Lokasi dan port kami kali ini ialah Sungai Pasu Batu 1 yang terletak beberapa kilometer dari bandar Miri, Sarawak. Caster kami kali ini dikenali dengan nama Shirley aka The Lady Anglers Snakehead. Beliau mula berjinak dengan dunia hanyir ini bermula dari minat dengan ayahnya berumur dari kecil lagi masa itu hanya memancing tebing atau dikenali teknik bottom.
Siapa sangka anak gadis seperti ini meminati hobi hanyir ini sehingga awal bulan ogos 2020 tahun lepas beliau mencuba teknik casting. Beliau sanggup membeli set casting atas dasar minat dan ingin mencuba teknik casting ini.
Set yang beliau gunakan ialah reel Devil Craft Castella Pro Limited. Rod 2-6lb Lemax, line Seahawk Gachiri 7lb, leader Fc Phantom 11lb ini ialah yang saya gunakan untuk casting Haruan.
Ads
Lure SF Ozmy Gamakichi & SF Exp K-beer Frog ini yang saya gunakan setiap kali menjinakkan haruan. Banyak jenis soft frog yang boleh digunakan haruan tidak memilih janji ada di depan mata dia pasti rakus menyambarnya.
Ads
kawasan yang paling digemari haruan ini ialah airnya dalam keadaan hitam mahupun berpaya. Waktu haruan aktif ialah seawal pagi dan waktu petang. Haruan tidak memilih cuaca mahupun selepas hujan atau panas itulah paling sesuai untuk memancingnya.
Ads
Kadang-kadang apabila haruan yang kami jumpa mempunyai anak anak kecil pasti ada mama haruan di situ. Ini meyakinkan lagi kami untuk membaling lure di kawasan itu. Memujuk si mama menyambar haruslah bersabar. Hasil yang kami dapat kami catch and release supaya ikan ini semakin banyak membiak dan untuk kemudian hari dipancing oleh para caster yang akan datang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kata orang, kaki pancing ni walaupun tak kaya tapi hobinya mahal! Iyelah, nak beli set pancing yang betul-betul memuaskan hati ni bukannya seringgit dua harganya, tapi
beratus-ratus, malah beribu-ribu ringgit pun ada dek kerana berbeza lapangan pancing, lainlah peralatannya.
Itu belum lagi cerita aksesori-aksesori tambahan dan servis untuk set pancing tu lagi. Semuanya perlukan pelaburan yang banyak.
Tapi nak dijadikan cerita, kaki pancing ni mesti ada sorang dua orang member yang jenis suka nak pinjam set pancing untuk keluar memancing.
Di kalangan kaki pancing mesti ada daripada kawan-kawan ni yang jenis baru nak menceburkan diri dalam lapangan memancing yang baru.
Jadi, sebabkan takde set mulalah cari kawan yang ada set pancing yang bersesuaian dengan lapangan memancing tersebut.
Masa mula-mula nak pinjam bukan main manis mulut. “Ala, pinjam seharidua je bro…Nanti aku pulang balik lah… Ada hasil lebih nanti aku bagilah kat kau sikit..”. tak nak bagi, nanti dikata kedekut.
Nak dibagi risau rosak, bimbang tak dijaga elok. Tapi lepas bagi pinjam yang tak seronoknya, lepas seminggu, sebulan, dua bulan, langsung takde khabar berita! Malah ada yang bertahun-tahun buat senyap je. Dalam erti kata lain dah jadi harta sendiri.
Lebih teruk lagi, setelah beberapa purnama perkara ni berlaku dan setelah dipaksa berulang kali, set pancing yang kita terima tak sama seperti keadaan asal.
Selain itu, dah terbalik pula kesnya…si pemberi pinjam pula berasa malu nak mintak semula hartanya, sedangkan yang meminjam langsung tak rasa malu.
Tambah memedihkan, barang yang dipinjam tidak seperti keadaan asal. Ada kes hujung joran patah, kekili bercalar teruk, kayuhan kekili kasar semacam… badan kekili atau cincin joran teruk terhakis dimakan air garam dan macam-macam lagi yang sering kita dengari.
Bila ditanya macam mana boleh jadi camni, macam-macam alasan diberi. Nak disuruhbayar ganti rugi nanti ada yang sampai tarik muka dan putus sahabat! Tapi itulah senario yang sering berlaku.
Bila dah jadi camni, kebanyakan daripada kita dah rasa serik nak beri pinjam set pancing lagi. Bukannya nak bersikap kedekut, tapi bila jadi kes semacam ini sikit sebanyak ia mengganggu emosi kita sebagai kaki pancing.
