Kasut atau sandal tumit tinggi getah yang sudah rosak atau sudah tak berkenan pada hati, usah dibuang atau diperuk dalam almari kasut.
Hadiahkan saja pada kaki pancing, mereka pasti tau merubahnya menjadi peralatan atau kelengkapan memancing.
Sekiranya anda pernah memancing pada zaman kanak-kanak, dan pernah menggunakan menggunting selipar getah untuk menjadikan pelampung, tentu anda tidak berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan pelampung DIY ini.
Langkah1
Pastikan ia adalah sandal getah sahaja… kalau sandal kayu atau logam, mungkin boleh dimodifikasi menjadi barangan lain.
IKLAN
Langkah 2
Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tumit kaki kasut yang bergetah tebal. Kemudian ukir ia menjadi bentuk sebagaimana bentuk pelampung memancing yang biasa digunakan.
IKLAN
Langkah 3
Tebuk lubang di bahagian tengahnya bagi laluan untuk memasukkan tali pancing atau tali utama.
IKLAN
Langkah 4
Untuk sentuhan terakhir, bolehlah guna pemetik api bagi bentuk ukiran kelihatan lebih rapi.
Langkah 5
Barang yang terhasil sudah boleh digunakan dengan kelengkapan tali untuk memancing dengan menggunakan teknik pelampung hidup.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagaimana ikan terubuk, ikan belida juga mempunyai banyak tulang halus dan berselirat. Namun dagingnya amat manis dan enak, apatah lagi isinya dijadikan fishball atau bebola ikan dan dibuat sup. Namun untuk menghasilkan bebola ikan belida, korang perlulah tahu cara atau teknik untuk menyiangnya dengan betul.
Tutorial 1
Buang sisik ikan sehingga licin dan bersihkan.
Tutorial 2
Mulakan proses buang perut dengan memotong bahagian insang.
Tutorial 3
Belah serapatnya pada tulang hingga ke hujung (seperti proses untuk membuat filet).
Tutorial 4
Keluarkan perut serta bersihkan darah yang melekat pada tulang dan buang bahagian kepala.
Tutorial 5
Belah sehingga ikan terpisah menjadi dua bahagian.
Tutorial 6
Belah pula bahagian isi ikan masih bertulang.
Tutorial 7
Cedok atau kikis isi ikan dengan menggunakan sudu mengikut arah atau selari dengan tulang-tulangnya.
Tutorial 8
Akhir sekali asingkan saki-baki tulang halus yang masih melekat isi ikan. Isi ikan kemudian sudah boleh dibentuk seperti bebola atau apa saja bentuk yang anda suka. Bebola ikan tidak perlu dicampur tepung untuk memejalkannya.
Tip Tambahan:
Badan ikan belida boleh juga dipukul dengan kayu papan dengan perlahan bagi membolehkan tulang halusnya melekat pada kulit. Dengan cara ini maka proses untuk mengasingkan isi dan tulang lebih mudah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Foto hitam putih sering kali menjadi pilihan ramai kerana keindahan setiap foto tersebut mampu menghasilkan gambar yang unik, misteri, elegan, perubahan mood dan dramatik. Elemen warna ini amat istimewa saban kali ia dihasilkan sama ada secara manual atau pun digital.
Pengenalan kepada fotografi hitam putih ini adalah bermula apabila seorang tokoh fotografi yang tidak asing lagi iaitu Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Mengambil gambar hitam putih sebenarnya bukanlah mudah dan pecahannya banyak. Prinsip Kontras diguna pakai bagi mencari kepelbagaian jenis tona warna kelabu sama ada bertambah gelap atau menjadi lebih terang. Dan ini dinamakan sebagai Greyscale.
Selain itu perkara asas Silhouettes ialah apabila objek menjadi legap dan bahagian belakang gambar berwarna terang. Terang di sini bermaksud perubahan tona warna belakang objek lebih terang daripada objek yang dirakam.
Untuk foto hitam putih, sebaiknya rakamlah saat langit mendung, ia pasti pastinya menjadikan ia lebih indah. Penggunaan lightmeter pada kamera mampu menolong daripada segi pengukuran tona warna gambar yang dirakam.
Teori sistem zon
Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Tip mudah
Setkan pada ISO yang paling rendah. Ini adalah disebabkan oleh untuk mengurangkan noise dalam gambar.
Fokus pada objek yang bertekstur. Ia mampu memberi impak yang lebih jelas mengenai perbezaan warna hitam dan putih.
Bagi menghasilkan mood klasik, rakamlah gambar-gambar objek klasik juga seperti basikal tua, bangunan-bangunan lama, bangunan runtuh dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kesan warna pada hasil gambar tadi memberi nostalgia pada gambar tersebut.
Di samping itu, foto hitam putih juga sesuai digunakan ketika mengambil gambar potret. Karakter dan ekspresi dalam hal ini akan lebih menonjol.
Gunakan format RAW. Jika kamera anda tiada format RAW, boleh ambil gambar warna seperti biasa. Anda boleh mengolahnya dengan menukarkan warna di komputer anda nanti.
Komposisi gambar penting sama ada imej berwarna atau imej hitam putih.
Cuaca memainkan peranan contohnya seperti matahari terbenam, langit yang terang, sewaktu hujan mahupun waktu berkabus atau jerebu.
Teknik bayang atau shadow kerana ia menghasilkan imej lebih menari terutama sewaktu pagi dan petang.
Penggunaan Sidelighting menonjolkan bentuk yang maksima dengan memberi pencahayaan sampingan agar bayang yang dihasilkan lebih menarik.
Peka dengan suasana dan keadaan sekeliling. Gunakan pelbagai aperture dan shutterspeed untuk melihat kelainan dari segi hasilnya dan pasti tampak berbeza.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jigging merupakan antara segmen memancing yang menelan belanja yang agak tinggi. Dari peralatan sehinggalah kos trip jigging, ternyata ia bukanlah hobi yang sesuai untuk semua orang. Sekiranya anda bukan dalam golongan pemancing bangsawan, di sini kami menyediakan satu tip menyediakan assist hook dengan kos bajet.
Bahan Keperluan:
Tali sulam 80 lb
Mata kail octopus
Solid ring saiz 4-6
Shrink tube
Cara Menghasilkannya:
Tutorial 1
Panjang tali (kevlar) dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat.
Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.
Tutorial 2
Masukkan solid ring di tengah-tengah tali tersebut dan simpulkan pada satu arah.
Tutorial 3
Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar di bawah. Seterusnya, ikat tali sulam pada mata kail dengan ikatan yang anda gemari. Masukkan shrink tube pada teras mata kail sehingga menutupi bahagian simpulan dan layurkan tube dengan api lighter.
Tutorial 4
Kurang 5 minit untuk menyediakan assist hooks dengan kos bajet. Kalau korang kaki bottom tentu tak ada masalah untuk menghasilkan assist segera ini kerana peralatan tersedia ada.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...