Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Selepas bersarapan ringkas, kami menuju ke jeti dan tekong sedang menunggu kami berlima. Hari permulaan buat 4 pemancing dari New Zealand  untuk bertemu dengan ikan layaran buat kali pertama.

 

Peralatan dan set pancing yang tersedia dipasang dengan ikan selar dan lolong. Mata kail circle bersaiz #26 diikat dengan perambut kekuatan 100lb. Tiga set pancing digunakan, Daiwa Saltiga Dogfight, Shimano Baitrunner 6500 dan Daiwa Sealine TLD50 yang kesemuanya dimuatkan dengan tali sulam Spectra 60lb dan 80lb.

 

15 minit pertama berhanyut, joran Penn 30-80 terus melentur dan serta merta tali  dalam spool Shimano Baitrunner 6500 berdesup keluar. Sebaik sahaja layaran mula menghambur di permukaan, joran diserahkan kepada Mike untuk aksi seterusnya.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Jeritan kepuasan Mike tidak berhenti sebaik sahaja melihat layaran melompat tetapi berterusan hingga ikan berjaya didaratkan. Dalam pada di akhir pertarungan, kekili Shimano Baitrunner pula memuntahkan tali.

 

Brett menjadi insan kedua pagi itu ditemukan jodoh dengan layaran. Dua ekor layaran kurang dari sejam pertama adalah petanda baik. Setelah dilepaskan kedua layaran tersebut, tekong bergerak perlahan mencari kawanan burung camar.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Apabila camar dikesan, saya pula akan mengesahkan kehadiran layaran melalui pemerhatian sekeliling. Kelibat layaran mudah diamati pada waktu musim puncak. Sebaik bot berhenti, saya akan membuat lontaran sejauh mungkin umpan selar hidup ke arah kawanan burung. Beberapa kali selepas umpan dilontar jauh, layaran terus menerkam dan melarikan umpan.

 

IKLAN

Dalam keadaan spool kekili longgar ketika itu, banyak juga kes rabut dan mata kail tidak tersusuk kemas pada mulut ikan. Setiap kali selepas umpan dilontar jauh, saya akan menunggu seketika jika ada layaran ambil umpan di tangan.

 

Sebelah pagi sahaja kesemua mereka sudah dapat lesen layaran. Hari pertama kami memperolehi lebih dari 12 strike, 8 didaratkan. Bila semua puas, hari pertama diakhiri lebih awal.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Hari Kedua

 

Tumpuan diberikan sepenuhnya untuk teknik pancing layang di samping sesi popping dan casting sebagai selingan. Sebagaimana yang di ketahui New Zealand mempunyai ramai peminat pancing layang. Mereka membawa joran wt9 dalam usaha menjerat layaran. Begitu juga pelbagai warna dan saiz set fly yang disiapkan awal mengikut info yang mereka ketahui.

 

IKLAN

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Saya pula cuba mengumpan layaran dengan pengunaan popper tanpa mata kail. Teknik ini dapat memujuk layaran supaya hampir dengan bot agar mereka dapat melayangkan umpan. Setengah hari dihabiskan dengan banyak belajar mengenai kesilapan beberapa langkah penting. Namun saya boleh puji sikap mereka, sering membincangkan di mana silap dan pembetulan yang perlu dibuat.

 

Kebetulan hari kedua amat payah mengesan layaran mengekori popper di belakang bot. Tugas tekong mengemudi bot perlahan mencari kumpulan camar, saya akan meninjau di belakang bot manakala dua pemancing akan lontar popper sebelum dua lagi bersedia dengan set pancing layang.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Pusingan kedua sekitar jam 2 petang masing-masing mengambil peranan yang perlu bagi menjayakan misi menjerat layaran dengan set fly. Setelah berjaya mengesan layaran mengikuti bot, dua popper kiri dan kanan dilontar dalam usaha memujuk layaran.

 

IKLAN

Ketika layaran jelas kelihatan di belakang bot, Brett dan Mark masing-masing memulakan tugas mereka. Satu hayunan set fly jatuh hampir dengan layaran, satu, dan dua fly ditarik lembut. Tidak semena ia mendapat sambutan,. Belum sempat sorakan lain menyampuk, layaran terus melayang ke permukaan sambil melakukan perkara yang tak ingin kami lihat.

 

Mata kail fly dimuntahkan dengan mudah. Kecewa lagi. Tekong kemudiannya bergegas ke kawasan kawanan burung yang berdekatan setelah ikan terlucut. Proses memikat diulangi seperti sebelumnya.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Strike kedua dengan set layaran menjadi milik Brett pula. Sambil menahan larian ikan, yang lain tumpang seronok. Ikan yang pada mulanya jelas kemudian samar-samar dan terus hilang dari pandangan kami.

 

Joran ditampung oleh Brett yang masih diasak layaran. Sekali lagi kami kecewa apabila mata kail yang digunakan sekali lagi terlucut ketika waktu hampir di penghujung pertarungan. Hajat oleh geng Newzie ini untuk menewaskan layaran dengan pancing layaran belum tertunai.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Selama kami memancing di sini geng ini cukup riang, hilai ketawa dan kutuk mengutuk antara mereka menjadi bualan. Bahkan mereka tidak menunjukkan rasa kecewa apabila gagal dan semangat kesukanan cukup tinggi.

 

Trip Variasi Teknik Tewaskan Layaran

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI