Adat memancing… ada kala ikan frenzy gila belasah umpan. Ada masa anak ikan atau kura-kura pun tak selera nak usik umpan. Begitulah nasib seorang pemancing tegar.
Namun kami nak dedahkan beberapa sebab kenapa tak dapat ikan aka kumpau walaupun menggunakan set pancing yang cangih dan mahal gila!
Sebab 1
Salah umpan. Ikan pun macam manusia jugak ada masa berubah diet. Ada masa nak udang… ada masa nak makan sotong… ada masa nak makan cacing.
Kalau guna umpan cacing masa dia nak makan udang maka kumpau la sudahnya.
Sebab 2
Silap umpan. Salah satu ilmu memancing yang perlu dipelajari adalah mengenal diet pemakanan ikan yang hendak dipancing.
Contohnya kalau nak pancing ikan toman, kenalah tahu toman makan apa. Kalau guna umpan yang sama macam nak pancing ikan patin maka sampai berjanggut la tak berhasil.
Sebab 3
Ads
Salah gewang. Bila dengar orang cakap casting guna gewang boleh dapat ikan, kita pun gunalah gewang untuk pancing ikan patin.
Sebab 4
Salah teknik. Sepatutnya guna teknik casting pasal ikan kat lubuk tu jenis rakus menyambar tapi kita pergi memancing guna teknik bottom.
Bila guna gewang pun rendam macam pancing bottom. Mana nak dapat ikan!
Sebab 5
Malas nak periksa umpan. Tak peduli sama ada umpan masih ada atau sudah habis dibelasah anak ikan.
Ads
Ikan walau lapar tahap kebulur sekali pun takkan nak bukak mulut makan mata kail kosong.
Sebab 6
Bising. Kalau dah bising tahap macam kenduri kahwin, mana maunya ikan nak makan umpan. Jangan kata nak makan umpan, nak stay kat lubuk tu pun belum tentu.
Sebab 7
Masa yang tak sesuai. Ikan ni pun ada waktu makan tersendiri. Kalau dah tau ikan gemar makan waktu pagi, kalau pergi memancing waktu tengah hari dengan matahari terpacak atas kepala, dapat rentung je la.
Ads
Sebab 8
Bukan rezeki. Kalau semua dah betul setting dan umpan pun power tapi tak dapat jugak ikan, maknanya bukan rezeki kitalah namanya.
Sabar dan reda je la dengan ketentuan tersebut.
Sebab 9
Takde ikan. Sebaiknya sebelum memancing di mana-mana saja lubuk, elok pantau dulu ada ikan atau tidak.
Jangan main terjah aje walaupun tempat tersebut kolam memancing ikan.
Semua kaki pancing pasti ada rekod tangkapan peribadi. Ada yang bawah 10 kg, ada yang lebih 10 kg, ada yang bawah sekilogram. Menariknya selagi bergelar kaki pancing, akan terus mencari rekod-rekod tangkapan peribadi untuk di kenang sepanjang hayat walaupun kadang kala ikan yang kita sasarkan itu sukar untuk diperolehi.
Anda pula bagaimana? Jom kongsikan dengan kami rekod peribadi ikan paling besar atau yang paling susah untuk dipancing.
“Kategori laut… ikan duri 4.5kg. Pertama kali memancing semula selepas 10 tahun gantung joran. Kategori air tawar… haruan 2.5kg (catch n release). Sekarang nak cari lesen toman.”
“Ikan pertama lombong Puchong paling besar patin 7kg. Start mancing awal pagi, dapat ikan pukul 1.30 tengah hari. Bukan patin tu yang teruk pancing tapi saya sendiri tarik selepas tengah tali pancing kendur dan tegang. Perlawanan yang mencabar… rupanya patin tu dah telan habis sampai ke perut umpan dedak strawberi.”
“Ikan merah 2.3kg… Dapat masa 1st time turun ke laut. Lepas tu lama dah tak turun semenjak dah ada tempat baru iaitu di Bakun Hidroelektrik, Bintulu Sarawak.”
“Pulau Bunting sepanjang pembabitan dalam dunia memancing geng tegar Pulau Bunting…. rekod terbesar adalah pari 9 kilo. Pari faham-faham la kalau dia makan top speed laa. Nak jadikan cerita tali benang di mesin sikit… pari terus tarik. Apa lagi kita bangkang la kalau biar habis tali pam sampai dia alah… mujur pakai 2 kail satu kail dah kangkang betul.”
