Penggunaan shock leader ini semakin meluas digunakan oleh kaki pancing yang menggemari teknik seperti casting, jigging, trolling dan lain-lain lagi. Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan.
Fungsi lain ia bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Ads
Kelebihan inilah menjadikan shock leader ini sering digunakan oleh kaki pancing terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam juga tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat ikan secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul oleh perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.
Ads
Selain itu, tali sulam yang dijual di pasaran sekarang mempunyai pelbagai warna. Kebanyakan daripada warnanya lebih untuk menarik perhatian kaki pancing untuk membelinya selain berkesan untuk kaedah pancingan tertentu tetapi tidak kepada ikan.
Ads
Jika diabaikan pemasangan perambut ketika casting, ia sedikit sebanyak akan mengganggu perhatian ikan untuk menyambar umpan anda. Dengan pemasangan shock leader (lut sinar) sepanjang sedepa atau sedepa lebih, mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Adakah faktor cuaca mempengaruhi selera ikan ketika memancing? Waktu manakah yang paling sesuai untuk memancing?
JAWAPAN:
Sememangnya cuaca serta suhu amat memainkan peranan besar pada ikan untuk bergerak aktif, makan dan mengawan. Jadi kita perlulah mengetahui serba sedikit tentang kelakuan ikan pada keadaan sekitar.
Sekiranya cuaca panas dan suhu air suam, ikan akan aktif mencari makan, sekiranya cuaca mendung dan suhu air masih suam ikan masih aktif. Tetapi sekiranya air bertukar menjadi sejuk sungguh pun cuaca panas, ikan lebih pasif dan tidak galak mencari makan.
Bagi cuaca pula ikan akan lebih aktif sebelum dan selepas hujan. Apa yang penting adalah suhu pada air sekiranya air sejuk maka susah sikit ikan nak makan umpan. Harus diingat, perubahan 1 darjah air sahaja pun sudah cukup besar pada kehidupan marin seperti ikan.
Pada hari yang panas ikan akan banyak berada di kawasan redup atau berlindung seperti di bawah pohon kayu atau bayang pokok, batu atau bukit di kawasan air tawar dan akan berada di permukaan air atau pertengahan air di laut.
Pada hari hujan ikan akan berada di dasar sungai dan akan selalunya bergerak ke kawasan adanya air yang masuk ke sungai untuk mencari serangga yang hanyut ke dalam sungai. Bagi laut pula banyak ikan akan bergerak ke pertengahan air untuk mencari “Thermal Line” (kawasan arus air yang suam di dalam laut).
Bagi saya sekiranya saya pergi memancing cuaca tidak banyak memainkan peranan yang besar tapi apa yang saya perhatikan adalah suhu pada air. Kalau air itu sejuk saya tidak pergi kerana ikan tidak aktif. Jadi sebelum pergi memancing celup tangan dalam air, sekiranya sejuk tak payahlah pergi memancing pada hari itu.
Air bulu kera ini merujuk kepada warna air khususnya di lubuk-lubuk sungai atau muara yang hampir menyamai warna bulu kera. Air bulu kera ini dikatakan air yang cantik kerana ia tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih.
Ia dianggap air yang cantik untuk memancing kerana banyak rekod tangkapan yang bagus berjaya dipancing ketika air berwarna bulu kera ini. Namun ia tidak menjamin korang tidak akan kumpau jika memancing pada waktu ini.
Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran.
Air menyorong kecil ini merujuk kepada air laut ketika air pasang besar yang mula bergerak perlahan dan akan bani atau mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing.
Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesies kurau, senangin dan jenahak di kawasan pantai dan kawasan dalam yang lain. Waktu air menyorong kecil juga dianggap terbaik bagi pemancing yang ingin memburu spesies bersisik melalui teknik slow jigging terutamanya di Selat Melaka.
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus.
Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesies ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang. Jika nelayan keluar menjaring senangin ia bermakna para jigger juga berpeluang untuk mencari senangin atau gubal ketika ini.
Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula.
Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Kebanyakan spesies berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies predator malah ikan sembilang juga amat aktif ketika ini.
Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
Air mati dan tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan dijatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu ladung walaupun bersaiz kecil. Malah ada ketikanya umpan tanpa batu ladung pun tak hanyut.
Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan.
Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting.
Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tanda dan siakap yang bergerak di dalam anak sungai. Aktiviti jigging ketika air mati ini juga boleh menyebabkan sesalan yang tak berkesudahan.
Bagi yang tidak biasa dengan istilah air apabila tekong beritahu terpaksa turun awal atau lewat kerana air tak ada. Pemancing yang berstatus `pembaris’ akan bertanya pula ke mana perginya air? Takkan air laut boleh tak ada?
Air tak ada lazimnya dikaitkan dengan air surut rendah di kawasan pangkalan atau jeti di mana bot parkir. Keadaan di mana bot tidak boleh masuk atau keluar kerana air surut rendah inilah yang dikatakan air tak ada.
Sama ada handal berenang atau tidak, selesa atau tidak, jaket keselamatan adalah wajib untuk dipakai. Tiada alasan untuk tidak memakai jaket keselamatan kerana ia bukan sahaja alat bantuan jatuh ke air dalam, malah juga pelindung keselamatan lain.
Pastikan muatan sepadan dengan kapasiti sampan tersebut sehingga mengalahkan bot pendatang haram. Bawa alatan keperluan memancing sepadan dengan sesi pancingan. Tak perlu dibawa semua barangan pancing yang korang ada di rumah.
Pastikan pendayung ada dibawa bersama kerana sukar untuk diduga prestasi enjin bot. Walaupun enjin berkeadaan tip top sekali pun tetap pendayung wajib ada. Pastikan sebelum memulakan perjalanan, anda periksa sampan tersebut ada pendayung atau tidak.
Sentiasa pantau kedudukan rakan di atas sampan sebelum membuat balingan bagi mengelakkan insiden tercangkuk mata kail pada kepala rakan. Walaupun perkara ini sering diulang pesan namun tetap juga insiden tercangkuk mata kail terus berlaku.
Pakaian memancing yang sesuai dan selesa juga penting bagi tujuan keselamatan dan keselesaan. Ada sesetengah pemancing yang begitu mementingkan konsep dan gaya dengan memakai jeans dan juga boot. Sedangkan ia boleh mengundang bahaya jika korang terjatuh ke dalam air.
Jika memancing di lombong atau tasik yang luas, sebaiknya guna gps bagi mengelakkan sesat sekiranya tidak mahir dengan selok-belok lokasi.
Sekiranya perlu parkir di bawah pokok bagi mengelakkan panas atau hujan lebat, pastikan betul-betul pokok tersebut tiada ular di atasnya. Selain ular, kera juga boleh menjadi ancaman atau mengundang musibah di luar jangka.
Sentiasa bertenang ketika memancing dan jangan sesekali melompat kegembiraan apabila berjaya menaikkan ikan. Apatah lagi jika rakan memancing korang kurang berjaya seperti korang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...