Buat anda yang tertarik untuk membuat olahan ikan mahi-mahi, di bawah ini akan dipaparkan cara memasak ikan mahi-mahi yang sesuai.
Dengan resepi masakan ikan mahi-mahi yang tepat akan memberikan sajikan ikan laut yang nikmat, lazat, dan penuh gizi. Berikut ini beberapa cara memasaknya.
Cara Mengukus Ikan Mahi-Mahi
Langkah pertama sebaiknya ikan mahi-mahi dikukus dengan menggunakan daun pisang.
Cara ini akan membuat ikan matang secara perlahan dan sekaligus menjaga agar sari dagingnya tidak rosak selama dimasak. Caranya, daun pisang sebaiknya direndam sekitar 2 menit agar lebih lembut lalu didihkan sekitar 30 saat.
Setelah itu potong ikan mahi-mahi dengan hati-hati menjadi beberapa bahagian sesuai selera. Ketika memotong sebaiknya sambil ditekan perlahan agar filletnya tidak hancur. Setelah itu bungkus potongan ikan mahi-mahi dengan daun pisang dan kukus.
Setelah itu sejukkan potongan daging ikan mahi-mahi lalu letakkan dalam piring dan masukkan peti sejuk sekitar 30 minit. Saat didinginkan anda boleh menuangkan sari lemon
atau limau nipis, garam, lada, atau rempah untuk menghilangkan bau hanyirnya. Setelah itu daging mahi-mahi siap dimasak dengan pelbagai resepi yang dihajati.
Resepi Steak Mahi-Mahi
Olahan dengan resep steak mahi-mahi ini akan memberikan sajian yang sangat lazat. Berikut ini cara memasaknya.
Bahan keperluan:
Ikan mahi-mahi secukupnya
Mentega secukupnya
french fries secukupnya
Sebiji cili hijau
Sebiji tomato
Daun salad secukupnya
Daun bawang secukupnya
Minyak zaiton secukupnya
Minyak ikan secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan salad seperti daun salad, tomato, cili hijau
Kemudian tambahkan minyak zaiton dan minyak ikan.
Panaskan teflon yang telah dituang marjerin setelah itu tumis ikan mahi-mahi dengan menambahkan sedikit perahan limau nipis.
Tunggu beberapa minit hingga daging matang.
Setelah matang pindahkan ke pinggan dan tuangkan salad di atas ikan. Boleh juga salad dituang dalam mangkuk lain lalu sajikan.
SOALAN: Ada tak petua bagaimana nak bagi perumpun tahan lebih lama?
JAWAPAN:
Tak kira apa saja jenis perumpuan atau umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal perumpun) sebagai tempat perumpun berlindung.
Perumpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.
Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).
Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan.
Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.
Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.
Asingkan perumpun mati dengan yang hidup.
Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.
Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.
Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.
Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.
Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.
Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.
KEMUDAHAN
Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.
Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.
Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA
Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...