“Rekod laut pernah naikan jenahak 5.6kg kat jeti Pulau Ketam. Kalau sungai pulak pernah naikkan kaloi 10kg. Kolam pulak tak yah nak cakap la berkilo-kilo dah naik yang paling besar tongsan sisik halus 22kg. Patin paling besar pun baru 16 kg. Kenangan tahun lepas punya cerita.”
“Ketutu 3kg… rasa macam tarik batang kayu tak melawan langsung. Jual kat kedai ikan untung, masyuuuk!”
“Kenerak 11 kg lokasi Sg Jelai, Kuala lipis… pegrhh 20 minit main baru naik… syookkk wooo.”
“Pernah sekali nak casting mama toman tapi tiba-tiba mama pacu xxl hentam guna gewang minnow pulak tu… bukan senang nak dapat pacu besar guna gewang. Antara catatan peribadi terbaik.”
“First time turun laut tahun lepas. First time jugak la rasa tenggiri pecut sambar ikan kembung casting dekat tuas Yan, Kedah. Hasil dalam 6 kg… hilang terus loya-loya nak mabuk… tadak la rare species sangat cuma agak excited untuk seseorang yang berumur 20 baru turun laut… hahaha.”
Semoga Ramadan kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya. Bukan mudah untuk memperoleh puasa yang mabrur, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencapai seperti seruan oleh Allah SWT kepada umatnya.
😛 Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru dilahirkan.
➡ Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin.
➡ Akan dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
🙂 Pahala berpuasanya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al- Quran.
😛 Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
😀 Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya.
➡ Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman.
💡 Akan diberikan oleh Allah swt segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s.
🙂 Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW.
😎 Akan dikurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat.
💡 Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa.
➡ Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
😛 Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar.
😉 Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan dibebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
➡ Mereka yang berpuasa akan diminta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi.
💡 Orang yang berpuasa akan dibebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga.
➡ Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s.
Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
😆 Mereka yang berpuasa akan diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
😛 Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin.
💡 Mereka yang berpuasa akan dibina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga.
➡ Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
🙂 Golongan yang berpuasa akan dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga
😛 Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan dikabulkan.
😎 Akan terhapuslah segala seksaan di kubur.
💡 Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun.
➡ Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
💡 Allah SWT telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga.
Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur.
➡ Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., “Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku…”
Ramai bersetuju bahawa aktiviti memancing merupakan aktiviti membuang masa, tenaga dan wang ringgit.
Mana tidaknya, kebanyakan pemancing akan pergi memancing dari awal pagi hingga lewat petang.
Ada pula yang pergi memancing beberapa hari, dari awal minggu hingga hujung minggu. Mereka juga terpaksa meninggalkan anak dan isteri di rumah.
Semasa keluar mereka bertenaga, apabila pulang badan dah penat. Habis tenaga berjemur di tengah panas dan kadang-kadang dilanda hujan, ribut dan petir.
Bukan itu sahaja, duit juga banyak dilabur untuk membeli barang-barang dan alatan memancing.
Beli umpan, duit minyak, tambang bot, chalet, makan, minum, rokok, dan bermacam lagi barangan yang difikirkan perlu oleh pemancing.
Ada juga yang habis ribuan ringgit semata-mata hanya untuk keluar memancing!
Jadi, memang benarlah aktiviti memancing ini membuang masa, tenaga, dan wang ringgit, terutama pada mereka yang tidak melakukannya.
Tetapi, apa kesan aktiviti memancing ini kepada pemancing itu sendiri? Apa kesannya kepada pembangunan ekonomi dan negara?
Apa akan terjadi sekiranya pemancing ini dihalang dari keluar memancing?
Kajian mendapati bahawa pemancing keluar memancing atas sebab tertentu. Menurut bapa ‘motivasi pemancing’ Dr. Fedler dan Dr. Ditton (1994), tujuan pemancing keluar
memancing bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ikan, tetapi untuk mendapatkan ‘rekreasi’.
Betul ikan adalah benda yang mereka buru, tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan rekreasi. Kebanyakan pemancing sendiri tidak sedar tentang hal ini!
Rekreasi yang dimaksudkan termasuklah ‘ketenangan’, ‘menikmati alam sekitar’, ‘untuk bersama rakan’ selain ‘keseronokan mendaratkan ikan’.
Oleh itu ‘ikan’ hanyalah tarikan untuk pemancing mendapatkan ‘rekreasi’.
Kesan aktiviti memancing kepada masyarakat telah banyak dibincangkan di negara maju.
Pemancing akan cuba mendapatkan ‘ketenangan’ semasa memancing dengan merehatkan badan dan minda, iaitu fizikal dan mental.
Mereka juga dapat lari dari rutin kehidupan harian. Di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Australia, telah menjadi kebiasaan bagi rakyatnya untuk keluar memancing pada hujung minggu bersama rakan atau ahli keluarga.
