Dipercayai ikan siakap akan mudik hulu sungai dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun dan akan menjadikan muara sungai sebagai tempat persinggahan. Pada masa ini ramai nelayan dan pemancing akan tertumpu ke muara sungai untuk memburu siakap. Lazimnya ikan siakap ini mematuk pancing pada awal pagi atau lebih dikenali sebagai kepala pasang oleh para nelayan.
Ads
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut. Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Ads
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati. Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Ads
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya. Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pada 20 Mei 1961, seorang lagi lady angler bertarung sehingga 50 minit untuk menewaskan goliath grouper atau kertang gergasi. Lynn Joyner berjaya mendaratkan kerapu monster seberat 680lb itu di Fernandina Beach, Florida, AS.
Lady angler, Mrs. Jane Haywood berjaya menaikkan Pacific snook seberat 52.6lb. Beliau mengambil masa selama 30 minit menggunakan reel Pen Spinfisher, joran Wright & McGill No, B95H dan juga tali Wright & McGill.
Sementara Jeanne Woods pula, juga seorang lady angler berjaya menewaskan great barracuda (alu-alu gergasi) seberat 44.1lb pada 30 November 1986. Pertarungan yang memakan masa selama 55 minit itu berlangsung di perairan Groote Eylandt, N.T, Australia.
Selepas bertarung selama 20 minit, seorang lady angler bernama Bernadette Nicolson berjaya menewaskan Atlantic sailfish di perairan Luanda, Angola. Rekod peribadi yang beliau cipta itu berlaku pada 20 Februari 1994 dengan menggunakan gewang Moldcraft 8-inch hooker.
Pada 29 Februari 1992, seorang lagi lady angler, Cheryl Adams berjaya menewaskan seekor mako shark (jerung mako) seberat 634lb 140z di perairan Port Stephens, Australia.
Bertempat di perairan Seymore River Estuary, Queensland, Australia pada 12 Jun 1996, seorang lady angler bernama Esme Henderson berjaya menewaskan seekor giant trevally (gerepoh) seberat 77.2lb.
Sophi Grover berjaya menumbangkan striped marlin seberat 194lb di perairan Port Stephens, New South Wales, Australia pada 10 January 2010.
Pacific blue marlin seberat 296 lb 14 oz berjaya ditangkap di perairan Bateman’s Bay, Australia, oleh lady angler Melanie Kisbee dengan memakan masa selama 90 minit.
Sementara itu pada 18 December 2007, seorang lady angler Stacey G. Parkerson pula berjaya menewaskan mersuji yang lebih berat iaitu 187 pound 4 ounce. Pacific blue marlin itu dipancingnya di perairan yang sama iaitu Playa Carillo, Costa Rica.
Lady angler berusia 15 tahun, Sara Hayward berjaya menewaskan cobia (aruan tasik) seberat 184 lb di perairan Cabo San Lucas, Mexico pada 29 July 2005.
Seorang lady angler, Stacey G. Parkerson berjaya menewaskan Pasific sailfish seberat 56 pound 15 ounce di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada 30 January 2008.
Sementara seorang lagi lady angler, Eryn Jacobsen berjaya mendaratkan Pacific blue marlin seberat 400 pound 12 ounce pada 20 February 2011, bertempat di perairan North Cape, New Zealand.
Pada 28 September 2011, lady angler Eryn Jacobsen berjaya menewaskan bluefin tuna seberat 911 pound di perairan Cape George, Nova Scotia, Canada.
Pada 25 June 1987, lady angler Kelly Everete berjaya menundukkan 1,103.5 pound Pacific blue marlin di perairan Kona, Hawaii.
Wahoo terbesar yang pernah ditangkap adalah dari Cabo San Lucas, Mexico dan rekod dunia ini dipegang oleh seorang wanita, Sara Hayward. Pada tahun 2005, Sara bertarung dengan wahoo seberat 183lb melalui teknik trolling dan rekod ini masih belum ditewaskan.
Lazimnya pada penghujung bulan setiap tahun, air Sungai Pahang akan kembali jernih akibat hujan lebat di hulu. Jadi tiada harapan lagi untuk kami mengilat ikan begahak, spesies impian ramai caster yang hanya terdapat di Sungai Pahang.
Bagi meneruskan ketagihan memancing, kami akan beralih pula ke Sungai Jengka. Sungai Jengka merupakan salah satu anak sungai yang bersambung dengan Sungai Pahang. Sungai Jengka memang tidak asing lagi bagi kaki mengilat di sekitar Jengka, Maran dan Temerloh.
Malangnya setiap tahun, sungai ini sering dituba oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tamakkan hasil sungai dalam masa singkat tanpa mengambil kira kemusnahan yang ditinggalkan. Jika tidak dituba, hasil pancingan di sungai ini boleh dikatakan lumayan.
