IKLAN

 

Sesi bual bicara dari pemancing kepada pemancing kali ini admin keutarakan persoalan yang dikemukakan oleh pemancing dan para pemancing juga yang memberi respon. Admin sebagai moderator saja.

Topik yang dikemukakan ialah…

 

Apa perbezaan casting menggunakan tali tangsi dan tali benang? Ada yang kata, kalau pakai benang, ikan akan lari sebab getaran. Lagi bagus pakai tangsi.

Ada di setengah tempat pula katanya, memang tak dapat ikan kalau pakai tangsi, nak kena benang jugak.

 

Apa kata netizen :

 

“Tali tangsi best layan ikan sebab dia ada memori. Cuma, bila kita cast dari tebing sungai yang arus laju, tali tangsi cepat tenggelam dan mudah dibawa arus. 

Sebab dia lebih tumpat dari air. Jadi kita tak sempat nak gayakan gewang,air dah bawak lari tali. Orang kata ikan culas pakai tali benang, boleh jadi juga sebab tali benang ada bunyi bergesel kuat dengan cincin joran bila kita karau.tali tangsi takde bunyi. 

Bila pakai tali tangsi juga, seperti susah untuk keluar drag reel. Sebab tali itu sendiri mungkin sudah mainkan peranan melalui memori dia tu. 

Bila kena ikan, nyutttt… dia terasa lain macam hingga terbawa dalam mimpi.”

IKLAN
  • SUWARDI AZMI

 

”Ilmu tak berapa sangat… tapi pada pendapat saya, bila dikaitkan dengan casting ni, kesesuaian tali yang digunakan adalah benang. 

Banyak kelebihan bila pakai tali benang jika nak casting…  benang ni lembut kalau nak dibandingkan mono.

Senang cerita atas minat masing-masing…. ada kelebihan ada kekurangan. Terpulang pd individu itu sendiri.”

  • CHOR MAN

 

“Dua-dua jenis tali ni saya pernah guna. Ok je… ada je ikan yang nyambut. Pada saya, penggunaan tali lebih kepada keselesaan saya sendiri, bukan kerana dapat ikan ke tidak.

Dulu ya pakai mono, tapi bila dah guna benang, lagi selesa so terus dgn benang. Entahlah ikan kat dalam air tu rasa getar ke tidak.”

  • CHEF ENDRAWAN

 

“Pernah pakai dua-dua. Tapi saya pilih braid sebab walaupun lama di dalam spool dia tak bergulung. Bila birdnest, braid lagi mudah selesai.”

IKLAN
  • EDDY CALLEIGHT

 

“Tengok padang bossku… ada keperluan untuk mono dan ada keperluan untuk braided. Kalau casting tenggiri guna bulu, mono lebih efektif.”

  • MOHD YUSMAN

 

“Otai pernah cerita casting tenggiri kat satu port ni kalau pakai benang memang payah dapat walaupun pakai leader tangsi. 

Tapi yang saya tau kalau casting bc pakai tangsi memang best kalau nak buat bihun masak kicap. Hahaha!”

  • MOHD AZRIL AZNAN

 

“Pengalaman aku… masa trip Gua Musang tak berapa menjadi disebabkan ada ahli trip kata kerana pakai tali benang.

Trip Air Putih memang best sebiji sawit belah empat dapat empat ekor kelah masih tali yang sama joran yang sama. 

Bagi aku tali ke umpan ke kalau takde rezki memang tak menjadi kalau dah rezki itu semua tak boleh dibuat kira sangat.”

  • SABRI GHANI

 

“Kalau mancing kat Sungai Perak belah Teluk Intan kena pakai benang… kalau pakai tangsi koyak la poket. Buntal kekoh sokmo tali.. kejap putuih kejap putuih.”

  • MOHD HARMIZIE HASAN

 

“Hal ni memang garu kepala. Macam-macam petua sampai dah jadi pantang larang. Ada yang meroyan gila sebab member sebelah cuma set RM 60 joran dengan mesin lagi percuma tali pun boleh naik tanda… sekarang hentam saja janji umpan ada uhmmm.”

  • NOORAZ MOZA

 

“Dua-dua ok je… tapi kalau gewang sangkut mono lagi bahaya sebab gewang akan terbang balik kat kita.”

  • AKIM JENGKA

 

“Entahlah susah nak cakap. Pandai memancing pun zaman dah ada benang. Tapi kalau guna bc jadi bihun tersimpul mati kot tali tangsi.”

  • FENDI AHMAD

 

“Untuk daya lontaran maka braided adalah lebih utama. Kita sedia maklum saiz braid lebih kecil biarpun lbs sama.”

  • ARE MAR