Cari sahaja di capaian internet, anda akan dapati setiap lapisan masyarakat, pelbagai peringkat umur dan jantina, keluar memancing bersama rakan atau keluarga.
Bagaimana pula kesan dari sudut ekonomi? Sudah tentu ianya berkaitan dengan wang yang dibelanjakan oleh pemancing.
Secara tidak sedar, kawasan yang dikunjungi oleh pemancing akan pesat membangun.
Di situ ada orang membuka kedai alatan memancing, kedai umpan, kedai runcit, menjual makanan, kuih-muih, ada juga yang mengusahakan chalet atau homestay untuk pemancing, dan bermacam-macam lagi aktiviti ekonomi terjana.
Bayangkan seperti di Tasik Kenyir, pemancing sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk menginap di ‘houseboat’.
Malah, sejak keluar dari rumah untuk sampai ke Tasik Kenyir, mereka telah pun berbelanja ratusan ringgit untuk minyak kereta, makan dan minum.
Keadaan ini menggalakkan perkembangan ekonomi setempat dan negara.
Ada juga pendapat menyatakan bahawa aktiviti memancing dapat mengurangkan kos perbelanjaan negara, iaitu kos rawatan pesakit di klinik dan hospital awam.
Mana tidaknya, mereka yang terlibat dengan aktiviti memancing adalah orang yang sihat dari segi mental dan fizikal.
Mereka kebiasaannya adalah orang yang lasak dan tinggi daya tahan penyakit. Sekaligus mereka kurang ke klinik dan hospital awam untuk mendapatkan rawatan.
Perkara ini ada dinyatakan dalam kajian rekreasi oleh California State Park pada tahun 2005, semasa pelakon Hollywood Arnold Schwarzenegger menjadi gabenor di negeri tersebut.
Kajian mendapati aktiviti rekreasi dapat mengurangkan stres atau depresi, mengurangkan obesiti dan penyakit kritikal lain seperti; serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetis, dan osteoporosis.
Negara juga akan mengalami pertambahan ‘keluaran dalam negara kasar’ secara tidak langsung, apabila negara mempunyai masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.
Selepas keluar memancing, pada keesokannya, produktiviti kerja pemancing di pejabat akan meningkat.
Mereka dapat melakukan kerja dengan lebih produktif dan efektif dari sebelumnya.
Oleh itu, apa yang boleh dilakukan dalam menjawab soalan ‘kenapa membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk memancing?’
Di sini ada dua idea, untuk pemancing dan masyarakat umum.
Bagi pemancing, mereka seharusnya bijak dalam menentukan keutamaan aktiviti harian.
Boleh pergi memancing, tetapi pastikan kebajikan dan kepentingan ahli keluarga diutamakan terlebih dahulu.
Pemancing harus meletakkan tanggungjawab yang tinggi pada keperluan anak dan isteri, serta ahli keluarga yang lain.
Jika semuanya telah selesai, maka bolehlah pergi memancing – selama mana tempoh yang dirasakan berpatutan, tidak terlalu singkat dan tidak terlalu lama.
Pemancing juga harus bijak dalam membelanjakan wang. Bahagikan wang untuk keluarga dan keperluan utama terlebih dahulu.
Selebihnya berbelanjalah untuk aktiviti memancing anda, dengan berhemah. Dari segi produktiviti kerja pula, buktikan pada majikan dan masyarakat sekeliling bahawa
pemancing adalah seorang yang produktif dan efektif dalam melakukan tugasan, terutamanya selepas keluar memancing.
Manakala bagi masyarakat umum, termasuklah ahli keluarga, rakan dan masyarakat di luar sana, ‘menghormati’ dan ‘memahami’ adalah dua perkara yang perlu dititik-beratkan.
Menghormati hak pemancing adalah sangat penting. Kita tahu, masa, tenaga dan wang yang dibelanjakan oleh pemancing adalah untuk mendapatkan ‘rekreasi’, bagi kelangsungan hidup pemancing sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
Fahamilah pemancing, kerana mereka memang terlalu cintakan aktiviti ini. Berilah galakan dan sokongan kepada mereka untuk memancing secara positif.
Ingatlah bahawa aktiviti memancing adalah jauh lebih baik dari aktiviti lain yang tidak bermoral di luar sana.
Dengan harapan, selepas ini, aktiviti memancing tidak lagi dianggap sebagai membuang masa, tenaga dan wang ringgit, malah dianggap sebagai penyumbang kepada kesan positif bagi individu pemancing, pembangunan ekonomi dan negara.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...