Saya nak minta pandangan admin tentang saiz kekuatan tali pancingan pantai. Saya ada spinning reel siri 8000 dan joran surfcasting sepanjang 15kaki. Persoalannya, sesuai atau tidak jika saya masukkan tali braided 80lb?
JAWAPAN:
Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah laut di mana terdapatnya lubuk-lubuk yang berpotensi.
Ads
Terutamanya di kawasan pantai yang landai dan cetek. Justeru jarak lontaran umpan jauh ke tengah amat penting bagi membolehkan umpan sampai tepat ke lubuk atau kawasan ikan.
Untuk membolehkan lontaran umpan sampai ke kawasan sasaran, faktor panjang joran amat memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama.
Ads
Oleh yang demikian penggunaan joran panjang melebihi 12 hingga 17kaki amat membantu. Ini kerana secara teorinya semakin panjang joran maka semakin jauh jarak lontaran umpan dapat dilakukan.
Ads
Selain faktor panjang joran, diameter tali pancing juga turut memainkan peranan. Selalunya penggunaan tali sulam atau benang (braided) sering digunakan membolehkan lontaran umpan yang sempurna. Namun tali benang kekuatan 80lb jenis empat sulaman sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter.
Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda. Lazimnya tali sulam 20-40lb adalah lebih sesuai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin jelaskan bagaimana caranya untuk casting menggunakan udang mati atau udang kopek? Dan ikan apa yang biasanya makan umpan udang kopek ni?
JAWAPAN
Cara casting menggunakan udang mati atau udang kopek sememangnya sinonim dengan pancingan kolam air masin terutamanya bagi menjerat spesies siakap. Walau bagaimana ia turut berupaya menjerat spesies lain yang terdapat di kolam seperti siakap merah dan juga jenahak. Malah teknik ini juga boleh dipraktikkan di muara atau kuala sungai.
Cara menyediakan udang kopek juga mudah. Biasanya udang yang mati akan dibuang kepalanya dan kulitnya akan dikopek.
Bagi membolehkan udang kopek tersebut kekal lurus (tidak bengkok sebagaimana bentuk asalnya), biasanya pemancing akan membungkusnya dalam keadaan lurus dengan surat khabar dan disimpan di dalam ruang sejuk beku peti ais semalaman.
Apabila ingin menggunakannya, cangkukkan saja mata kail pada bahagian pangkal badannya. Sebaiknya cangkuk sedikit sahaja mata kail pada pangkal badannya agar ia dapat digerakkan dengan sempurna. Selepas itu anda boleh mula mengilat dengan cara lontar ke spot pilihan dan karau perlahan-lahan.
Anda juga boleh guna teknik baling, karau sedikit dan berhenti, kemudian karau perlahan dan berhenti dan seterusnya.
Untuk menambahkan jarak balingan anda boleh menggunakan batu ladung kecil atau batu kapit pada perambut.
Penambahan batu ladung ia juga bagus bagi mempercepatkan jatuhan udang kopek ke dasar bagi memikat ikan yang berlegar di permukaan dasar kolam atau sungai.
Boleh tak admin beri perbezaan ketara antara ikan pari dengan ketuka? Kadang-kadang saya konfius kerana menyangka ikan ketuka ialah anak pari.
JAWAPAN:
Walaupun mengenal ikan boleh dikatakan perkara asas untuk memancing tetapi percayalah masih ada yang memerlukan penjelasan mengenai perbezaan spesies ikan yang ada di Malaysia.
Kita akan berbicara tentang perbezaan antara spesies pari dan ketuka memandangkan masih ada yang beranggapan bahawa ketuka itu ialah anak kepada ikan pari walaupun ia sebenarnya bukan.
Ada 2 perbezaan ketara yang boleh membezakan kedua-dua spesies ini iaitu saiz dan ekornya:
Ekor
Ini adalah perbezaan yang paling ketara untuk menentukan beza pari dan ketuka. Tidak seperti spesies pari yang berekor panjang (kecuali pari kelawar), ketuka hanya mempunyai ekor yang pendek sahaja, iaitu kira-kira sejengkal dari jari manusia. Namun harus diingat kedua-dua spesies ini mempunyai sengat yang sama di pangkal ekor. Oleh itu sentiasalah berwaspada ketika mengendalikannya.
Saiz
Umum tahu bahawa ikan pari mempunyai saiz yang besar berbanding ketuka. Ketuka sememangnya sejenis spesies yang tidak membesar seperti ikan pari. Menurut pengalaman peribadi penulis, ketuka yang paling besar pun sekitar 500 gram sahaja, tidak seperti pari yang mampu menjangkau saiz puluhan kilogram.
Kenyataan seumpama itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia memancing ini. Semua orang mahu berlagak sifu walaupun kurang tahu.
Kenyataan yang dibuat tanpa sebarang fakta sebaiknya diabaikan saja kerana sedikit ia akan mempengaruhi pemikiran setiap pemancing terutamanya pemancing yang masih baru dalam hobi ini.
Apa yang perlu anda faham adalah fungsi utama kegunaan tanduk tersebut. Tanduk atau spreader bertujuan untuk mengelakkan tali perambut berbelit dengan tali utama apabila ia diturunkan ke dasar laut.
Saya sama sekali tidak boleh terima hakikat bahawa warna tanduk tersebut boleh mempengaruhi tangkapan ikan anda. Malah sifat berkilat tanduk besi yang dinyatakan itu agak bercanggah.
Sedangkan gewang, spoon atau jig direka khas bagi menghasilkan kilatan untuk menarik perhatian ikan, bukan untuk menjauhkannya.
Seperkara lain yang perlu anda fikir, pada asasnya umpan yang dicangkukkan pada mata kail tidak diikat terus pada tanduk.
Ada ke orang ikat mata kail pada tanduk? Jika ada mungkin logik juga ikan tak ambil umpan sebab pengaruh dari tanduk tersebut.
Saya telah lama menggunakan tanduk dari beberapa jenis dan warna dan saya tidak pernah mempunyai masalah ini. Saya rasa perambut saudara mungkin tak cukup panjang. Saya syorkan saudara ikat perambut sepanjang sekurang kurangnya 1.5 meter.
Apa pendapat anda? Tinggalkan komen & share ya. Terima kasih!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...