SOALAN:
Boleh tak admin ceritakan sedikit apa kelebihan gewang SP (soft plastic) dan bagaimana dengan keupayaannya memikat ikan?
JAWAPAN:
Soft plastic (SP) merupakan salah satu umpan tiruan atau gewang yang sudah lama bertapak di negara kita namun popularitinya tidaklah sehebat gewang replika ikan dan jig. Namun di negara barat ia merupakan umpan tiruan yang meluas penggunaannya sama ada pancingan air tawar mahupun air masin. Sementara di negara kita ia lebih banyak digunakan di arena pancingan air tawar sahaja.
Ia mungkin bersangkut paut dengan gaya pancingan dan ikan sasaran yang sesuai dipancing dengan penggunaan SP. Secara teknikalnya, soft plastik sangat berbeza jika dibandingkan dengan hard lure namun sangat efektif memikat ikan.
Dengan teknik yang betul, soft plastic dapat digayakan mirip dengan diet ikan pemangsa. Selain alunan lembut yang menggoda, modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi dan soft plastik juga terbukti sebagai salah satu umpan yang terbaik.
Hari ini, ramai pemancing kita sudah menggemari dan faham cara penggunaan SP dan ia dipraktikkan dengan meluas khususnya penggemar spesies snakehead terutamanya haruan. Malah dengan keberkesanan SP ini memikat spesies haruan yang sebelum ini sinonim dengan penggunaan umpan alami seperti katak hidup membuatkan makin ramai pemburu haruan.
SOALAN:
Boleh tak admin bagi petua bagaimana untuk menggunakan umpun-umpun supaya tahan lebih lama. Selalunya umpun-umpun yang digunakan cepat je busuk dan mati.
JAWAPAN:
➡ Tidak kira apa jenis umpun-umpun, perumpun atau ruat… ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
➡ Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal umpun-umpun) sebagai tempat umpun-umpun berlindung. Dan pastikan selut itu sentiasa lembab atau basah.
➡ Umpun-umpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.
➡ Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).
➡ Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan. Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.
➡ Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.
➡ Selain itu asingkan umpun-umpun yang telah mati dengan yang hidup.
➡ Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.
SOALAN : Admin, saya peminat teknik jigging. Masalahnya saya sering keliru dengan pemilihan warna jig. Boleh berikan tip untuk memilih warna jig?
JAWAPAN : Pemilihan warna jig sebenarnya bolehlah dikatakan agak subjektif. Sehingga kini, tiada satu pun formula yang boleh menetapkan warna-warna tertentu pada jig akan berjaya menjerat sesuatu jenis ikan. Contoh, jig warna hijau akan diambil gerepoh atau warna biru akan diambil spesies jenahak atau sebagainya.
Setiap pemancing mungkin mempunyai pendapat sendiri berdasarkan pengalaman sendiri atau pengalaman pemancing lain. Namun beberapa faktor mungkin boleh diambil kira ketika membuat pemilihan warna jig.
Antaranya ialah spesies sasaran serta keadaan cuaca yang mempengaruhi variasi pilihan warna jig seperti cerah, mendung, posisi matahari, keadaan air dan ombak serta kedalaman air. Perlu diingat warna jig berbeza apabila bertindak balas dengan faktor bagaimana cahaya menembusi air.
Walau bagaimana saya mengesyorkan warna-warna pink, hijau, biru, serta silver harus ada di dalam bekas simpanan jig apabila turun berjigging. Untuk tip tambahan, anda bolehlah bertanyakan pada tekong. Lazimnya tekong ada formula sendiri pemilihan warna jig berdasarkan pengalaman mereka yang terbukti lebih luas.
SOALAN: Ada tak petua bagaimana nak bagi perumpun tahan lebih lama?
JAWAPAN:
Tak kira apa saja jenis perumpuan atau umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal perumpun) sebagai tempat perumpun berlindung.
Perumpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.
Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).
Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan.
Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.
Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.
Asingkan perumpun mati dengan yang hidup.
Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.