Hampir setahun perancangan rapi telah dibuat dari segi pemilihan tarikh dan cuaca semasa akhirnya program Trip Mandi Hujan (TMH) mengambil tempat pada penghujung tahun di Tasik Kenyir. Dengan misi casting sambil mandi hujan.

 

Mengikut taburan hujan kawasan Pantai Timur adalah kawasan yang paling banyak menerima hujan dan kesempatan ini di ambil memandangkan spesies sebarau akan galak menjamah gewang dan lebih kerap naik ke permukaan air.

 

Secara tidak langsung kehadiran spesies ini lebih mudah dikesan berbanding jika kita berkunjung ketika musim panas.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Papamafia selaku ketua misi dan dibantu oleh Fendy Jamal telah disertai ahli dari dua kumpulan iaitu ahli KakiNgail Forum dan Rising Caster.

Seramai 98 orang peserta dan 49 speed boat digunakan di Tasik Kenyir. Tiga buah boathouse menjadi base camp peserta yang berpusat di muara Lata Kelebu.

 

Hari Pertama

 

Taklimat pertandingan bermula pada pukul 2 petang dan peserta dilepaskan pada pukul 3 petang. Lokasi pertandingan adalah di sekitar kawasan tasik kecuali di kawasan taman negara.

 

IKLAN

Cuaca pada sebelah pagi hujan tetapi pada sebelah petang panas membuatkan ikan kurang naik ke permukaan.

Sebaik sahaja siren dibunyikan 49 buah speed boat bergerak menuju ke lubuk masing-masing untuk mencari seberapa banyak strike.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Setelah berhempas pulas meneroka segenap lubuk akhirnya rakan bot berhampiran telah berjaya mendaratkan dua ekor sebarau bersaiz 700 gram dan 800gram.

 

Semua bot perlu pulang semula ke base camp sebelum pukul 7.30 malam. Sesi menimbang pada hari pertama menyaksikan toman seberat 4 kg berjaya didaratkan dan sebarau seberat 800 gram yang memegang rekod pada hari pertama.

Pertandingan masih berbaki satu hari penuh lagi.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Sesi malam banyak dihabiskan dengan suai kenal sesama ahli dan bertukar tukar ilmu pancingan.

IKLAN

 

Hari Kedua

Masa yang cukup panjang sepanjang hari telah digunakan sepenuhnya. Semua peserta keluar seawal pukul 7.00 pagi meneroka segenap lokasi yang telah dipilih sendiri namun

bergerak secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua buah bot bagi memastikan keselamatan sentiasa terjaga.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Cuaca pada sebelah pagi agak mendung dan hujan lebat hampir satu jam. Ini sesuatu yang sangat-sangat diidamkan kaki pancing yang berkunjung di sini.

Saya bersama dua buah bot yang lain menyasarkan Sungai Lawit dan Lata Buaya sebagai tempat pertaruhan.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Sepanjang perjalanan kami singgah di suak-suak yang berpotensi untuk menerima sambaran.

IKLAN

Hanya dua ekor sebarau berjaya didaratkan pada sebelah pagi dan hujan berhenti pada pukul 10 pagi manakala matahari perlahan lahan mengambil tempat semula menandakan cuaca kembali normal.

Kelibat sebarau ‘boiling’ tunggal dapat dikesan tetapi jarak balingan tidak kesampaian.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Penutup kepada pertandingan menyaksikan peserta membawa pulang hasil masing-masing. 3 kategori di pertandingan iaitu juara berkumpulan, juara toman terberat dan juara sebarau terberat.

 

Bagi kategori berkumpul Team Pak Chad dan Sompek telah berjaya memenangi kategori ini.

Bagi jaguh toman pula telah dimenangi oleh Azman Ramli dengan berat 4.09 kg bagi kategori sebarau terberat pula di sandang oleh Pak Chad dengan berat 1.28 kg.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Secara keseluruhannya trip berlangsung dengan jayanya dan Kumpulan Rising meneruskan aktiviti memancing selama dua hari lagi manakala 2 boathouse lain pulang ke jeti.

Hujan yang turun sekejap-sekejap membuatkan ikan masih belum rancak untuk timbul di permukaan.

 

Selaku penganjur, Papamafia dan Fendy Jamal berharap penyertaan akan lebih ramai pada tahun akan datang.

Trip Retro – Trip Mandi Hujan Tasik Kenyir

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI