Jika kita perhati habitat dan tabiat pemakanan ikan tongsan sisik kasar ni memang pecah kepala memikirkan umpan untuk memancingnya. Dikatakan, pucuk ubi kayu boleh dijadikan umpan namun peratusan untuk mendapatkannya agak rendah.
Oleh yang demikian anda bolehlah mencuba umpan percubaan ini berasaskan tepung yang berlemak dan berbau wangi. Umpan yang mudah disediakan ini pernah mendaratkan tongsan sisik kasar di kolam-kolam pancing.
Bahan keperluan:
Sebungkus roti sandwich dipotong dadu
Sekotak pati santan 200 ml
Sebungkus serbuk NS Power perisa pandan.
Cara penyediaan:
Tutorial 1
Potong roti sandwic dalam bentuk dadu atau boleh juga dijadikan cebisan dengan mencariknya. Masukkan roti dadu ini ke dalam bekas bancuhan umpan bertutup.
Tutorial 2
Masukkan pati santan di dalam bekas berasingan bersama serbuk NS Power perisa pandan. Bancuh campuran bahan ini hingga sekata dan bertukar menjadi warna kehijau-hijauan. Warna ini penting agar ia kelihatan seperti rumpai atau dedaun yang menjadi diet ikan kap rumput.
Tutorial 3
Curahkan campuran santan ini ke atas roti dadu secara sekata. Elakkan dari mencurah secara terus kerana ia akan menyebabkan roti menjadi benyek pada sesebahagian saja. Kemudian goncang agar ia sebati dan sekata.
Tutorial 4
Biarkan adunan umpan ini di dalam bekas bertutup untuk tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Kemudian barulah digunakan sebagai umpan.
Sebaiknya gunakan teknik apungan di pertengahan air atau pra permukaan kolam yang menjadi kawasan rondaan ikan tongsan sisik kasar mencari makanan.
Pemeriksaan tali memang sangat penting. Banyak berlaku kes-kes rabut akibat daripada tali yang sudah lama atau reput. Seelok-eloknya tukar tali anda dengan agak kerap mengikut kesesuaian.
Drag memainkan peranan penting sewaktu pertarungan dengan ikan. Sentiasalah memeriksa drag anda agar tidak terlalu longgar, mahupun terlalu ketat kerana ini boleh memberi peluang kepada ikan meloloskan diri.
Penting untuk memastikan ikatan sambungan tali dan leader kuat bagi mengelakkan kes-kes berputih mata. Walaupun hanya baru turun sekali tetapi ada kalanya kita tidak menyedari ada bahagian tali yang telah rosak.
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda. Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Persoalannya adakah benar ikannya kurang? Ke mana perginya ikan-ikan ini pada waktu tersebut, tak mungkin semuanya menghilang sedangkan pada masa yang lain seperti lepas hujan banyak pula tangkapannya.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan tangkapan ikan sangat berkurangan ketika paras air surut. Antara yang saya perhatikan ialah:
Paras air yang turun menyerlahkan banyak tunggul kayu serta reba yang selama ini tenggelam. Struktur-struktur yang baru timbul ini biasanya sangat padat.
Pancingan menjadi berisiko, hanya mereka yang berani saja yang sanggup melemparkan gewang ke reba sebegitu kerana tahu kebarangkalian gewang untuk putus lebih tinggi berbanding menaikkan ikan.
Ramai yang lebih memilih untuk mensasarkan kawasan yang kurang tunggul-tunggul kayu. Jadi faham-fahamlah jika ikannya kurang.
Ketika paras air rendah juga menyebabkan jarak antara permukaan air dan reba menjadi bertambah rapat.
Kalau air tinggi masih ada peluang nak main ikan, tapi ketika air rendah sekejap saja ikan sudah lekat ke reba. Kebiasaanya strikes itu masih ada tapi dalam 10 kali gewang dirembat ikan hanya beberapa ekor saja yang dapat didaratkan.
Jika diperhatikan ketika air surut, tebing-tebing tanah merah terserlah, keadaan tasik empangan yang luas membuatkan selalu ada tiupan angin yang menghasilkan ombak- ombak kecil dan ia sentiasa menghempas tebing-tebing tanah merah ini lalu menghasilkan keladak-keladak terampai yang akhirnya akan membuatkan air tasik menjadi agak keruh.
Keadaan ini berterusan selama mana musim kering berlangsung. Ikan sukar melihat gewang yang dipersembahkan lantas membuatkan peratusan sambaran kurang.
Keadaan musim kering yang berangin kuat juga salah satu faktor ikan kurang ketika air surut.
Pancingan menjadi sukar kerana kurang konsentrasi pemancing apabila bot sentiasa berubah kedudukan akibat angin, lemparan gewang juga selalu tersasar dari lokasi yang diinginkan akibat tiupan angin terutamanya di tempat toman menimbul.
Permukaan air yang sentiasa berombak menghasilkan biasan dalam air yang mengelirukan penglihatan ikan.
Malah untuk memainkan gewang permukaan terutamanya pencil bait juga tidak secantik semasa air tenang akibat ombak-ombak yang terhasil menjadikan ikan kurang berminat untuk menyergapnya.
Keadaan cuaca yang kering berminggu-minggu membuatkan proses pemeluwapan sentiasa berlaku lantas membuatkan oksigen mudah hilang dari permukaan air. Malah, perimeter permukaan air juga sentiasa panas. Bila keadaan ini berlaku.
Hidupan seni yang menjadi makanan ikan-ikan kecil akan turun ke kawasan yang dalam di mana masih ada lagi kandungan oksigen. Ikan-ikan kecil juga akan berlegar di kawasan yang dalam ini juga untuk mencari makanan.
Sedia maklum lokasi yang dalam ini berselirat dengan reba, jadi ikan-ikan pemangsa menjadi sukar dijejaki kerana ia juga lepak rapat ke reba untuk mengendap ikan-ikan kecil. Keadaan ini boleh juga menyebabkan kita ingat ikan kurang ketika paras air rendah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...