Mana taknya, ada yang sampai ikat perut berbulan-bulan lamanya semata-mata nak dapatkan set pancing yang menjadi pujaan hati.
Bila ia jatuh ke tangan mereka yang tak reti menghargai ia sememangnya akan memberi kesan yang mendalam kepada kita.
Berbalik kepada kes ini, bukannya niat penulis untuk melarang kaki pancing memberi pinjam set pancingnya kepada kawan-kawan.
Tapi seeloknya, berilah pinjam kepada mereka yang betul-betul diyakini boleh menjaga harta kita dengan baik.
Sekurang-kurangnya risiko untuk terjadi kes-kes yang disebutkan di atas untuk dapat dikurangkan.
Lebih baik lagi jika si pemancing memberi kata dua kepada si peminjam bahawa risiko semua akan ditanggung oleh si peminjam.
Dalam erti kata lain, kalau set pancing itu patah, rosak atau sebagainya, si peminjam haruslah membayar ganti rugi setimpal dengan harga barang yang dipinjam.
Dan bagi si peminjam pula, amatlah dinasihatkan agar menjaga harta orang seperti harta sendiri. Jangan biarkan kepercayaan rakan anda hilang dengan kecuaian sendiri.
Ya, memang benar untuk mendapatkan set idaman yang sesuai dengan lapangan yang ingin anda ceburi itu mahal.
Tapi, alangkah baiknya jika kita mula mengumpul dari sekarang dan dapatkan set pancing sendiri. Sekurang-kurangnya jika rosak atas tangan sendiri lebih puas hati berbanding rosak atas tangan orang lain.
Jadi, ini sebahagian coretan untuk segmen wacana bulan ini. Mari kita dapatkan pula pandangan dan luahan kaki pancing tentang isu kali ini
APA KATA NETIZEN
Pendapat 1
“Bukan joran je. Batu ladung, mata kail, perambut pun mintak kita punya juga. Ingat koperasi sekolah ke?
Kalau ada member spesies yang payah nak pulangkan balik joran kesayangan yang dia pinjam.
Lepas ni kita bagi pinjam koyan atau serek yang harga dua singgit atau pun joran budak-budak harga dalam dua belas ringgit satu set. Kalau hilang tak rasa rugi sangat.
Tak payah bagi balik pun takpe.”
Pendapat 2
“Pergi kat member yang jenis suka pinjam joran @ alatan memancing tu, cakap kat dia nak pinjam duit dalam jumlah sekian-sekian.
Lepas tu beli set memancing pakai duit tu dan bagi dekat member tu sambil ckp “Nah ni hang punya, tok sah dok pinjam barang aku dah”. Settle masalah, boleh la ngail sambil layan kuaci.”
Pendapat 3
“Cukup hanya sekali. Bagi pakai tak reti pulang. Bagi pinjam tak reti nak jaga. Mujur bagi pinjam set option kedua. Kalau la terbagi set utama, mau aku buang semua.
Serik seserik seriknya. Bayangkan sampai boleh ada anak lipas ada dalam spool aku. Aduyaaii…!”
Pendapat 4
“Ni perkara biasa berlaku. Tapi kebanyakannya dari pemancing yang kurang tegar. Kalau pemancing tegar, mesti banyak set pancing dan spare part sendiri.
Aku pun pernah terkena. Dah lepas semenanjung pun set aku. Ape pun tak boleh! Hahaha, takpe, halal kan je lah…”
Pendapat 5
“Beli set pancing boleh kata mahal time tu untuk adik. Adik suka giler dapat hadiah tu. Sekali dia bagi pinjam kat member dia. Bila mintak balik, tertinggal kat kereta pakcik katenya. Lepas tu lepas tangan. Dah hangus!”
Pendapat 6
“Redha je la, awak jugak yang meracun dia masuk jadi ahli memancing ni. Taktik aku senang je. Reka cerita yang memancing pakai barang pinjam ni tak ‘ong’. Kumpau… Hehehehe.”
Pendapat 7
“Biase la tu, tapi tak semua kawan camtu. Memang ada jenis yang pandai pinjam tapi pulang tak pandai. Jenis pakai barang orang, tapi semacam macam harta sendiri. Kita pakai, punyalah kita jaga, belai bagai, bila dah tukar tangan jahanam jadinya.”
Pendapat 8
“Mesti pernah berlaku terutamanya masa masih tahap amatur. Kawan pinjam set pancing, kalau tak bagi, kesian ada, malu pun ada kau tak bagi pinjam. Nanti kawan kata taik hidung masin.
