke lokasi lain.
Tidak jauh dari spot tenggiri berkenaan Chegu Tuah memberhentikan bot sambil berkata terdapat kumpulan ikan bermain di pertengahan air di paparan imej sonar. Kami kemudiannya saling silih berganti memperoleh spesies talang. Ujar Bob, walaupun jenahak atau bantal emas belum muncul lagi, layan talang pun ok. Janji strike!. Lewat petang, walaupun cuaca sudah cerah, alun yang masih kuat bergelora belum mahu menunjukkan tanda-tanda mahu reda.
Menyedari, ikan sasaran jenahak, masih belum diperolehi, Chegu Tuah membawa kami bermain di sekitar laluan kapal. Agak gerun juga melihat kapal-kapal kontena lalu lintas. Lebih gerun melihat alun yang terhasil menyebabkan bot kami terumbang ambing.
Dengan enjin bot yang sememangnya tidak dimatikan, Chegu Tuah cuba mendapat point yang betul untuk kami menjatuhkan jig di spot sasaran. Akhirnya di spot tidak jauh dari batu karang, Johannas berjaya mendapat strike padu daripada pemangsa.
Akhirnya seekor kerapu bersaiz memuaskan berjaya diperolehi. Bagi mengabadikan kenangan ia tangkapan di lubuk laluan kapal, lensa kamera dipetik sebaik sahaja, sebuah kapal kontena melalui belakang Johannas.
Selepas itu, tiada lagi sebarang tangkapan selain talang. Lewat senja, kami mengakhiri trip menjengah ke Zee Zone Muar dengan kembali semula ke jeti. Tiada sebarang tangkapan sang jenahak Muar dalam trip ini. Apa pun syukur kerana dalam cuaca begitu, kami masih berjaya memperoleh tangkapan lain. Sememangnya laut bukan mudah diduga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...