Di sebalik ikan yang biasa kita tangkap dijadikan sumber protein, ikan hiasan, ada juga ikan yang lebih besar saiznya dari manusia, mampu mencederakan dan membunuh dan sebagainya. Dan terdapat juga beberapa fakta luar biasa yang perlu diketahui tentang ikan dan juga moluska atau sesiput.
Haiwan Berbunyi Amat Kuat
Paus biru
Selain memegang rekod sebagai haiwan terbesar yang pernah ada di muka bumi ini, paus biru juga antara haiwan yang berbunyi kuat. Suara ‘nyanyian’ ikan ini boleh berterusan sehingga 30 minit dan dapat didengari hingga 161 km jauhnya. Haiwan ini juga menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di dasar lautan.
Ikan hering
Ads
Ikan ini mengeluarkan bunyi yang terhasil dari pancaran gas duburnya. Pancaran gas ini juga berfungsi sebagai komunikasi sesama mereka selain untuk menakutkan pemangsa.
Haiwan Rakus Yang Amat
Yu Harimau (Tiger shark)
Ads
Ikan ini cukup terkenal dengan kebuasannya dengan akan memakan apa sahaja yang ada di persekitarannya. Kajian pernah mendapati di dalam perutnya terdapat kasut, pinggan tanda ia cukup rakus bila lapar. Di dalam perut induknya, mereka juga saling melahap antara satu sama lain.
Paus biru
Paus biru makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya kurang 1 inci). Paus biru mampu mengambil (melahap) 40 juta krill sehari.
Ads
Si Sotong Paling Gedabak Besar
Sotong raksasa (giant squid) terbesar yang pernah dicatatkan oleh para saintis adalah hampir 43 kaki (13 meter) panjang.
Sotong raksasa tidak berjaya ditangkap secara hidup-hidup dan saiz terbesar jika ditimbang beratnya hampir satu tan (1,000kg)
Mata sotong raksasa mempunyai diameter 10 inci. Ia adalah saiz bola pantai. Cacing raksasa mempunyai mata terbesar di mana-mana makhluk hidup di dunia.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kalaulah saya boleh bertanya kepada setiap pemancing; siapakah yang tidak suka bergasak dengan siakap merah?
Barangkali tiada seorang pun yang akan mengangkat tangan. Waima mereka yang belum pernah mendaratkan ikan yang sinonim dengan perairan bakau itu pun mungkin ikut setuju dan akur bahawa ia memang spesies pujaan.
Begitu pun, memancing siakap merah atau manggrove jack (MJ) tidak semudah yang dibayangkan. Perlu juga ada ilmu dan teknik yang betul, selebihnya terserah pada rezeki.
Dalam konteks ini, saya lebih suka bereksperimentasi pelbagai cara, hingga pernah terfikir untuk merendam gewang.
Memasang ladung dengan hujungnya berumpankan Rapala Shad Rap. Mujurlah saya terlebih dahulu belajar teknik yang lebih baik dari itu.
Mungkin sudah ramai yang tahu perihal habitat ikan ini. Di kawasan sungai atau estuari berbakau, siakap merah lebih tertumpu di kawasan bereba (akar bakau atau pokok mati).
Ini kerana, ia spesies predator yang menjadikan ikan-ikan kecil sebagai diet dan kawasan itu menjadi tempat persembunyiannya menghendap mangsa. Memadai jika umpan dihulurkan di tepi tebing berhampiran reba yang berpotensi.
Untuk memancing siakap merah dari tebing (landbase), tidak perlulah umpan dibaling jauh ke tengah kecuali memancing di kolam berbayar.
Andai kata mahu juga baling ke tengah, silakan, kemudian perlahan-lahan karau sehingga umpan berada tidak jauh dari tebing. Pun boleh juga.
Antara teknik terbaik memancing siakap merah adalah dengan menghanyutkan umpan, yakni, tidak menggunakan ladung. Umpan ekonomi – udang pasar sudah memadai.
Umpan yang dibawa arus perlahan akan bergerak ke atas dan ke bawah seterusnya menggiurkan si ikan untuk menerkam.
Ibarat si suami pada malam pertama. Teknik ini sangat sesuai ketika arus perlahan. Labuhkan umpan sehingga arus menghanyutkannya ke arah reba.
Namun keadaan arus mati atau laju mungkin tidak sesuai dengan teknik hanyut ini. Dalam keadaan arus laju, ladung kecil boleh digunakan untuk mengelak umpan timbul di permukaan.
Kalau hendak dikira, sudah berpuluh atau mungkin hampir mencecah ratus bilangan MJ berjaya didaratkan oleh saya dan rakan-rakan melalui teknik ini.
Tidak kira saiz penuh kuali atau dua jari, teknik ini jarang menghampakan. Namun bagi pemancing yang beretika, amalkan ‘bag limit’ dan yang kecil dilepaskan semula agar menjadi penyambung generasi.
Suka saya mengingatkan supaya ‘drag’ kekili dibuka ketika menunggu umpan digetu ikan bagi mengelak kejadian joran melompat terjun ke sungai ala atlit papan anjal yang akhirnya membuatkan anda berputih mata. Pengalaman itu pernah saya lalui sendiri.
Ikan sikang atau nama saintifiknya Raiamas guttatus (pernah dikelaskan dalam genus Barilius) merupakan antara spesies ikan air tempatan atau ikan natif yang semakin sukar untuk ditemui.
Ia masih boleh ditemui di sungai-sungai pergunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin. Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonid (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia.
Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pergunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain. Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain.
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan. Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak sebeberapa enak. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat. Sesungguhnya ia adalah satu kerugian yang nyata.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Ikan belida merupakan spesies ikan air tawar yang datang daripada keluarga Notopteridae. Dengan bentuk badan primitifnya seperti bilah sabit atau pisau serta tarian back flip dalam pertarungan, spesies pemangsa nokturnal ini memiliki karisma tersendiri sekaligus membuatkannya tidak jemu dipandang.
Ikan belida mempunyai tarikan yang unik. Bentuk badannya yang seakan-akan bilah sabit menjadikannya antara faktor yang menarik untuk dilihat. Walaupun mempunyai bentuk yang pipih, namun kekuatan dari sudut pertarungan di mata pancing tidak boleh sesekali dipandang remeh.
Juga dikenali sebagai giant featherback, ikan belida merupakan antara spesies ikan air tawar yang licik. Malah di negara kita sendiri pun, ikan ini boleh dikategorikan antara spesies yang agak sukar diperoleh terutamanya yang bersaiz besar.
Jika dalam pertarungan dengan kaki pancing pula, ikan belida mempunyai karisma yang tersendiri.
Lompatan akrobatik dengan lenturan badannya kelihatan cukup berkarisma menyerupai pertarungan dengan ikan siakap, bezanya lokasi memancing spesies ini lebih sukar berbanding siakap lantas menaikkan nilai ikan ini.
Selain itu, walaupun mempunyai tulang yang banyak, jika kena caranya, spesies belida cukup enak untuk dijadikan hidangan makan.
Morfologi
Giant featherback atau belida mempunyai morfologi luaran yang cukup menarik. Memiliki badan yang nipis dan memanjang memberikan bentuk seakan sabit atau pisau kepada ikan belida.
Tambahan pula warna perak pada badannya terutama pada perut yang semakin menggelap apabila menuju ke bahagian ekor menambahkan lagi karisma kepada bentuk badan ikan belida.
Ekor atau sirip kaudal ikan belida bersaiz kecil dan bergabung dengan sirip anal yang menjadikannya hampir keseluruhan badannya. Sirip dorsal ikan belida kecil dan tirus ke atas yang memberikannya gelaran ‘featherback’.
Selain itu, alunan ekornya mampu memegang ikan ini supaya kekal statik di dalam air selain mampu membuat renangan ke belakang. Spesies daripada keluarga Notopteridae mempunyai pelampung renangan (swim bladder) yang istimewa.
Walaupun tidak bersifat terlalu vaskular, organ ini mampu menyerap oksigen daripada udara dan boleh berfungsi untuk menghasilkan bunyi dengan menekan udara melalui rongga sempit ke dalam pharynx.
Taburan & Habitat
Taburan spesies ikan belida boleh ditemui di lembangan Sungai Mekong, Laos, Kemboja, aliran Sungai Chao Phraya dan Mae Klong di Thailand, Sumatera dan Borneo. Di semenanjung Malaysia pula, ikan belida boleh ditemui di sungai-sungai serta tasik-tasik utama di Malaysia.
Selalunya, pada sungai-sungai utama, ikan belida gemar bermain di lembangan yang lebih rendah, bermakna pada aliran sungai yang tidak terlalu dalam ke hulu.
Selain itu, sungai-sungai kecil atau sungai pegunungan yang mempunyai substrat yang kompleks dengan batuan serta kayu-kayu yang tenggelam juga menjadi habitat kepada ikan belida.
Ketika persenyawaan pula, ikan belida akan mengawal telurnya hingga menetas. Selalunya ikan belida akan melepaskan telurnya di kawasan tersorok di sebalik kayu atau reba yang tenggelam dalam keadaan kawasan air yang tenang.
Ikan belida boleh dikategorikan sebagai spesies nokturnal kerana lebih aktif memburu mangsanya pada waktu malam. Pemangsa ini selalu menjadikan ikan kecil sebagai mangsanya. Selain daripada ikan kecil, belida juga menjadikan krustasea dan invertebrata lain sebagai makanannya. Dalam keadaan lain, ikan belida juga menjadikan mangsa yang telah mati sebagai diet alternatif.
Bagi spesies belida yang dijadikan ikan hiasan, diet seperti bloodworm, cacing, udang mati atau udang hidup serta hirisan ikan juga boleh digunakan sebagai sumber makanan ikan belida. Walaupun pelet boleh digunakan, namun disarankan agar tidak dijadikan sebagai sumber diet utama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...