Kira-kira 2-3 tiga tahun lalu, penggunaan minyak serai dalam penghasilan umpan memancing (kolam pancing air tawar), pernah menjadi satu fenomena.
Berasaskan minyak sawit dan adunan serai, aroma unik minyak serai ini menjadikan ia penarik baru bagi menjinakkan ikan air tawar kolam komersial khususnya patin dan tongsan sisik halus.
Team Umpan agak bernasib baik kerana sempat juga merekod dan merakam umpan yang dihasilkan berasaskan minyak serai ini sebelum ia menyepi dari dunia pancingan kolam buat seketika.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
Minyak serai
Tepung gandum
Pes pandan/strawberi
Keropok jagung
LANGKAH 1
Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.
Ads
LANGKAH 2
Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.
LANGKAH 3
Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.
LANGKAH 4
Ads
Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.
LANGKAH 5
Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.
LANGKAH 6
Ads
Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.
LANGKAH 7
Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.
LANGKAH 8
Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.
(saksikan video penyediaan umpan ini dengan cara klik link di bawah ini)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang memancing?
WITT DESIGN: Saya mula menjual gewang pada tahun 2017 dan mula membuat gewang handmade pada tahun 2015 hanya untuk kegunaan sendiri. Pada permulaannya saya membuat jumpfrog dan sedikit gewang untuk memikat sebarau.
WITT DESIGN: Pada mulanya saya sekadar mengisi masa lapang dan juga minat mendalam terhadap seni kraf dari kayu. Jadi saya mula membuat gewang untuk kegunaan sendiri dan lama kelamaan ada kawan-kawan tahu dan meminta saya membuat gewang untuk memburu GT dan lain-lain sepsis ikan. Setelah permintaan gewang untuk “big game” seperti popper dan stickbait meningkat maka saya mengambil keputusan untuk membuat gewang sepenuh masa.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan dalam meneruskan usaha ini?
WITT DESIGN: Pada awal pembuatan cuma peralatan dan masa namun setelah setahun, saya telah membeli beberapa mesin untuk membantu memudahkan kerja saya. Dari segi masa juga terdapat sedikit kekangan kerana isteri saya bekerja sebagai anggota tentera yang berkerja tidak tentu masa menyebabkan saya perlu fokus pada keluarga dan menguruskan anak-anak sekiranya beliau tiada.
Selain itu saya juga mempunyai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. Harapan saya agar pemancing di Malaysia sentiasa memberi sokongan pada jenama buatan anak tempatan yang lain. Pendapat dan sumbangan idea para sahabat amat saya alu-alukan demi penambahbaikan hasil tangan saya di masa hadapan. Impian saya, semoga hasil tangan saya dan sahabat yang lain mampu berada setanding dengan jenama luar negara dan terkenal di pasaran dalam dan luar negara.
WITT DESIGN: Kelebihan produk saya adalah rekabentuk mengikut citarasa pelanggan yang menempah. Ada yang menempah menggunakan rekaan mereka sendiri dan ada juga yang meminta idea rekaan dari saya. Saya juga mengenakan kadar bayaran deposit yang rendah. Namun ianya terpulang pada pelanggan. Dari segi warna, berat dan saiz rekaan juga pelanggan boleh membuat pilihan mengikut citarasa mereka.
UMPAN: Ceritakan sedikit pencapaian yang membanggakan dalam bidang memancing yang pernah diperolehi?
WITT DESIGN: Perkara yang membanggakan saya ialah mendapat sokongan padu dari anglers dan para sahabat. Mereka ini yang banyak mempromosikan gewang saya. Sokongan dari sahabat semua menjadi pemangkin untuk saya lebih bersemangat meneruskan usaha gewang hand made saya ini . Saya ingin merakamkan jutaan terima Kasih kepada mereka yang menyokong saya dari awal penglibatan saya sehingga sekarang. Akhir kata “ BIAR PATAH ROD, JANGAN PATAH SEMANGAT ”.
Saya dapati rata-rata pemancing menggunakan baitcaster reel bila bermain teknik slow pitch jigging tetapi bila bermain teknik light jigging mereka akan menggunakan spinning reel.
Boleh tak baitcaster digunakan untuk light jigging?
JAWAPAN:
Saya bersetuju dengan anda bahawa hampir majoriti pemancing menggunakan overhead reel bila mengaplikasikan teknik slow pitch jigging.
Berbanding spinning reel, kegunaan overhead reel ini lebih pratikal dalam banyak aspek. Dan atas sebab yang sama juga kenapa lebih ramai pemancing menggunakan spinning reel berbanding baitcaster atau overhead reel.
Jadi, jawapan kepada soalan anda ialah boleh. Anda boleh menggunakan baitcaster atau overhead reel untuk teknik light jigging.
Sebenarnya bukan sedikit pemancing menggunakan overhead reel untuk light jigging. Secara peribadi, saya juga menggunakannya.
Sebaliknyat pula saya merasakan overhead reel ini lebih menyeronokan berbanding spinning reel.
Pertama, overhead reel lebih sensitif yang membolehkan sebarang ragutan ikan dapat dirasai walaupun ketika jig sedang turun ke dasar.
Malah untuk mencari overhead reel yang memiliki gear ratio tinggi lebih mudah berbanding spinning reel.
Kebanyakan pemancing lebih senang menggunakan spinning reel mungkin disebabkan beberapa perkara.
Pertamanya, dengan menggunakan spinning reel lebih mudah untuk memainkan aksi jerking atau twitching ketika melakukan karauan pantas.
Keduanya, spinning reel lebih mudah untuk melakukan cast pada sudut-sudut yang sukar.
Ketiga, penyeliaan selepas memancing menggunakan spinning reel lebih mudah berbanding overhead reel.
Dan dari aspek ekonomi pula, spinning reel ini boleh digunakan untuk teknik pancingan lain sama ada di perairan air masin atau pun air tawar.
Jadi, jika sudah ada kekili yang boleh dipelbagaikan kegunaannya, kenapa perlu beli overhead reel yang agak terbatas kegunaannya.
Trip trekking ke Royal Belum ini merupakan trip kedua saya. Ia rentetan ingin mengulangi betapa seronoknya casting dan trekking yang kena dengan jiwa saya. Dalam trip terdahulu saya telah pun sampai ke Sungai Kebeng.
Hajatnya trip kedua ini ingin mengulangi lokasi yang sama, namun atas beberapa halangan terutama kesukaran beberapa orang rakan mengambil cuti, terpaksalah trip kali ini disingkatkan kepada 4 hari 3 malam dan hanya sampai di Sungai Ketir.
Selepas solat Jumaat, saya, Zack, Encik Mohd, Pak Abu, Ajak, Zaki dan Acang Kopeng mulai bertolak ke Grik dari Kuala Lumpur. Sebelum tiba kami sempat berehat dahulu di R&R Sungai Perak sambil berbincang apa yang patut.
Kami bermalam di rumah rakan, Pok Jan di Gerik yang juga tekong dan pemandu boathouse di Royal Belum. Malam itu, kami membahagikan barangan sama rata yang akan dibawa. Sambil perkena air kopi dan biskut, kami rancak berborak terutama mendengar pengalaman guide sambil seorang demi seorang kami akhirnya tertidur.
Awal-awal pagi lagi, kami telah bangun dan bersiap dengan barangan masing-masing. Masing-masing memeriksa barangan takut-takut ada yang tertinggal. Sebelum ke Jeti Tasik Banding, guide terlebih dahulu pergi ke pasar pagi di Pekan Grik untuk membeli barangan keperluan untuk memasak seperti bawang, cili api, halia dan sebagainya. Tepat jam 7 pagi, selepas semua barang kelengkapan dipunggah ke dalam dua buah bot, terus sahaja di pacu laju meninggalkan jeti.
Perkara wajib yang wajib dipatuhi oleh semua pengunjung ke Royal Belum adalah mesti mendaftar permit masuk dan mengisytiharkan segala aktiviti sepanjang tempoh berada di sini. Sejurus selesai mendaftar permit, terus sahaja tekong memacu bot menuju ke Sungai Kejar. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar dan kami tiba di kuala Sungai Kejar.
Dengan lafaz bismillah sekali lagi, saya dan rakan-rakan memulakan langkah meneruskan perjalanan. Dua orang guide iaitu Khairul, Janggut berjalan di hadapan kami. Manakala dua lagi guide iaitu Along RB dan Gan Craf berjalan di belakang kami.
Sebenarnya trek perjalanan di hulu Sungai Kejar ini tidaklah sesukar mana jika ingin dibandingkan dengan trek Sungai Terenggan di Tasik Kenyir. Ini berdasarkan pengalaman saya yang telah beberapa kali trekking di sana. Tidak seperti di Sungai Terenggan, trek di sini agak rata dan tidak terlalu bengkang bengkok dan banyak mendaki serta menuruni bukit.
Dalam perjalanan, kami bertemu dengan beberapa kumpulan lain yang turut sama trekking serta kumpulan orang asli yang mendiami sekitar kawasan ini dan juga pokok rambai yang ranum berbuah.
SUNGAI KETIR
Kami selamat tiba di Sungai Ketir jam 3 petang, iaitu lokasi yang menjadi spot kami selama 4 hari 3 malam. Guide membantu membina kawasan perkhemahan dengan membina tempat untuk memasak. Bagi saya, tidur di dalam hammock sudah cukup memadai dan saya merasakan ia paling sesuai seandainya bila di dalam hutan berbanding di dalam khemah tertutup.
Beberapa orang rakan, terutamanya Pak Abu, Acang Kopeng dan Ajak melayan bottom di depan khemah, manakala rakan lain termasuk saya masuk tidur awal pada malam itu. Punyalah semangat nak pergi casting esok hari, malam itu, saya terus memakai kelengkapan terutama baju dan seluar untuk casting.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...