Walaupun banyak menghabiskan cuti hujung minggu di kolam-kolam pancing air tawar sekitar Lembah Kelang, namun minat untuk memancing ikan-ikan di habitat liar tidak pernah padam dalam diri.
Tak kiralah sama ada memancing ikan lampam, baung, belida atau patin di sungai, tasik mahupun lombong.
Keseronokan memancing di lokasi sebegini jauh lebih indah berbanding pancingan di kolam-kolam pancing komersial.
Apatah lagi hasil pancingan dijadikan juadah dan dimakan terus di lokasi kejadian. Kepuasannya tidak dapat digambarkan dengan perkataan waima hanya sekadar tilapia bakar.
Apabila bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang pernah sama-sama menjadi penunggu tebing sungai, tasik dan lombong, secara spontan sesi untuk kembali menjadi penunggu tebing dirancang.
Kami sepakat sekata untuk mencuba nasib yang suatu ketika dahulu menjadi lokasi kami untuk memancing lampam dan patin.
Ads
Berikutan sudah agak sebati dengan pancingan kolam air tawar maka umpan yang digunakan untuk lokasi liar ini sama sahaja dengan umpan untuk pancingan kolam.
Bezanya, untuk memanggil ikan merapati kawasan kami memancing, kami harus `merasuah’ beberapa kilogram dedak ayam yang dicampuri dengan sedikit bahan perisa seperti pes strawberi.
Apabila ada riak-riak ikan menghampiri kawasan yang telah dirasuahi baharulah kami memulakan sesi memancing.
Umpan yang digunakan pun sama sahaja dengan teknik pancingan kolam iaitu rot sandwic biasa dipotong dadu yang dicampuri dengan pes perisa strawberi.
Ads
Tidak perlu menanti lebih lama, sebagaimana yang dijangka ikan lampam Jawa dan lampam sungai yang berjaya didaratkan.
Walaupun ia cuma lampam dan saiznya tidaklah sebesar mana namun ia tetap menghiburkan.
Namun kami masih menaruh harapan spesies ikan liar yang terutamanya patin yang mengena.
Ads
Lebih setengah hari menjadi penunggu tebing, akhirnya pancing kami menerima sambaran dan corak larian yang berbeza dengan tindak balas lampam apabila terkena mata kail.
Pada awalnya kami menjangkakan ikan patin yang mengena, setelah didaratkan ternyata ia bukan patin sebaliknya ikan kaloi.
Kami sama sekali tidak menjangka ikan kaloi akan memakan umpan roti yang kami gunakan. Lebih menarik, tidak lama kemudian ada lagi kaloi yang berminat dengan umpan tersebut.
Setelah beberapa ekor berjaya didaratkan, kami bakar tanpa sebarang rencah dan diratah begitu sahaja. Nikmat dan kepuasannya sangat-sangat berbaloi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Revolusi penghasilan jam & meter teksi kepada kekili pancing
Syarikat yang pada asalnya bernama AB Urfabriken ini mula-mula ditubuhkan pada tahun 1921 oleh Carl August Borgstrom di Blekinge, Sweden.
Nama syarikat ini bermaksud “The Watch Factory, LTD“ merupakan sebuah syarikat pembuatan yang memfokuskan kepada pembuatan jam dan meter teksi.
Namun, anak kepada pemilik asal iaitu Gote Borgstrom merupakan seorang pemancing tegar kemudiannya menukar haluan syarikat ini kepada pembuatan kekili ketika Perang Dunia ke-2.
Tahun 1941 merupakan tahun di mana kekili ABU Record diperkenalkan. Pada tahun 1952, kekili Red Ambassadeur diperkenalkan dalam pameran dunia di New York.
Kemudiannya, syarikat pancing terbesar di US, Garcia Corporation mula mengimport dan memasarkan banyak kekili buatan ABU termasuk kekili Ambassadeur yang terkenal.
Ketika itu, Garcia merupakan peneraju dalam industri barangan pancing termasuk memasarkan kekili Mitchell 300 dari Perancis.
Awal 1950-an memperlihatkan ABU memperkenalkan beberapa siri kekili dan produk pancing lain. ABU 444, kekili spinning pertama buatannya diperkenalkan pada 1955.
