Telur ini biasanya terdiri dari gugusan telur kuning tanpa cengkerang kulit telur. Selain enak dijadikan makanan, ia juga boleh dijadikan umpan memancing. Ia boleh digunakan secara terus atau diproses bersama bahan-bahan lain untuk dijadikan umpan memancing ikan bermisai terutamanya ikan keli.
Barang keperluan:
1 kg telur muda
3 paket Nestum segera
1/2 keping ragi tapai (boleh juga guna yis)
2 bungkus roti bun
Minyak JS
Ads
Tepung jagung
Cara menghasilkannya:
Ads
Hancurkan setengah keping ragi tapai, kemudian masukkan ia bersama telur muda ke dalam bekas pengisar.
Kisar seketika, kemudian campurkan 3 paket Nestum dan 3 penutup botol Minyak JS. Kisar sehingga adunan menjadi sebati.
Koyakkan carik-carik roti bun (2 bungkus) menjadi cebisan kecil di dalam bekas kedap udara.
Ads
Curahkan adunan bahan yang dikisar ke atas cebisan roti dan gaul sehingga ia sekata sepenuhnya.
Tutup bekas kedap udara dan simpan atau peram selama 4 hari.
Cara menggunakannya:
Jika adunan umpan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga ia boleh dikepal atau dicangkuk pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika diperhatikan, kebanyakan tangkapan tahap dunia ini dilakukan sejak sekian lama. Saiz semuanya mengagumkan. Bukan senang dah nak jumpa apatah lagi menewaskan spesies monster laut dalam macam ni.
61. Pada 23 August 2008, hanya bertarung selama dua minit…. diulang, 2 minit! Gary Carter berjaya menewaskan mersuji yang lebih besar iaitu seberat 252 pound 9 ounce. Pacific blue marlin ditewaskannya dengan kepantasan luar biasa di perairan Pinas Bay, Panama.
62. Seorang pemancing handalam Enrico Capozzi pula menewaskan mersuji seberat 161 pound 7 ounce. Beliau menundukkan Pacific blue marlin di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada tanggal 15 December 2007.
63. Sementara itu pada 18 December 2007, seorang lady angler Stacey G. Parkerson pula berjaya menewaskan mersuji yang lebih berat iaitu 187 pound 4 ounce. Pacific blue marlin itu dipancingnya di perairan yang sama iaitu Playa Carillo, Costa Rica.
64. Pada 16 May 2006, Martin Arostegui berjaya mengalahkan dan mendaratkan seekor jerung seberat 385 pound. Beliau berjaya menumbangkan lemon shark itu di perairan Key West, Florida.
65. Pada 3 December 2001, Mike Levitt memancing di perairan Cairns, Australia dan berjaya menewaskan black marlin seberat 631 pound. Beliau mengambil masa selama 1 jam 45 minit untuk menewaskan mersuji gergasi itu.
66. Seorang lady angler, Stacey G. Parkerson berjaya menewaskan Pasific sailfish seberat 56 pound 15 ounce di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada 30 January 2008.
67. Fouad Sahiaoui berjaya mengalahkan Atlantic blue marlin seberat 256 pound di perairan Mindelo, Cape Verde pada 5 May 2012.
68. Pada 13 Mac 1986, selepas bertarung lebih dari satu jam Del Brown akhirnya berjaya mendaratkan permit (pompano atau bawal pinang) seberat 41.5 pound. Pertarungan mendebarkan itu berlangsung di perairan Key West, Florida.
69. Sementara seorang lagi lady angler, Eryn Jacobsen berjaya mendaratkan Pacific blue marlin seberat 400 pound 12 ounce pada 20 February 2011, bertempat di perairan North Cape, New Zealand.
70. Pada 25 February 2002, Thomas M. Evans Jr. berjaya menumbangkan caught a 230-pound striped marlin in New South Wales, Australia.
71. Pada 6 Julai 1982, Annette Lopez berjaya menewaskan 1,073 pound Atlantic blue marlin di perairan St. Thomas, USVI.
72. James Holland berjaya mendaratkan tarpon seberat 202.5 pound di Chassahowitz, Florida pada 11 May 2001.
73. Ikan pertama yang ditandai (tagging) secara rasmi dalam sukan memancing berupa seekor blue marlin seberat 1,003 pound yang berjaya ditangkap oleh George Parker perairan Kona, Hawaii pada 13 November 1954.
74. Billy Pate berjaya menewaskan tarpon seberat 188 pound di perairan Homasassa, Florida pada tahun 1982.
75. Pada 22 November 1982, selepas 4 jam bertarung, Eugene Nazarek berjaya mengarau 768 pound 10 ounce Pacific blue marlin di perairan Buena Vista, Mexico.
76. Raleigh Wertking berjaya menewaskan 141.5 pound Pacific sailfish di perairan Pinas Bay, Panama pada 27 December 27 1989 hanya selepas bertarung selama 8 minit.
77. Pada tahun 1926, Captain Laurie Mitchell berjaya menewaskan 976 pound black marlin di perairan Bay of Islands, New Zealand.
78. Di perairan Grand Bereb, Ivory, Stewart Campbell berjaya menewaskan Atlantic blue marlin seberat 714.5 pound selepas bertarung selama 2.5 jam.
79. Selepas bertarung selama 1 jam, Bill Boniface berjaya menewaskan monster seberat 494 pound berupa striped marlin di perairan Tutukaka, New Zealand pada 16 January 1986.
80. Pada 18 September 2012, Guy Yocum berjaya menewaskan tangkapan seberat 427 pound berupa yellowfin tuna di perairan Cabo San Lucas, Mexico.
Jika dikaji, ikan berkelompok ini mendiami kawasan terbuka atau berstruktur sama ada kapal karam, unjam tengah laut, tiang mahupun kawasan yang dipenuhi anak ikan pelagik.
Sifatnya mendiami kawasan di bawah permukaan air hingga 300 kaki adalah sukar untuk ia menggunakan bantuan batu karang di dasar untuk memperdaya pemancing. Andainya jika laut terbuka maka lebih seronok bertarung dengannya menggunakan peralatan ringan.
Salah satu ciri utama yang perlu ada pada peralatan yang anda gunakan ialah kelancaran spool bagi membenarkan tali utama meluru keluar pada peringkat permulaan.
Ramai pemancing laut dalam tidak memperdulikan washer break pada spool menyebabkan setengahnya tidak beroperasi dengan lancar. Servis peralatan sebelum guna. Secara peribadi saya syor menggunakan kekili spinning kerana senang umpan dilontarkan ke sasaran.
Sebagai ikan pelagik, pepisang pasti memburu di permukaan dan pertengahan air. Cara terbaik ialah hanyutkan umpan tanpa pemberat atau dengan pemberat kecil sekadar menenggelamkan umpan di pertengahan air.
Disebabkan ia adalah spesies tidak bahaya atau bergigi tajam, usahlah gentar pakai tangsi mono sahaja sebagai perambut utama. Tali perambut tangsi biasa boleh digunakan dan disyorkan antara 40 lb-70lb. Tanpa perambut dawai kecuali alu-alu mahupun tenggiri turut sama berminat dengan lontaran umpan pemancing.
Mata kail perlu keras, kuat dan tajam untuk menusuk kukuh dalam mulutnya agar ia tidak terbuka apabila ikan ini meronta dengan kuat. Mata kail sesuai bersaiz 2/0 hingga 4/0, untuk memudahkan lebih sesuai guna ‘suiside hook’ kerana lekatan 95% berlaku pada bahagian bibir ikan sahaja. Jika hendak lepaskan kembali ia ke habitat asal kadar hidupnya lebih tinggi.
Pengamatan saya ikan pepisang bukanlah spesies culas dan bijak meninjau mangsa (cermat), ia bantai sahaja sama ada perambut tangsi atau dawai tanpa mengira jumlah mata kail yang terpacak pada umpan.
Umpan terbaik selain anak ikan hidup ialah sotong (hidup atau mati) dan ikan mati. Hirisan ikan kurang sesuai kerana ia gemar umpan seekor sesuai dengan teknik hanyut yang diamalkan.
Kini, teknik paling menyeronokkan melayan ikan ini adalah melalui teknik moden iaitu jigging. Dengan mengamalkan teknik jigging ringan (light jigging) anda akan memperoleh kepuasan yang sebenar.
Sambungkan tali tangsi kepada botol minuman dengan cara mengikat salah satu hujung tali tangsi pada botol dengan apa saja cara ikatan yang anda gemari. Yang penting ikatan tersebut harus kuat dan kemas.
Pada bahagian hujung tali tangsi satu lagi pula diikatkan mata kail. Apa saja ikatan mata kail boleh dipraktikkan asalkan ia kemas dan kuat.
Kemudian barulah cangkukkan sekeping roti sandwic pada mata kail. Sebaiknya pilihlah roti sandwic yang banyak kandungan susu dan agak liat (macam roti gardenia) kerana ia tidak mudah hancur apabila berada di dalam air.
Setelah itu barulah lontarkannya ke lubuk berpotensi (tempat di mana ikan-ikan selalu timbul dan bermain air).
Lokasi yang bagus ialah di mana arusnya tidak terlalu lemah dan tidak pula terlalu laju. Kemudian pantau dari semasa ke semasa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...