Nama penuh: MUHAMMAD HAZZIM BIN ASRI

Nama FB: TEKONG HAZZIM

Usia: 19 TAHUN

Status: Tekong

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

HAZZIM: Mula memancing pada usia 7 tahun dan mula belajar menjadi tekong seawal usia 14 tahun.

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

HAZZIM: Boleh mengisi masa lapang, minat dan hobi terhadap dunia pancing serta memberi kepuasan apabila memperoleh hasil yang lumayan.

 

Khidmat Tekong – Hazzim Mula Jadi Tekong Usia 14

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

IKLAN

HAZZIM: Mengetahui arah angin, mengetahui pasang surut air, tahu bagaimana kawal sampan apabila membelah lautan yang bergelora, tahu mengendali enjin sangkut, pandai membaca kompas, GPS & sonar.

Jiwa harus kental apabila mengharungi cuaca buruk, mengetahui jenis kerosakan & cara membaiki enjin, fizikal perlu sihat, tahan akan cacian daripada customer & tahu cara berenang.

 

Khidmat Tekong – Hazzim Mula Jadi Tekong Usia 14

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

HAZZIM: Rintangan yang dihadapi adalah ragam customer yang pelbagai jenis, cuaca yang tidak menentu & hasil pancing yang tidak memberansangkan.

Harapan saya agar dapat memiliki bot sendiri , mengenali ramai kawan-kawan dalam dunia pancing & dapat memuaskan semua hati pelanggan.

 

Khidmat Tekong – Hazzim Mula Jadi Tekong Usia 14

IKLAN

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

HAZZIM: Pengalaman manis adalah memperoleh hasil yang amat memuaskan serta mendapat ikan kerapu kertang 48kg.

Manakala pengalaman pahit pula adalah enjin rosak di tengah lautan yang bergelora, tercucuk duri sembilang, tidak memperoleh sebarang hasil tangkapan & hampir karam di kawasan Pulau Pangkor.

 

Khidmat Tekong – Hazzim Mula Jadi Tekong Usia 14

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

Mendengar tunjuk ajar tekong, umpan perlu segar, kelengkapan memancing perlu lengkap & bersesuaian.

IKLAN

 

Khidmat Tekong – Hazzim Mula Jadi Tekong Usia 14

 

Pakej:

 

Nama bot: SEAHAWK

Saiz: 30’x8′

Enjin: 115hp

Harga sewa: RM750

Jumlah pemancing: 5 ORANG

Waktu memancing: 7 PAGI – 7 PETANG @ 6 PETANG – 9 PAGI

Lokasi memancing: PULAU PANGKOR & PULAU 9

Jeti: JETI KG PERMATANG, MANJUNG PERAK.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI