IKLAN

 

SOALAN: 

 

Boleh tak admin beritahu cara-cara menggunakan umpan katak hidup untuk mancing ikan haruan? Saya agak penggeli nak pegang katak tapi nak sangat mancing haruan guna katak sebab katak lebih cepat haruan ambil berbanding pakai gewang.

 

JAWAPAN:

 

Memang tidak dinafikan penggunaan katak hidup adalah lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan haruan. Memandangkan anda seorang penggeli, sebaiknya gunalah gewang atau katak tiruan saja. Tetapi, untuk tidak menghampakan anda, saya beritahu jugalah cara-cara nak guna katak.

 

IKLAN

Pertama sekali dan yang paling penting, anda perlu buang rasa geli seketika untuk memegang katak.

 

Soal Jawab Mancing – Cara Paling Berhemah Guna Katak Hidup Mancing Haruan?

 

Selepas itu sebaiknya katak dipengsankan atau dimatikan dulu dengan menjentik kepala atau menghempasnya ke tanah.

 

IKLAN

Kemudian, cucuk pin atau kili dari bahagian bawah dagu sehingga tembus keluar di rahang atas.

 

Seeloknya gunalah pin yang besar dan jika perlu tajamkan sedikit bahagian hujung pin bagi memudahkan ia dicucuk pada katak.

 

Kemudian masukkan mata kail dengan saiz yang bersesuaian dengan besar katak. Saiz mata yang sesuai ia yang tidak terlalu panjang atau pendek.

 

Soal Jawab Mancing – Cara Paling Berhemah Guna Katak Hidup Mancing Haruan?

 

Hujung mata kail itu kemudiannya dicucuk pada bahagian bawah badan katak sama ada pada bahagian punggung atau paha sekiranya mata kail agak panjang.

 

Jika perlu, potong bahagian kaki katak separas lutut bagi tujuan sambaran sempurna mengenai mata kail. Sebaiknya kaki katak dipotong selepas ia mati, bukan ketika ia masih bernyawa.

 

Sedikit tip tambahan, apabila haruan menyambar sebaiknya ambil masa beberapa saat sebelum melakukan sentapan.