Apa yang anda lakukan jika mata kail tercangkuk pada anggota badan? Adakah anda membetulkannya atau pergi ke doktor?

Pilihan itu bergantung pada tahap kecederaan cangkuk, dan keupayaan anda mendapatkan doktor.

 

Sekiranya luka tidak terlalu buruk dan anda berada di kawasan terpencil di mana ia akan mengambil masa panjang untuk keluar, nampaknya anda atau rakan pemancing perlu menjadi doktor segera.

 

Teknik 1

 

Pertama sekali anda perlu membebaskan mata kail daripada sebarang sambungan sama ada ikatan perambut atau gewang.

 

Kemudian, kepitkan bahagian mata kail yang paling rapat kulit dengan playar (jangan sesekali tinggalkan playar ketika pergi memancing) dan sentap keluar mata kail tersebut dengan kuat dan pantas.

 

Cara ini hanya sesuai dilakukan jika mata kail tidak terbenam jauh ke dalam anggota badan.

 

IKLAN

 

Teknik 2

Tolak atau tekan mata kail sehingga hujungnya tembus keluar dari kulit. Sebelum itu pastikan dulu mata kail itu cukup panjang untuk tembus keluar.

 

Cara ini memang agak menyakitkan dan memerlukan keyakinan tinggi untuk melakukannya.

Pastikan mata kail itu tembus keluar melepasi paras duri pandannya. Sekarang anda mempunyai dua cara pula.

 

Pertama, anda boleh mematahkan duri pandan tersebut dengan cara mengepitnya dengan playar. Setelah duri pandan itu patah maka bolehlah menarik mata kail itu keluar.

Tanpa duri pandan, tiada lagi cangkuk yang akan menghalangnya keluar.

IKLAN

 

 

Cara kedua adalah dengan mematahkan teras mata kail pada bahagian duri pandan. Cara ini perlu dilakukan sekiranya gagal untuk mematahkan duri pandan dengan sempurna. Setelah dipatahkan, mata kail dengan mudah ditarik keluar dari anggota badan.

 

 

Teknik 3

Cara ketiga ini memerlukan bantuan rakan sekiranya mata kail tercangkuk pada salah satu tangan anda kerana ia memerlukan dua tangan untuk menyelesaikannya.

 

IKLAN

Pertama sekali, ambil kira-kira satu kaki tali pancing (braided) anda dan ikat mati hujungnya menjadi satu gelung bulat. Kemudian lilitkannya pada bahagian lingkaran mata kail berdekatan dengan kulit. Pastikan lilitan ini sempurna dan kemas.

 

Setelah itu (sebelum merentap tali) lubang cincin mata kail perlu ditekapkan pada kulit dan pastikan kedudukannya selari dengan tali.

Kemudian barulah merentap tali pancing itu dengan kuat dan pantas.

 

 

 

Baca juga mata kail terbaik untuk bottom

Nota tambahan:

Tetapi jika anda boleh pergi ke doktor pada hari itu atau luka itu adalah dekat mata, tendon, urat atau tempat rumit, maka biarkan para doktor melakukan apa yang mereka boleh lakukan dengan sebaik-baiknya.

 

Apa pendapat anda? Ada bran? Sila komen & share artikel ini. Terima kasih!

Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI