Walaupun mata yang masih bengkak tidak Tidur dari awal malam kerana perjalanan daripada ibu negara ke sini mengambil masa 5 jam untuk sampai kami tetap bersemangat meneruskan perjuangan ini.
Tekong mula menghala bot terus ke tuasnya dengan kelajuan maksimum memecah kesunyian pagi dengan deruman bunyi bising ekzosnya. 1 jam perjalanan kami tiba di tuasnya dan acara casting bermula.
Kelihatan kelibat tenggiri membuat ‘boiling’ kelihatan kira-kira 100 meter dari bot kami. Memandangkan lontaran peluru torpedo kami tidak sampai ke tahap itu, maka kami menggunakan teknik menghanyut umpan segar.
Ads
Menanti beberapa ketika, kekili Abu Garcia 405 berdesing memuntahkan tali secara tidak henti. Lantas Ayim menyentak 2 kali jorannya agar mata kailnya tertancap kemas pada mangsa dan setelah diyakini mangsa tertewas dengan tusukan mata kail tersebut.
Ayim segera mengarau kekilinya tanpa memberi ruang kepada mangsa untuk melarikan diri. Beliau amat yakin dengan teknik dan kekuatan tali utama 50 paun dan steel leader berkekuatan 40 lb tidak mampu diputuskan pemangsa. Akhirnya tenggiri seberat 7 kg dapat ditewaskan.
Ads
Setelah kawanan tenggiri menghampiri tuas, kami meneruskan aktiviti pagi itu dengan acara casting menggunakan peluru ‘torpedo’ yang dijual di jeti. Tekong menasihatkan kami membuat karauan selaju mungkin bagi menarik perhatian mangsa.
Lontaran dibuat sejauh mungkin dan dikarau selaju mungkin bagi menjadikan larian umpan ‘torpedo’ kelihatan seperti sotong jarum yang melarikan diri apabila terlihat pemangsa.
Ads
Memang benarlah kata orang, inilah karannya bila casting tenggiri di sini. Sebabnya tangan anda penat mengayuh laju, kekili, ketika itulah tiba-tiba umpan anda disentak ke belakang dan dihenjut tanpa memberi amaran langsung.
Ragutan pertamanya membuatkan anda mampu berasa cemas dan ketika itulah serapan penghayatan kuasa ikan mengalir dari tali terus ke joran dan mengalir ke urat tangan anda dan seterusnya merangsang otak anda untuk melawan kembali asakan tersebut.
Selain tenggiri yang menjadi target, ikan lauk lain juga menjadi sasaran kami iaitu cencaru dan juga kembong dengan menggunakan teknik apollo. Penutup trip tenggiri terakhir seberat 9 kilogram menjadikan tangkapan keseluruhan 12 ekor. Misi telah tercapai dengan semua ahli dapat merasai permainan tenggiri di sini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tepat jam 9.30 pagi, kami berlepas dari jeti Kampung Raja Besut. Namun selepas setengah hari bot meninggalkan jeti, perjalanan terpaksa dihentikan apabila hembusan angin barat tiba.Ia sekaligus membuatkan bot tidak boleh dikemudi dengan baik lantas mengundang olengan yang kuat.
Ketika ini, jalan terbaik adalah berehat di dalam kabin bagi mengelakkan mengganggu pemancing lain. Keselamatan juga lebih terjamin. Tetapi untuk mengelakkan trip ini membuang masa, Tekong menyarankan kami memancing dahulu di satu lubuk sementara menunggu angin reda dengan kedalaman air laut sedalam 60 meter.
Setelah menunggu selama setengah jam, kekili Command X-9 milik JohoNgail memecah kesunyian apabila umpan hirisan selar telah mengena umpan. Tewas seekor spesies ebek bersaiz 7 kg.
Angin masih bertiup kuat membuat bot kami hilang arah dan alunan yang tinggi membuatkan ramai yang tak tahan. Untuk tidak mahu mengambil risiko yang besar Tekong pun mengarahkan kami untuk bermalam sahaja di lubuk ini. Lagipun trip kami masih berbaki 2 hari di lautan. Kami meneruskan pancingan malam dengan teknik bottom dan juga teknik menghanyut umpan.
Dua teknik yang kami gunakan adalah dengan menggunakan teknik apollo dan pancingan hanyut. Teknik menghanyut umpan menggunakan leader kabel berkekuatan 40 paun ternyata berhasil apabila beberapa ekor aruan tasik berjaya didaratkan.
Umpan kembong dicangkok dengan mata kail bersaiz 4/0 dan dibiarkan hanyut di antara dasar dan permukaan air ternyata menarik perhatian spesies yang terkenal dengan larian padunya kerana bentuk badannya mampu membelah air umpama torpedo. Namun hasil spesies lain kurang memberangsangkan.
Hari kedua
Sebaik sahaja selesai bersarapan, Tekong membawa kami ke lubuk spesies merah. Setelah menghampiri lubuk, Tekong memberi nasihat agar bersiap sedia untuk menghulurkan umpan ke dasar. Perambut setengah depa dan mata kail bersaiz 3/0 dicangkok umpan sotong bersedia dilabuhkan.
Setelah menunggu beberapa minit sahaja, rod Baha telah disentap dengan kuat. Bimbang mangsa melarikan diri Baha membuat sentuhan setting pada kekili elektrik Banax Kaigen dan membiarkan sistem drag kekili elektriknya berfungsi sendiri.
Seekor merah bersaiz 8kg berjaya ditewaskan dalam masa pertarungan yang singkat. Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi umpan yang dilabuhkan oleh Baha mengena lagi seekor merah.
Sememangnya spesies ini sedang kelaparan di dasar. Setelah berpesta selama 20 minit di lokasi pertama, Tekong membawa kami ke lokasi yang kedua. Perjalanan memakan masa cuma 10 minit sahaja. Kali ini giliran Ary berentap dengan seekor merah dan kerapu. Tidak disangka-sangka perambut apollo 2 mata buatan sendiri telah mengena dengan serentak.
Umpan yang digunakan hirisan ikan selar yang segar membuatkan spesies ini meragut dengan kasar. 2 lawan 1, itu yang mampu diungkapkan setelah Ary berjaya mendaratkan spesies merah dan kerapu ini.
Sementara itu, angin masih bertiup kuat dan kami tiada pilihan dengan mengambil keputusan untuk berehat di lokasi ini sehingga menunggu angin reda. Tepat pukul 7 malam, kami bertolak menuju ke Pelantar Jernih yang memakan masa selama 3 jam.
Kami memulakan sesi jigging dengan menggunakan jig luminus. Akibat dari pergerakan angin yang tidak menentu, ternyata tidak ramai yang melakukan teknik jigging disebabkan mabuk laut dan kepenatan.
Bad Zad dan Yaacob antara yang kekal setia untuk jigging. Hasilnya belasan ekor cupak berskala 3kg hingga 4kg berjaya dinaikkan.
Jika tidak menempuh alun yang kuat dan mabuk laut sesi pancingan dijangka meriah. Tetapi sifat lautan yang luas bukan perkara mudah untuk diduga.
Hari ketiga
Kesemua ahli trip mengambil kata sepakat untuk keluar dari kawasan Pelantar Jernih, untuk mencari spesies ikan merah. Lantas, Tekong menghala botnya ke satu lubuk kira-kira satu batu dari kawasan pelantar.
Sebaik sahaja sauh dilabuhkan, kami semua menurunkan pancingan masing-masing. Kali ini giliran awak-awak pula yang berjaya mendaratkan seekor lagi merah yang bersaiz 9kg. Namun selepas itu, tiada lagi getuan sang merah yang dicari. Agak pelik juga kerana biasanya ikan merah akan bergerak secara berkumpulan. Mungkin seekor ini tersesat agaknya.
Pada malam terakhir kami menyarankan kepada Tekong untuk turun semula ke Pelantar Jernih untuk bermain jigging dan popping. Dengan tenaga yang ada, 4 pemancing tetap menggunakan jigging dan selebihnya menggunakan teknik popping dan melontar ke arah tiang-tiang pelantar. Memang nak dijadikan rezeki, pada malam terakhir, kami berpesta cupak yang tidak henti menyambar umpan.
Secara keseluruhannya, ikan yang berjaya kami naikkan, merah bersaiz 5kg hingga 9kg – 5 ekor, kerapu bersaiz sekilo ke 5kg- 8 ekor, ebek 7kg dan 8kg – 2 ekor, aruan tasik 6kg – 2 ekor dan puluhan ekor spesies ikan unjam.
Kesimpulannya, trip ini boleh dikatakan berjaya juga, walaupun sasaran utama untuk menaikkan seberapa banyak spesies ikan merah agak kurang. Ini disebabkan alun yang kuat menyebabkan bot tidak boleh bergerak baik untuk berada di atas lubuk.
Sehari suntuk kami memburunya di lubuk-lubuk berhampiran Pulau Tioman, Pulau Bahara dan menghala ke Pulau Aur. Namun tetap berakhir dengan kegagalan. Jangan kata bersaiz monster, yang bersaiz sebesar tapak tangan pun takde yang sudi menjamah jig cenonit kami.
Kecewa pada hari pertama sama sekali tidak mematahkan semangat kami berenam (termasuk tekong, malah tekong merupakan pemancing yang paling bersemangat) terus memburu spesies sasaran utama kami ke perairan Pulau Tioman – ebek kapak.
Bagi sesi hari kedua yang juga hari terakhir, tekong membawa kami ke lubuk-lubuk sekitar Tokong Burung dan Pulau Sribuat. Tidak jauh meninggalkan Pulau Tioman, kami mencuba dulu sebuah lubuk sebagai sesi pemanas badan.
Nasib menyebelahi saya apabila jig 30gm yang diunjun dan dikarau perlahan disambar pemangsa. Namun bukan ebek yang berjaya didaratkan. Sebaliknya hanya jemuduk bintik berskala 2 kg sahaja.
Lubuk seterusnya pula berhampiran Pulau Besar. Aktiviti ikan-ikan pemangsa meligan kumpulan ikan kecil di permukaan air itu menghentikan perjalanan kami ke Tokong Burung. Hampir sekeliling kami terdapat kelompok anak ikan diburu. Kami lupakan seketika misi memburu ebek. Teknik casting gewang pintail dan jig turut di aplikasi.
Boleh dikatakan hampir kesemua gewang dan jig yang kami gunakan mengena cuma berbeza situasi. Ada yang berjaya mendaratkan hasil. Ada yang putus perambut dan ada yang rabut di tengah perjalanan.
Walaupun spesies pemangsa yang berjaya didaratkan hanyalah tongkol, jemuduk dan cencaru bersaiz kasar, namun kami tetap berusaha mencari jawapan `siapakah’ yang melarikan gewang pintail dengan kesan luka menggerutu.
Sejurus kemudian ia terjawab apabila seekor todak besar atau banang selamat didaratkan dan selamat juga dilepaskan kembali. Usaha diteruskan di kawasan sekitar walaupun semangat kami mula mengendur gara-gara banang tersebut.
Ketika saya mengarau untuk menukar jig yang lebih sesuai bagi memujuk ebek, secara tiba-tiba jig yang hampir ke permukaan disambar dan dilarikan dengan kencang. Menyangkakan ia gara-gara banang lagi maka saya menanganinya dengan ala kadar. Sehinggalah pemangsa tersebut memperlihatkan kelibatnya barulah berderau darah.
Tenggiri rupanya! Mulalah kalut seketika memandangkan jig Ima 30gm itu kecil tanpa perambut dawai pula. Hanya nasib berpihak kepada saya berikutan hampir sepenuhnya jig itu berada di dalam mulut tenggiri anggaran berat 7 kg.
Hampir separuh hari juga kami juga menghabiskan masa di situ sebelum ke lubuk berhampiran Tokong Burung dan Pulau Sribuat. Namun kedua-dua lokasi yang turut menjadi tumpuan bot-bot pancing lain tidak memberikan keputusan yang diharap-harapkan.
Biarpun hasil yang diperoleh sudah memuaskan hati kami tetapi tekong masih berharap. Sebelum bergerak pulang, kami dibawa oleh tekong mencuba nasib di lokasi-lokasi yang pernah mencetak nama sebagai lubuk ebek gergasi. Dan usaha tersebut terjawab!
Ruang diberi sepenuhnya kepada Shahrul apabila jig yang digunakan disambar pemangsa yang menurut beliau berbeza aksinya berbanding spesies yang telah didaratkan. Pemangsa diangani dengan penuh santun. Lama juga Shahrul menyantuninya sehinggalah ia badannya yang lebar… tetapi berbelang.
Masih dengan objektif yang sama seperti musim lepas, FunBattleBelida V2 anjuran Merong Fishing Community adalah untk mengeratkan dan merapatkan hubungan antara pemancing yang meminati teknik casting atau mengilat menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan.
Pada masa yang sama ia bertujuan untuk mempromosi Kubang Sepat sebagai tempat atau lapangan untuk memburu spesies ikan belida dengan mempraktikkan teknik mengilat umpan tiruan sahaja. Dan yang paling utama tentu saja FunBattleBelida ini dijadikan acara tahunan untuk semua pemancing.
Hadiah FunBattleBelida pada kali ini kebanyakannya sumbangan dari LureMaker handmade dan jenama barang produk tempatan yang terdiri daripada IkanzClothing, DouxCraft, Boytep, ZulCraft, BobbySpinerbait, LangbuanaLuremaker, EpolCraft, AtokLure serta BlackWaterSyndicate.
Tidak ketinggalan sumbangan gewang dari kenalan caster bagi memeriahkan lagi acara ini. Score atau jumlah tangkapan pada tahun ini hanya 13ekor dan hanya seekor sahaja yang mati. Selebihnya berjaya dilepaskan semula.
Pada battle kali ini kami menitikberatkan tentang keadaan ikan supaya tidak tercedera dan boleh dilepaskan semula. Untuk itu pihak urus setia dan marshall menyediakan beg plastik bagi urusan menghantar hasil tangkapan masing-masing dengan selamat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...