Ramai yang mengetahui air kelapa sememangnya terkenal sebagai minuman yang menyegarkan.
Namun tidak ramai pemancing yang mengetahui bahawa air kelapa itu turut merupakan bahan yang mustajab untuk dijadikan umpan memancing terutamanya ikan patin di kolam pancing.
Bahan-Bahan:
Sebiji kelapa muda (air manis)
Pes pandan
Kelapa parut
Roti sandwic dadu
Ads
Cara-Cara penyediaan:
Langkah 1
Titiskan air kelapa ke atas roti sandwic yang telah dipotong dadu sehingga agak basah (memek) dan sekata.
Ads
Langkah 2
Tuangkan pes pandan 2-3 penutup bergantung kepada jumlah roti dadu yang digunakan. Goncang hingga sekata.
Langkah 3
Ads
Masukkan pula sedikit kelapa parut dan goncang lagi sehingga adunan sekata.
Langkah 4
Umpan memek air kelapa yang sedia untuk digunakan.
Langkah 5
Gunakan perambut 2 mata kail dan kepala roti pada mata kail tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites). Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan. Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak. Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Memperoleh atau mendaratkan ikan layaran dianggap sebagai memperoleh lesen laut dalam. Namun untuk memperoleh lesen laut dalam ini bukanlah semudah yang disangka. Kami belanja sikit tip & panduan untuk korang yang berhajat untuk memancing layaran.
Peralatan & Persiapan
Kekili – Sebaiknya gunakan siri kekili 5000 dan ke atas yang boleh memuatkan tali sulam 40lb sekurang-kurangnya 200 meter.
Joran – Joran kekuatan 20lb-40lb atau PE 2-4 atau lebih.
Leader – 50lb atau bergantung kepada warna air. Kalau air jernih, guna di bawah 50 lb.
Mata kail – Wajib guna circle hook bagi kelestrarian spesies layaran. Saiz 5/0 hingga 7/0 bergantung pada saiz umpan.
Kejayaan misi memancing layaran banyak bergantung kepada umpan yang digunakan. Oleh yang demikian, dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar, kembung atau sotong toraksebanyak yang mungkin ketika tekong berhenti mencari umpan di unjam-unjam.
Untuk mencari layaran, tekong akan mencari petunjuk dengan mengesan kewujudan burung-burung camar di permukaan laut. Burung-burung camar ini mengambil peluang mencuri ikan-ikan yang dipengsankan oleh layaran sebelum menyambarnya.
Sebaiknya gunakan tiga set pancing sahaja bagi untuk memancing layaran bagi mengelakkan kejadian tali pancing bersilang sama ada ketika menghanyutkan umpan atau
ketika layaran melarikan umpan. Dua set di bahagian belakang bot dan satu set di bahagian depan bot.
Ketika proses menghanyutkan umpan ini, korang masih boleh mencari umpan dengan teknik apollo. Apollo yang disangkutkan candat akan berpeluang memperoleh sotong.
Apabila salah satu pancing mengena, biarkan layaran melarikan umpan terlebih dahulu (tanpa drag), apabila ia berhenti seketika barulah gunakan drag dan hanya bertahan (tanpa strike) sehingga mata kail melekat pada paruh layaran.
Kemudian barulah lakukan satu strike bagi mengukuhkan lagi tancapan mata kail.
Keseronokan utama memancing layaran adalah saat ketika ia melarikan umpan dengan pecutan yang menyebabkan spool berdesing memuntahkan tali. Justeru itulah pentingnya simpanan tali yang panjang dalam spool.
Jangan paksa layaran menghentikan lariannya, korang hanya perlu laraskan lagi tahap drag dan meminta bantuan tekong memandu bot mengikut larian ikan sekiranya perlu. Apabila ikan mula menghentikan larian barulah menarik tali masuk semula ke dalam spool.
Sebaik-baiknya jangan layan lama sangat sehingga layaran keletihan tahap maksima. Ia boleh menyebabkan spesies mati.
Jika ingin bergambar dengan ikan, lakukan dengan pantas agar ikan tidak lemas akibat terlalu lama berada di luar air.
Untuk mendaratkan layaran, pegang kedua-dua bahagian paruhnya. Elakkan dari memegang hujungnya sahaja kerana boleh menyebabkan ia patah.
Paruh yang patah akan mengambil masa untuk tumbuh semula sekaligus merencatkan proses ia memburu makanan.
Sebelum lepaskan kembali, berikan bantuan oksigen dengan melalukan air ke ingsangnya. Lakukan sehingga ada pergerakkan ekornya seperti mahu berenang barulah lepaskannya.
Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).
⇒ Para saintis dan ahli biologi menganggarkan terdapat kira-kira 500 spesies sotong di dunia.
⇒ Sotong betina mampu mengeluarkan seribu biji telur setiap kali di dasar laut.
⇒ Giant squid mempunyai mata sebesar bola jaring. Korang boleh bayangkan sendiri bagaimana pula dengan saiz sotong berkenaan.
⇒ Sesetengah sotong mempunyai organ bioluminescent menyebabkan ia bercahaya dalam gelap. Oleh kerana ini sotong lebih berkesan dijadikan umpan pada malam hari berbanding ikan.
⇒ Sesetengah sotong kehilangan tantakelnya pada peringkat larva lagi.
⇒ Sotong merupakan haiwan karnivor: makan ikan, krustasia dan sotong kecil.
⇒ Sotong mempunyai 8 lengan dan hanya tantakel mempunyai penyedut ala-ala vakum berkuasa tinggi.
⇒ Sotong mempunyai 3 jantung!
⇒ Sotong berenang paling pantas di antara haiwan-haiwan invertebrata.
⇒ Kebiasaannya sotong hidup selama 1 hingga 2 tahun.
⇒ Sotong terbesar yang dilaporkan sepanjang 60 kaki dan berat 1980lbs
⇒ Nama ‘calamari’ bermaksud memasak sotong dari bahasa Greek.
⇒ Sotong paling kecil bersaiz 0.7 inci dengan berat 0.02oz
⇒ Kebanyakan sotong memancutkan dakwat bagi melepaskan diri daripada musuh
⇒ Sotong boleh menyamar mengikut persekitarannya.
⇒ Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam.
Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.
Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
⇒ Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya.
Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.
⇒ Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter ( 46 kaki).
Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.
⇒ Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...