Bermula 1957, syarikat ini juga menjadi terkenal dengan kekili spincast iaitu The Abumatic – yang dilengkapi dengan beberapa inovasi kejuruteraan yang dipertingkatkan.
Kekili spinning terkenal buatan ABU iaitu Cardinal pula mula diperkenalkan pada tahun 1965.
Pada tahun 1971, anak kepada Gote iaitu Lennart mengambil alih perniagaan ABU daripada bapanya. Gote kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1974.
Dalam tahun 1984, nama syarikat ini ditukar daripada ABU kepada ABU Garcia oleh kerana nama Garcia lebih dikenali oleh kebanyakan pemancing Amerika.
Pada 1995, Abu Garcia dibeli oleh Berkley, Inc. dan The Outdoor Technologies Group (OTG) pula ditubuhkan.
Pada 1999, OTG menukar namanya kepada Pure Fishing. Hari ini, kilang pembuatan kekili di Blekinge masih menghasilkan kekili klasik Ambassadeur serta kekili generasi baru
baitcasting terkenal iaitu siri Revo, yang telah melakukan revolusi dalam rekaan kekili baitcast hari ini.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Setelah berjaya melangsungkan pertandingan memancing udang galah berlandaskan silaturahim, pihak urusetia dan Rumah Rakit Temerloh melangsungkan pula Event Silaturahim Edisi Kedua pada awal September lepas.
Kejayaan event pertama juga merangsang peningkatan peserta pada edisi kedua.
Sekurang-kurangnya 20 buah bot para peserta memenuhi lubuk-lubuk berpotensi di Sungai Pahang, berhampiran dengan lokasi Rumah Rakit Temerloh.
Pertandingan yang dilangsung jeti Rumah Rakit Temerloh itu bermula pada jam 8 pagi sehinggalah 5 petang.
Beberapa kategori pertandingan diadakan dan hadiah bagi setiap kategori dibiayai oleh para peserta sendiri bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut.
Menurut pemilik Rumah Rakit Temerloh yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Salleh, tujuan event dilangsungkan adalah bagi membolehkan kesemua pemancing udang galah seluruh negara berkumpul bagi mengeratkan lagi silaturahim.
Keputusan Event RRT Edisi 2
KING OF JENGGO (CUKUP SIFAT) (SEPIT BIRU TERBERAT)
Awal-awal pagi lagi, saya telah bangun dan bersiap. Saya membelek apakah warna gewang yang mahu dipertaruhkan. Antara gewang yang saya bawa termasuklah top water, minnow dan juga selaman dari jenama Rapala, Storm serta Halco, termasuklah gewang yang dikatakan killer Halco Sorcerer 125.
Manakala set joran yang saya bawa adalah joran 10-25lb berserta kekili Daiwa Ryoga 160HL yang dipadankan dengan tali 25LB dan perambut 40lb. Kami melalui banyak spot yang berpotensi. Namun hanya GT juvenil dan siakap merah sahaja menjadi penghibur.
Sentapan yang kuat pada mulanya saya anggap tembaring, tetapi hanyalah siakap merah yang terlekat di mata tiga gewang. Situasi yang sama juga berlaku pada sebelah petangnya. Kali ini lebih teruk kerana perubahan air pasang surut yang terlalu cepat bagaikan torpedo menyebabkan ia langsung tidak sesuai untuk casting dan juga trolling.
Apa yang menggerunkan saya adalah, selain tembaring, sungai ini juga dipenuhi buaya dan mereka menasihati, buat tidak tahu sahaja fasal itu. Setakat ini, buaya di Sungai Paitan pernah tidak kacau orang. Walau diberi jaminan oleh mereka, rasa gerun itu sebenarnya tidak boleh dielakkan.
Pada sebelah petangnya kami mencuba nasib di sebuah anak sungai yang agak terpencil yang dipenuhi dengan daunan nipah yang tenggelam. Kami mencuba menggunakan gewang selaman dalam tetapi hanyalah kawanan bulan yang sudi menyambar.
Kami menukar teknik menggunakan gewang permukaan. Sentapan pertama hasil daripada lontaran Ujang telah disambut oleh sang tembaring. Aksi akrobatik ikan yang menyambar gewang di tepi sampan kami membuatkan semua tergamam tapi sayangnya kurang kemas.
