
Ikatan ini boleh digunakan untuk menyambung tali pancing, mengikat mata kail dan juga kili. Ikatan terbaik adalah mengikat mata kail jika memancing menggunakan umpan ikan hidup. Ia berkesan agar umpan hidup tahan lebih lama, dan tidak cepat mati.
Ikatan ini juga banyak digunakan untuk menyambung terus leader pada gewang tanpa menggunakan snap atau swivel snap. Tanpa penggunaan terminal tackle memungkin gewang beraksi dengan sempurna sekaligus meningkatkan sambaran dari ikan sasaran.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan pada kira-kira sejengkal pada hujung perambut.
Tutorial 2
Tambahkan lagi satu simpulan pada simpulan yang pertama.
Tutorial 3
Tarik perlahan-lahan simpulan itu hingga terhasil dua gelungan.
Tutorial 4
Masukkan mata kail melalui lubang cincin pada hujung perambut.
Tutorial 5
Masukkan hujung perambut ke dalam gelung melalui bahagian bawah.
Tutorial 6
Masukkan pula ke gelung kedua melalui bahagian atas.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan dan ikatan.
Tutorial 8
Buatkan satu simpulan pada bahagian atas simpulan.
Tutorial 9
Tambahkan satu lagi simpulan dan ketatkan dengan kuat.
Kelas Asas Memancing – Ikatan San Diego Jam Knot ©done

San Diego knot atau ikatan San Diego merupakan salah satu ikatan untuk menyatukan tali utama atau perambut pada kili atau swivel.
Ikatan ini juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail yang memiliki cincin. Ia satu ikatan yang mudah dipelajari dan kualiti ikatannya juga agak bagus.
Langkah 1
Masukkan hujung tali melalui cincin mata kail atau swivel kira-kira sejengkal atau lebih.
Langkah 2
Buat lilitan pada lingkaran ke arah lubang cincin beberapa kali.
Langkah 3
Masukkan hujung tali pada lingkaran pada lubang cincin.
Langkah 4
Masukkan pula hujung tali pada lingkaran hujung tali.
Langkah 5
Basahkan lilitan tali dan ketatkan ikatan pada cincin.
Tip & Panduan Servis Kekili CQ2014!!

Kekili menegak Shimano Calcutta Conquest merupakan antara kekili idaman seorang kaki casting termasuklah model 2014. Keunikan dan keseronokan menggunakan kekili ini tidak dapat dinafikan. Namun, sebagus mana pun kekili apabila ia kerap digunakan maka ia perlu diservis juga. Berikut diserta langkah demi langkah untuk menyelenggara kekili CQ2014.
Barang keperluan:
- Screwdriver set
- Rachet spanar
- Minyak Zippo
- Kain bersih
- Air blow
- Minyak gris
- Bearing oil
- Berus gigi
- Cotton bud
- Berus lukisan
- Bekas kosong (untuk cuci reel)
- Bekas bertutup (untuk cuci bearing)
- Cecair pinggan mangkuk
Cara-Cara Servis:
Langkah 1
Buka dengan kemas kesemua screw pada badan CQ.
Langkah 2
Gunakan rachet spanar untuk membuka nat. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Langkah 3
Buka badan kekili dengan berhati-hati dan cermat.
Langkah 4
Asingkan part penting dalam bekas yang anda rasakan perlu dibersihkan. Jangan lupa susun kedudukannya supaya anda tidak lupa (sila rujuk manual jika musykil tentang part yang telah dibuka).
Langkah 5
Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.
Langkah 6
Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.
Langkah 7
Gunakan berus gigi lembut yang sudah tidak digunakan dan keringkan menggunakan kain bersih.
Langkah 8
Gunakan berus gigi dengan perlahan, cuci di semua bahagian termasuklah pinion gear. Peringatan: Sila berhati-hati dan jangan sesekali ia terjatuh di atas lantas simen yang keras, kerana ia akan merosakkan gigi pinion gear berkenaan.
Langkah 9
Gunakan cotton bud yang dibasahkan dengan minyak Zippo untuk cuci di ruang dalam spool. (Tali yang berada di dalam spool sebaiknya dibasuh, rendam lebih awal dengan air suam dan sabun cecair pinggan mangkuk selepas selesai aktiviti memancing di lokasi air masin).
Langkah 10
Selepas bearing dicuci, boleh gunakan air blow untuk mengeringkannya dengan lebih cepat. Pasangkan kembali semua bearing dan boleh mula letakkan oil bearing.
Langkah 11
Sapu grease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal atau terlalu nipis) pada semua part, termasuklah main gear.
Langkah 12
Pasang kembali kesemua part mengikut susunan dengan betul, berhati-hati dan cermat hingga selesai.
Cara Buat Perambut Memancing Ikan Todak!!

Ikan todak adalah antara spesies yang sering menjadikan permukaan air sebagai kawasan permainannya dan ianya juga bukanlah sejenis ikan yang sentiasa diburu oleh kaki pancing.
Namun bagi yang meminati tarikannya yang dan lompatannya bertenaga pasti akan menjadikan spesies ini sebagai ikan sukan pilihan.
Bagi penggemar spesies ini, mereka akan mempraktikkan satu teknik perambut memancing todak dengan menggunakan gabus sebagai apungan yang mana teknik ini amat popular dan berkesan untuk memburu todak.
ALATAN YANG DIPERLUKAN
Swivel
Leader fluorocarbon 30lb sepanjang 3 – 5 depa (bergantung kepada kedalaman air)
Gabus (polisterin kira-kira dua jari)
Mata kail saiz 1/0
Plaster pembalut luka
CARA-CARA PENYEDIAAN
Langkah 1
Buatkan lubang pada gabus dengan menggunakan jarum dan masukkan tali ke dalam gabus tersebut.
Langkah 2
Tembuskan tali hingga menjadi begini.
Langkah 3
Kemudian masukkan tali yang ditembuskan keluar dari gabus itu ke cincin mata kail (atau buat ikatan mata kail yang anda biasa lakukan).
Langkah 4
Buat lingkaran pada mata kail dengan hujung tali.
Langkah 5
Lakukan lilitan sebanyak 5 – 6 kali.
Langkah 6
Masukkan tali lebihan ke dalam bulatan yang dibuat awal tadi dan tarik hingga menjadi kemas.
Langkah 7
Potong lebihan tali tersebut. Dan inilah hasil untuk langkah yang pertama.
Langkah 8
Potong sebahagian kecil pembalut luka.
Langkah 9
Pembalut luka ini dililitkan pada tali yang menghubungkan antara mata kail dan gabus.
Langkah 10
Fungsi pembalut luka ini sebagai ‘stopper’ utk gabus agar ia tidak berada terlalu hampir dengan mata kail. Kebiasaannya jarak ‘stopper’ gabus ini dengan mata kail adalah kira-kira sejengkal.
Langkah 11
Kemudian, buat ikatan pada swivel dengan hujung tali perambut tersebut.
Tip Tambahan:
Perambut tersebut sudah boleh digunakan untuk memancing todak. Sambungkan cara pada set pancing anda. Kaedahnya sama sahaja sama ada anda memancing di tebing atau di atas kelong.
Umpan yang paling efektif adalah anak belanak sebesar ibu jari, anak tamban atau pun bilis.
baca juga (Video) DIY – Ikatan Pitzen Knot
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan