Ikan gerong belang kini bukan lagi spesies sasaran pancingan konvensional iaitu bottom fishing laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik jigging ringan di negara kita.
Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Ads
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur.
Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang.
Ads
Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Ads
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi kebanyakan pemancing, selain keasyikan melayan tarikan demi tarikan ikan bermisai ini, kelebihan lain spesies ini ialah keenakan dagingnya.
Spesies ini tidak seperti kebanyakan spesies air tawar yang lain, selain tidak mempunyai tulang yang banyak, rasanya juga amat enak jika dimasak dengan apa cara sekalipun.
Antara masakan yang paling sesuai bagi baung ialah masakan gulai tempoyak ikan baung, kukus, masak lemak cili padi dan ia menu wajib lebih-lebih lagi jika trekking dan memancing di atas boathouse.
Tidak hairanlah, ikan baung mampu meraih harga yang tinggi bila dijual, terutama jenis baung sungai.
Manakala baung akar yang memiliki badan lebih panjang dianggap memiliki rasa yang lebih sedap berbanding baung biasa.
UMPAN MENJERAT BAUNG
Tidak sukar untuk mencari umpan khusus bagi memancing spesies baung. Antara umpan asas, mudah dan paling mujarab ialah cacing tanah.
Umpan universal ini memang tidak disangkal antara umpan memancing yang paling mujarab termasuk untuk pancingan baung.
Selain itu, cengkerik dan anak udang juga turut berkesan untuk memancing spesies ini. Selain umpan asas, terdapat juga umpan yang lebih kompleks namun cukup ampuh menjerat baung.
Umpan busuk seperti umpan tapa yang berasaskan bau juga merupakan umpan popular bagi memancing ikan baung.
Cuma ia bergantung kepada pemancing sama ada sanggup untuk menggunakannya atau tidak.
Selain pancingan dasar, terdapat juga sesetengah keadaan spesies baung menghentam gewang.
Jangan tak percaya jika dikatakan baung juga menyambar gewang. Walaupun tidak begitu popular, namun kaedah casting dan trolling menggunakan gewang jenis selaman dalam
atau sederhana dan gewang rattlin mampu menaikkan spesies baung jika gewang tersebut lalu di hadapannya.
Untuk menjerat baung bersaiz besar (biasanya kaedah taut) umpan yang terbaik, tidak lain tidak bukan ialah menggunakan anak ikan yang disauk seperti ikan terbul, lampam sungai bersaiz 2-3 jari.
Mata kail perlu dicangkuk di bahagian atas badan atau ekor sebelum dibiarkan hidup di permukaan air dan boleh juga kaedah pancingan dasar.
Apa sekalipun, ternyata spesies baung bukanlah spesies yang liat memakan umpan. Cukup hanya menggunakan umpan asas seperti cacing tanah, meluangkan masa untuk memburu
spesies bermisai ini memang berbaloi lebih-lebih lagi jika dilakukan bersama rakan-rakan terdekat.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tidak semua spesies bayan menyambar umpan pancing terutama yang bersaiz kecil. Kalau yang terlalu besar menyambar, pemancing pula yang tidak mampu bertahan.
Dengan kekuatan gigi kapak yang dimiliki olehnya, sama ada perambut atau mata kail yang tewas di pertengahan jalan.
Memancing ikan bayan mempunyai kaedah tersendiri dan ia amat sukar untuk diperolehi sekiranya teknik yang betul tidak diamalkan.
Yang terbaik umpan jangan dilabuhkan terus ke dasar kerana ia pasti tersangkut di celah-celah karang mahupun ketika umpan dilarikan.
Peralatan seperti joran aksi menengah hingga sederhana disyorkan dengan kekuatan tali mengikut pilihan pemancing.
Kalau mahu aksi yang lebih, 30Ib adalah standard seorang pemancing rekreasi, dan ada nelayan mengunakan tangsi kasar sehingga 200Ib.
Perambut terbaik adalah perambut dawai yang kuat dan tidak mudah putus. Mata pancing juga perlu kuat dan mempunyai ketajaman dan ketahanan daripada patah.
Mata kail juga janganlah terlalu besar kerana rata-rata spesies bayan ini mempunyai mulut yang kecil dan tabiat makan secara mengutis.
Bayan adalah spesies yang tidak rakus seperti pemangsa yang lain apabila melihat makanan.
(Menurut cerita, di Terumbu Layang-Layang di Sabah banyak terdapat spesies bayan kakak tua (parrotfish) yang besar.
Kebanyakan pemancing mengunakan dawai brek basikal sebagai perambut dengan tangsi koyan berkekuatan lebih dari 200lb.
Itupun kadangkala ramai juga yang tewas dengan bayan yang mempunyai kelebihan gigi kapak yang besar dan sedikit menonjol keluar di kawasan terumbu karang di air dalam.)
Bayan adalah spesies yang suka tidur pada waktu malam dan ia adalah pasif pada waktu tersebut.
Kalau anda seorang penyelam dan biasa menyelam diwaktu malam di kawasan berbatu, mungkin anda pernah nampak sibayan yang tidur lena sambil menyorok dicelah-celah batu.
Bayan kembali aktif mencari makanan sebaik saja fajar mula menyinsing sebelum mencari tempat beradu semula apabila ufuk barat memancar warna merah pada waktu petang.
Masa terbaik untuk memburu bayan ialah menjelang subuh di kawasan berbatu pilihan sehingga waktu petang.
Waktu tengah hari kebanyakan bayan hanya berlegar atau bermain di kawasan berbatu dan dikatakan tidak berminat dengan umpan pemancing.
Awal pagi, masa ini bayan keluar untuk mencari makanan dengan aktif setelah menghabiskan waktu malam dengan berehat atau tidur.
Sekiranya pemancing tahu kawasan pilihan bayan nescaya ia tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Umpan kegemaran
Umpan terbaik adalah ketam yang sebesar tiga jari untuk seekor atau yang dipotong sama ada dua atau empat bahagian untuk ketam yang lebih besar.
Jenis ketam yang terbaik adalah ketam hijau sejenis ketam yang biasa terdapat di batu-batu di pantai.
Ketam jenis ini tidak besar dan amat sesuai untuk umpan hidup. Menangkap ketam jenis ini pula memerlukan kecekapan kerana ia amat takut kepada kedatangan manusia dan mudah menyorok di celah-celah batu.
Selain dari itu ketam nipah, ketam renjong, ketam ragi atau ketam harimau boleh menjadi pilihan alternatif sekiranya sukar untuk menyediakan ketam pilihan bayan ini.
Umpan hendaklah diampai atau digantung di atas kawasan berbatu kira-kira satu meter atau lebih dari dasar.
Jangan dilabuhkan sama sekali di dasar untuk mengelakkan pancing anda tersangkut kerana di perairan negara kita yang rata-rata kawasan berbatu dan karang.
(Sumber: Pokmud’s)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...