Semua yang berada di atas sampan menukar gewang pensil termasuk la saya sekali. Balingan ke celah-celah dahan nipah yang tenggelam membuahkan hasil apabila di sambut kemas sang kanai. Ternyata kudrat ikan ini amat dasyat! Kekili dan joran saya di henjut habis, saya cuba mengetatkan drag sedikit demi sedikit dan akhirnya tembaring berskala anggaran lebih 3 kilo menunjukkan dirinya di tepi sampan.
Di dalam hati saya, “yesss akhirnya dapat lesen! Tetapi sayang sekali henjutan ala-ala torpedo di saat akhir membuatkan saya berputih mata.
Sahabat saya, Ralf yang berada di belakang sampan membuat lontaran yang sama ke arah belakang dan akhirnya menerima sambaran sang kanai dan berjaya mendaratkan kanai berskala 1.5kg.
Kami semakin bersemangat untuk memburu spesies ini. Semakin hari menjelang malam semakin banyak sentapan ganas sang kanai diterima, tetapi semuanya tidak berjaya didaratkan. Hati semakin membara untuk membalas dendam pada keesokan hari.
Hari Ketiga
Hari ketiga casting, saya berdoa semoga ada tembaring yang berjaya didaratkan. Daus dan Farhan membawa kami ke jaluran delta Sungai Paitan yang lain pula. Kali ini berhampiran dengan muara laut.
Pagi itu, kami memulakan aksi dengan trolling terlebih dahulu. Daus berkata kepada saya, hari ini kami pasti akan berjaya mendaratkan hasil. Malangnya sehingga ke tengah hari saya masih belum mendapat apa-apa sambaran.
Hanya todak dan baby GT sahaja yang sudi menyambar gewang. Bot yang satu lagi juga belum ada menampakkan tanda tembaring akan diperoleh. Sesi sebelah petang, kami bertukar lokasi lagi.
Akhirnya, tiba di satu spot yang berpotensi, saya melontarkan gewang permukaan Zerek trail weaver 65cm ke arah tebing. Karauan selepas lontaran kali ketiga, tiba-tiba sahaja air di permukaan berkocak perlahan dan terus serta-merta sahaja tali menegang.
Saya hanya mampu menahan tali yang mencurah keluar dari kekili Ryoga 1016HL dengan karauan begitu sukar dilakukan. Akhirnya larian yang disyaki tembaring ini gagal dikawal dan akhirnya putus selepas ia memasuki reba. Terkesima saya seketika.
Ralf akhirnya memecah kebuntuan apabila dia menaikkan seekor tembaring yang masih baru. Tidak lama kemudian, dua kali lagi Raif menerima strike, namun tetap gagal menaikkan apabila dengan mudah gewang tersangkut direba.
Di lubuk berhampiran, saya sekali lagi mendapat sambaran, namun gagal menaikkan ikan ini. Kesnya sama sahaja iaitu, tali mencurah keluar bagaikan air walaupun drag diketatkan habis.
Malam itu, kami rancak bercerita perihal kejadian yang berlaku di siang harinya sambil saya sempat juga berkenalan dan lepak dengan beberapa orang pemuda kampung yang pulang dari memancing dasar. Dengan menggunakan umpan ikan jenjulung dipotong dua, mereka pun berjaya memperoleh tembaring dan kerapu.
Hari Keempat
Ia hari terakhir saya di Sungai Paitan ini. Sama seperti hari semalamnya saya beranggapan hari ini tuah akan mengiringi nasib saya. Namun malangnya, saya dan Ralf asyik dibuli sahaja.
Kami hanya merasai tarikannya sahaja. Alam akhirnya berjaya memperoleh seekor tembaring, namun ia masih bersaiz juvenil. Saya pula masih kumpau. Hari itu, kami hanya memperoleh siakap merah dan alu-alu sahaja.
Perjalanan Pulang
Dalam kapal terbang pulang ke Semenanjung, saya masih terbayang peristiwa sepanjang memancing di Sungai Paitan ini. Saya begitu mengagumi kehebatan dan kegagahan tembaring ini. Peristiwa dibuli tembaring menyebabkan saya bertekad untuk datang lagi ke Sungai Paitan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...