Selepas siri pertama yang lalu, kali ini kami menyenaraikan siri kedua pisau yang boleh dianggap terbaik pernah dihasilkan di dunia. Bagi kaki pancing itu sendiri, pisau merupakan salah satu alatan penting dalam hobi memancing yang perlu dibawa sama ada tujuan keselamatan ketika memancing, meredah hutan, berkhemah, memotong dan melapah ikan, menghiris umpan dan banyak lagi. Mari kita lihat, siri seterusnya.
The Ulu
The Ulu adalah pisau unik yang diinspirasikan oleh orang asli Amerika. Ia berbentuk pisau pencincang yang hebat. Bilah berbentuk bulan sabit ini sekitar 3 hingga 4 inci dan pemegang pisau secara langsung di bahagian atas. Hari ini, pisau Ulu banyak dibuat secara komersial sebagai cenderamata. Jika anda mahu The Ulu berkualiti, cuba dapatkan daripada Knives of Alaska.
Schrade Uncle Henry
Dinamakan sempena Henry Baer, Schrade ini muncul pada 1960-an. Terdapat pelbagai jenis pisau Uncle Henry, tetapi antara yang terbaik adalah folder tiga bilah ini. Ia mempunyai bilah saber, sheepsfoot dan pisau Spey yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Pisau ini antara pisau yang mempunyai harga yang berpatutan dan berbaloi dimiliki.
Victorinox Swiss Champ
Dengan 30 alatan serba guna ditangkainya, Champ Swiss adalah evolusi pisau Swiss Army (asal mempunyai empat bilah). Kebanyakan orang agak skeptikal dengan kualiti dan keupayaan pisau potongan model Swiss Army, namun Victorinox Swiss Champ memang berada pada satu tahap yang berbeza.
George Herron Model 6 Drop Point
George Herron bermula pada awal 1960-an dengan gaya Randall, kemudian bertukar kepada pisau gaya Loveless dan akhirnya membangunkan gaya sendiri yang akhirnya menjadi gaya ikutan semua orang. Pisau Herron sangat praktikal dan mempunyai hasil tempaan rapi dan mata yang tiada tandingan. Model 6 adalah versi pisau buruan dengan mata drop-point.
DiamondBlade Goddard Traditional Hunter
Pada tahun 2007, Charles Allen, pengasas DiamondBlade, memperkenalkan satu siri pisau hasil tempaan dengan proses yang dipanggil geseran penempaan, yang diadaptasi daripada teknologi kimpalan. Proses ini melibatkan keluli yang ditempa di bawah tekanan dan darjah haba yang tinggi, menghasilkan bilah yang lebih keras, lebih tajam dan lebih kuat daripada biasa. Ketajaman pisau ini menyebabkan sarungnya terpaksa direka semula bagi mengelakkan dihiris oleh bilahnya.
Lone Wolf Knives Harsey T3 Ranger
T3 Ranger merupakan pisau model folder ditempa untuk memburu. Bilah gaya drop-point hampir 5 inci panjang dan pemegang cukup besar menjadikannya selesa dipegang. Pisau ini datang dengan sarung tali pinggang taktikal yang cukup bergaya. Jika anda memiliki T3 Ranger ini, mungkin anda tidak memerlukan pisau dengan bilah tetap lagi.
Nessmuk Knife
Nessmuk adalah pisau dengan bilah double-bitted kecil dengan reka bentuk tersendiri. Nessmuk adalah satu bilah 5-inci yang nipis dengan lengkung ketara menguliti bilah dengan mata drop-point. Jika anda mencari satu pisau yang baik, pisau Bark River Lil ‘Nessy ini adalah contoh pisau Nessmukery yang baik.
Woodman’s Pal
Pisau unik ini diinspirasikan pada 1941, apabila Fredrick Ersham meletakkannya di pasaran selepas 10 tahun dalam kajian dan pembangunan. Versi moden pisau ini menggunakan pemegang kayu keras dan anda boleh menggunakan Pal sebagai cangkuk, parang, pisau dan kapak. Ia boleh melakukan hampir semua kerja pemotongan berasaskan pisau.
Knives of Alaska : Brown Bear
Secara teknikal, Brown Bear adalah parang, bukan pisau. Apa pun, anda masih boleh menggunakannya sebagai pisau atau parang, atau kapak. Dengan bilah 6 1/2 inci, bahagian hadapan pisau ini bulat dan tajam serta mempunyai lubang untuk jari telunjuk anda pada bahagian belakang bilah. Rekaan pisau ini juga agak unik dan menjadi kegemaran pengumpul.
The Buck Model 110
The Buck Model 110 muncul pada tahun 1963 dan segera menjadi sensasi. Pisau jenis lipat atau folder ini ditempa dengan tembaga berbingkai yang cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja seperti pisau dengan bilah tetap. Buck menjualnya dengan tali pinggang hitam kulit sebagai sarung kerana terlalu berat untuk diletakkan di dalam poket. Setelah 45 tahun dalam pasaran tempaan pisau, Buck telah terjual dengan nilai lebih kurang 14 juta.