Sekiranya anda berhajat untuk memancing dengan menggunakan perkhidmatan bot memancing di tuas Pulau Payar khasnya, maka anda boleh cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pancing Tuas Payar ini.
Info Tekong
Nama pemilik bot: Tekong Yazid (Yazid b. Shafie)
Bilangan bot operasi: 7 buah
Spesifikasi luas bot: 30’ x 8’, 31’ x 8’ & 32’ x 8’
Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembong atau selayang, roti untuk pancingan spesis tamok dan sebagainya.
Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).
Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan abis. Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.
Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing. Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.
Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan. Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus. Perambut 2 matakail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.
Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air. Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.
Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki. Kerana jika spesies spt tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.
Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan. Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas! Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.
Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box. Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.
Spot mengilat juga dikenali sebagai lubuk di satu-satu tempat. Jika di empangan, kawasan anak sungai yang keluar ke arah empangan, teluk-teluk yang mempunyai anak air serta di kawasan berstruktur seperti reba kayu adalah lubuk yang perlu diambil perhatian.
Casting tanpa arah tujuan di empangan yang luas, memang agak sukar untuk mendapatkan sambaran dan ia memenatkan. Lubuk perlulah dikenalpasti sebelum mengilat di satu-satu tempat. Adalah lebih baik menggunakan guide pancing yang berpengalaman dengan tempat tersebut untuk memudahkan lagi pencarian ikan buruan.
Mengilat tidak bermakna anda boleh memancing sepanjang hari. Awal pagi dan lewat petang biasanya adalah waktu sesuai untuk mengilat sebarau dan waktu matahari sudah mula naik pula adalah masa toman menimbul ketika di tasik.
Jika di muara perhatikan juga air pasang surut. Apabila keadaan sungai berarus ikan lebih aktif dan mudah untuk memujuknya berbanding ketika air surut atau tidak bergerak langsung.
Musim hujan atau kemarau juga memberikan keputusan berbeza bergantung kepada jenis ikan yang disasarkan. Sebarau lebih mudah didapati ketika musim hujan dan air tasik sedikit keruh, manakala jika mengilat tembaring atau blackbass di delta sungai, musim kemarau pula adalah waktu terbaik.
Cuaca ketika memancing juga perlu diperhatikan. Biasanya ketika hari mahu hujan iaitu tekanan barometer menjadi rendah, ikan kurang aktif dan jarang berkeliaran mencari makanan. Waktu selepas hujan adalah waktu terbaik untuk memancing di kebanyakan tempat.
Perkara paling utama untuk memikat ikan dengan gewang ialah gewang yang mampu menipu ikan tersebut. Gewang yang mampu meniru aksi atau renangan ikan yang menjadi buruan ikan sasaran adalah paling sesuai digunakan. Ia bergantung juga bergantung kepada warna serta saiz gewang yang paling sepadan.
Untuk memilih gewang yang sesuai, pemancing perlulah mengambil kira jenis ikan yang disasarkan dan juga lokasi pancingan. Gewang yang berbeza kedalaman memainkan peranan ketika mengilat kerana ikan berada di paras yang berbeza mengikut lokasi.
Ikan yang menimbul di tengah tasik lazimnya lebih gemarkan gewang yang mampu menyelam lebih dalam.
Ketika mengilat, lontaran gewang adalah kunci utama gewang mendapat perhatian ikan. Lontaran perlulah tepat dan sampai ke kawasan serangan ikan.
Lontaran yang kesasar dan tidak sampai akan menyebabkan ikan tidak sempat membuat sambaran ataupun tidak menyedari kehadiran gewang.
Ini lebih penting jika memancing dari tebing yang luas. Ikan ada kalanya duduk jauh sedikit dari tebing dan memaksa pemancing melontar dengan jauh untuk sampai ke kawasan ia bermain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...