Diperingkat global, ikatan ini dinamakan Hook Knot. Ia merupakan salah satu ikatan menghubungkan mata kail atau cangkuk paling asas.

Meskipun kaedah ikatan yang agak lama namun kekuatan masih bertahan sehingga kini. Kunci utama kekuatannya ialah jerutan lilitan yang dihasilkan.

Jadi pastikan anda melakukan lilitan yang cukup jika anda ingin menggunakan ikatan jenis ini.

 

Langkah 1

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin dari belakang mata kail.

 

 

Langkah 2

Tarik hujung perambut sehingga menjadi satu bulatan kemudian masukkan kembali hujungnya ke dalam cincin dari arah hadapan.

IKLAN

 

Langkah 3

Tarik bahagian hujung perambut agak panjang hingga membentuk bulatan kemudian masukkan pula ke dalam bulatan pertama yang dihasilkan.

 

Langkah 4

Kecilkan bulatan kedua dan rapatkan ia ke teras mata kail. Bulatan pertama juga dikecilkan dan pastikan ia tidak terlepas keluar.

 

Langkah 5

Kemudian lilitkan hujung perambut pada lipatan bulatan kedua yang dirapatkan pada teras mata kail seperti mana di dalam gambar.

 

Langkah 6

Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan kemudian masukkam hujung perambut ke dalam hujung bulatan.

 

Langkah 7

Tarik hujung perambut dan bahagian utama perambut serentak. Pastikan lilitan tidak bertindan dan jerutlah dengan kuat.

 

 

Langkah 8

Potong lebihan hujung perambut dan ikatan yang sempurna sudah disiapkan.