Ketika kondisi air sungai yang agak jernih, spesies seperti toman bunga amat mudah dipancing. Kehadiran toman bunga boleh dikesan apabila ia timbul mengambil nafas di tepi-tepi tebing sungai.
Saya juga tidak terlepas peluang bertarung dengan spesies ini menggunakan gewang crankbait buatan sendiri. Saya berjaya strike 4 ekor toman bunga. Spesies yang biasa menjadi buruan di sungai ini seperti tenggalan, lampam, udang galah, lais, patin dan kaloi.
Bagi kaki mengilat pula spesies sperti sebarau, toman, belida, baung, toman bunga dan haruan… di sungai ini juga terdapat begahak dan tapah.
Potensi untuk aktiviti memancing di Sungai Jengka agak baik. Jika tiada sebarang aktiviti menuba. Ketika air keruh, geng-geng membottom (pancing dasar) kerap turun memancing spesies patin, baung, tenggalan dan udang galah.
Lain pula cerita ketika air mula surut dan jernih. Ketika air jernih, Sungai Jengka sangat berpotensi untuk aktiviti mengilat. Tetapi, ketika inilah kaki-kaki tuba datang menuba!
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menduga spesies ini. Sifat baung yang suka bersembunyi dalam struktur reba juga sangat mencabar. Mana tidaknya,silap baling sangkut derrr…
Handmade crankbait warna parrot yang mampu menyelam hingga 2 meter memang menjadi untuk memujuk spesies baung. Sifat gewang yang cepat timbul apabila berhenti karauan memudahkan operasi ketuk reba.
Disarankan untk menduga Sungai Jengka, set yang sesuai digunakan dari kelas medium light hingga ke medium heavy, dengan panjang joran tidak lebih 6kaki. Ini kerana rod yg panjang menyukarkan untuk membuat cast (lontaran) kerana akan tersangkut pokok dan ranting. Sudah memadai set rod antara 5-10lb hingga 6-17lb, dengan mainline berkekuatan 15-25lb.
Jika reba berpenghuni, pasti sang baung akan membaham gewang. Spesimen baung terberat yang saya daratkan dengan handmade crankbait warna red crawfish. Sebarau yang turut membaham crankbait yang sama. Tak disangka sebarau juga menghuni reba yang sama dengan baung.
Salah satu spot pancingan kegemaran saya adalah di mukim Serendah. Terdapat sebuah lombong yang agak besar dan gelap airnya di sini yang banyak dihuni oleh toman-toman agresif. Dua kali kunjungan saya ke lombong ini belum lagi mengecewakan.
Kali pertama saya bersama seorang rakan berjaya mendaratkan seekor toman bujang yang gelap skema warnanya dan mencecah 10kg timbangan menggunakan lip grip hanya dengan kaedah mengilat dari tebing sahaja. Kunjungan kali kedua, saya ditemani seorang lagi rakan menduga dengan menaiki bot pula dan dipacu oleh thruster 55lb.
Dengan cara ini kami berpeluang untuk menyelongkar setiap sudut lombong tersebut yang terhad untuk diakses dari tebing. Kali ini banyak toman bujang berskala 1-2kg yang rakus menghentam gewang selaman dalam berjaya kami daratkan. Tangkapan bonus bagi kunjungan kedua ini adalah seekor induk toman yang begitu gemuk dan sihat.
Namun, satu pengalaman baru yang saya perolehi sebelum berjaya mendaratkan induk toman ini adalah sebaik sahaja balingan pertama ke arah timbulan kumpulan anaknya, timbulan yang seterusnya kumpulan anak tersebut telah berpecah menjadi tiga.
Agak sukar untuk mengesan kedudukan sebenar induknya di kalangan tiga kumpulan anak yang telah berpecah. Oleh itu, cara yang paling mudah dan efektif adalah dengan menunggu sahaja induknya timbul bersama anak-anaknya kemudian barulah gewang dihantar.
Kegembiraan bersama rakan
Tidak kira di mana sahaja lokasi kita memancing, keseronokan utamanya adalah dapat bersama rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama. Sekiranya memperoleh strike itu adalah bonus yang sememangnya diidam-idamkan sebagai seorang pengilat.
Jadi, sama-samalah kita mendisiplinkan diri dengan mematuhi etika pemancing demi menjamin alam sekitar dan perairan awam terpelihara. Dalam masa yang sama, hak pemancing lain perlulah kita hormati dan kita seharusnya ada inisiatif dalam membangunkan sukan memancing serta meningkatkan ilmu sambil menyebarkan pengetahuan yang ada dalam diri kita agar dapat dikongsi bersama.
Senantiasalah mengamalkan ‘Tangkap dan Lepas’ (CnR) ataupun menghadkan pengambilan ikan (selected harvest / bag limit). Semoga usaha yang kita amalkan ini turut dipraktikkan oleh pemancing-pemancing lain demi memastikan stok ikan di perairan kita terutamanya spesies tempatan sentiasa terjamin demi kesinambungan pancingan pada masa hadapan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...