Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.
Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 hingga 6 kaki. Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig.
Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram – 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.
Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.
Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.
Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba. Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.
Udang hidup dan ruat adalah umpan terbaik untuk menjerat penghuni di togok. Udang hidup dan ruat ini boleh diperoleh dari gerai atau kedai pancing dalam perjalanan ke jeti. Udang hidup dan ruat ini wajib ada jika turun ke togok.
Selain itu sediakan juga udang segar dan ikan tamban sebagai variasi. Kadang kala hasil di togok ini memang tidak terduga.
Udang segar tidak perlu dibeli, memadai beli udang hidup lebih sikit. Udang yang mati tu boleh dibuat umpan. Tamban pula boleh dipancing di kawasan togok tapi ada masanya susah juga nak jumpa tamban.
Peralatan dan kelengkapan
Gunakan lebih dari sebatang joran, sekurang-kurangnya gunalah 3 batang seorang. Jumlah joran tidak dikenakan caj. Pelbagaikan juga penggunaan umpan dan saiz mata kail kerana kita tidak tahu diet ikan hari itu.
Sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya kerana tiada peniaga makanan di atas togok. Memancing atas togok ni cepat lapar jadi tak seronok memancing kalau perut lapar.
Sediakan baju tambahan untuk pancingan bermalam kerana langit tidak selalunya cerah sepanjang masa. Elok juga bawa baju hujan sebagai persediaan. Atau setidak-tidak windbreaker untuk memanaskan badan.
Lebih elok dibawa bersama perangkap ketam atau bento. Ada masanya ketam menjadi juga di togok. Memang seronok kalau kena musim ketam di togok.
Yang paling penting pilih tarikh berarus sederhana yang beza pasang surutnya tidak terlalu besar. Biasanya pada waktu ini pancingan lebih seronok dan hasilnya juga agak lumayan.
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...