Tapi bila dah bagi pinjam, tak reti nak pulangkan lagi pula. Kadang-kadang berbulu juga rasa. Tapi tak apa, halalkan je. Anggaplah pengalaman.”
Suatu ketika dahulu, perairan Sedili sememangnya cukup gah dengan pancingan tenggiri. Malah, sehingga ke hari ini pun masih ramai yang memburu tenggiri di perairan Sedili.
Namun, kebelakangan ini dikatakan tarikan terhadap pancingan tenggiri di perairan ini semakin menurun.
Ada sumber yang mengatakan populasi tenggiri ini perairan semakin menurun sekaligus menyebabkan kurangnya pemancing memancingnya di sini.
Namun ada sumber juga yang mengatakan populasinya tidak berkurang, sebaliknya ia semakin culas dan licik untuk dipancing.
Atas sebab itulah pemancing seperti berputus asa untuk memancingnya dan tidak lagi berkunjung ke Sedili.
Betul ke ikan tenggiri di perairan Sedili ini semakin licik? Mari kita tengok apa kata Umpanian berkenaan perkara ini.
Apa kata Umpanian:
“Ini hasil tenggiri Tioman… 14kg je min. Sebenarnya bukan kat Sedili je tenggiri licik, kat mana-mana pun sama.
Contoh kat Tioman ni, ada unjam tenggirinya tak makan jig atau pintail, ada unjam tenggirinya tak makan umpan-hidup saiz kecil, ada unjam tenggirinya memilih jenis ikan yang diguna sebagai umpan hidup.
Tenggiri sebenarnya memiliki kebolehan untuk menanggalkan mata kail dari bibirnya. Caranya adalah dengan menggelengkan kepalanya ke kanan atau kiri dengan cepat dan kuat.
Satu lagi, tenggiri punya `senjata’ pada ekornya yang dapat memutuskan perambut serta tali utama.
Ramai yang ingat gigi tenggiri je yang potong perambut, orang tak tau tentang senjata keduanya ni.”
– HSHM HUSAIN
“Licik memang licik tenggiri ni kat memana pun. Tapi yang saya pasti sangat, tenggiri Sedili paling sedap jika dimakan. Ia sangat berbeza dengan tenggiri di perairan Yan, Kedah dan lain-lain tempat. “
– PAK MAUN FAMILIA
“Lebih 2 tahun kumpau main tenggiri area Sedili. Lepas balik dari trip terakhir, keluar berita perairan Sedili kena ceroboh. Jawabnya makin cerah la harapan untuk kumpau bagi trip yang akan datang. “
– MAXWELL MIRIN
“Azlan JR Zainal… betul le apa lu cakap tenggiri Sedili ni licik dan sensitif. Syabas anak muda… Hahaha! Sampai sudahlah jawabnya tak dapat lesen tenggiri Sedili ni. Adoiiii!”
– AZRIN ZAINAL
“ Setuju min! Tapi kalau paling cerdik pada saya… tengiri tuas Yan. Sesiapa yang biasa main dua area ni boleh tau perbezaannya. Admin pernah try ke kedua-dua port ni? Kehkehkeh. “
– KAMARULEZ ASTRADA
“Pada saya sama je mana-mana pun… yang lucut tu la paling cerdik dan paling besar. Kurang-kurang pun besar bas saiz dia.”
Dari Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.”
Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala’ bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim.”
Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.
Sifat munafik akan kekal walaupun dia mengerjakan solat, berpuasa dan mengaku sebagai Muslim.
Ibadat puasa adalah perisai dan benteng dari sifat munafik.
اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ
“Puasa adalah perisai atau benteng (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).”
(Riwayat Tirmidzi No: 2749).
`Bercakap’ termasuk dalam bentuk penulisan dan di “forward” di FB, Whatsapp, Telegram. Jika faktanya salah, tidak benar maka ia dianggap berbohong dan seorang yang ada tanda munafik.
“Amanah” adalah tanggungjawab kita. Pemimpin perlu berlaku adil dalam kepimpinan. Pekerja di pejabat ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jangan curi tulang. Tidak amanah jika gaji diambil tapi pekerjaan tidak sempurna. Bertambah tidak amanah bila gaji diambil, rasuah diterima.
Ruginya jika mengaku seorang Muslim, berpuasa dan solat namun menjadi orang munafik kerana memiliki sifat munafik.Jadikan puasa dan solat kita sebagai perisai dari sifat munafik. Berusaha agar tidak berbohong, memungkiri janji dan khianat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...