Bila ditanya tentang apa kelebihannya bergerak memancing di dalam satu grup ini, pada pandangan peribadi penulis sebab utama yang menjadikan grup ataupun kelab memancing ini sangat baik kepada kaki pancing ialah jalinan silaturahim.

Tidak hanya terhad kepada aktiviti memancing, tetapi ia juga aktiviti lain seperti konvoi kereta, jamuan bersama keluarga dan sebagainya.

 

Sudah tentunya ikatan silaturahim menjadi kelebihan utama menyertai kelab memancing ini kerana kita boleh lihat sesebuah kelab memancing ini biasanya menganggap semua ahli bagaikan Ada juga kelab memancing yang mempunyai baju rasmi mereka sendiri.

 

Selain itu, dengan kewujudan kelab memancing juga memberi potensi untuk berkenalan dengan kaki pancing yang datang dari lain daerah dan negeri dengan anda sekali gus ini

dapat memberi peluang untuk meneroka lubuk pancing baru yang mungkin belum pernah dapat anda jejaki.

 

Justeru, ini dapat membuka mata anda tentang lubuk-lubuk baru dan juga pada masa yang sama dapat mempelajari teknik yang sudah tentu berbeza di setiap tempat.

 

Ini antara kelebihan kelab atau grup memancing yang dapat penulis kongsikan. Apa pula kata kaki pancing yang lain?

Pastinya ada sebab tersendiri kenapa perlu adanya kelab memancing dan apa pula kelebihannya kepada kaki pancing.

 

Wacana – Apa Faedahnya Semua Nak Buat Kelab Memancing?

 

Khairul Cheng (PAC)

Kelebihan kelab pancing kepada kaki pancing ialah ilmu dunia memancing dapat dikongsi bersama kalangan ahli kelab dengan mengadakan bengkel atau klinik teknik memancing.

Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama kaki pancing. – Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita erat, yang erat kita teguhkan. Itulah motto Penang Anglers Club (PAC).

 

Safari Jabar (Kaki Pancing Muar Bandar DiRaja – KPMBDR)

Bagi saya, bila ada kelab atau grup memancing ni ialah bila kita dapat berkongsi segala ilmu tentang aktiviti memancing sesama ahli.

Oleh itu, saya ambil pendekatan untuk menyatukan semua pemancing di bawah 1 bumbung.

Maka, tertubuhlah KPMBDR ini. Kelab yang ditubuhkan ni bukan hanya untuk berbincang, malah kita cuba terap dan didik nilai disiplin di kalangan pemancing seperti isu kebersihan, CNR, dan macam-macam lagi.

Pelbagai aktiviti telah kami buat seperti majlis berbuka puasa, hari keluarga, bantuan mangsa banjir, dan pelbagai aktiviti amal yang lain.

KPMBDR dengan slogan 3F – Fishing… Friendship… Forever memang menyokong untuk semua kaki pancing bernaung di bawah 1 bumbung, tidak kira dari kelab atau grup mana sekalipun.

 

Aarol Cool (Malacca Snakehead Hunter)

Pada pandangan saya, kelab memancing ni patut di tubuhkan kerana ia dapat mengeratkan tali silaturahim sesama pemancing selain dapat berkongsi pengalaman dunia memancing kita. Kalau kita gerak dalam satu grup lagi seronok.

Saya sendiri lebih suka bergerak secara grup kerana ia dapat mengurangkan bahaya kepada kita dan keselamatan kita terjamin.

Kesimpulannya, saya memang sarankan agar lebih banyak grup memancing ditubuhkan. Kepada pemancing, diharap dapatlah sertai mana-mana grup memancing yang ada sekarang ini. Ingat, “bangau akan lebih indah seandainya berjemaah…”

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI