
Elakkan menukar lensa di kawasan yang lembab, berpasir, berhabuk, melekit seperti di tepi pantai.
Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.
Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.
Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).
Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.
Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.
Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.
Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya:
Anda menggunakan insect repellent terutamanya mereka yang alah dengan nyamuk atau serangga di luar terutamanya di kawasan berair seperti tasik, lombong, hutan, paya dan sebagainya.
Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.
Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru.
Fakta Tentang Tenggiri Yang Korang Belum Tau!!

Pembahasan dan perbualan tentang ikan tenggiri tidak pernah berkesudahan. Sama ada di laut atau di pasar, ia adalah spesies yang sentiasa dicari dan diburu. Di sebalik kepopularan tenggiri ini, ramai juga yang masih tidak tau fakta-fakta kehebatannya.
Tenggiri merupakan ikan pelagik yang kerap berenang secara kawanan dalam kelompok kecil, tidak jauh dari pantai. Apabila berjaya mendaratkan seekor, maka anda akan berpeluang mendaratkannya lagi.
Tenggiri berkembang biak dengan cara bertelur. Tenggiri mencari perairan laut cetek untuk pemijahan dan akan kembali ke laut dalam setelah proses tersebut selesai.
Ikan ini dikategorikan sebagai ikan sukan yang sangat digemari oleh ramai pemancing kerana kepantasan renangan dan kualiti dagingnya yang bergred tinggi. Selain itu, ikan tenggiri sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang lengkap.
Meskipun tersenarai dalam spesies ikan perenang pantas dan juga termasuk salah satu ikan predator, ikan tenggiri yang lebih kecil seringkali menjadi santapan bagi predator lain yang lebih besar, khususnya barracuda monster.
Ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun namun tiada kajian pula jangka hayat bagi tenggiri jantan.
Di India, orang menyebutnya ikan anjai. Di Filipina lebih dikenali dengan nama ikan dilis, dan di Thailand lebih mesra dengan istilah ikan thu insi.
Jumlah penangkapan ikan tenggiri terbesar di dunia pernah tercatat di Indonesia, diikuti Filipina, Sri Langka, Yaman, dan Pakistan.
Dipercayai ikan tenggiri yang ditewaskan dengan penggunaan joran dan kekili lebih mahal harganya berbanding tenggiri yang terperangkap pada jaring. Kebanyakan tenggiri yang mati lemas pada jarring kualiti dagingnya merosot.
Walaupun populasi ikan tenggiri kian menurun namun, sama ada ia ditangkap secara sengaja atau pun tidak, jarang sekali ia dilepaskan kembali ke laut. Percaya atau tidak?
baca juga Trip Retro – Tenggiri Makan Petang
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Alasan yang biasa digunakan bila mabuk laut!!

Ada beberapa perkara yang kebanyakan pemancing malu nak mengaku. Salah satunya ialah mabuk laut. Malu la kalau dah tahap masta tapi boleh mabuk laut lagi.
Jadi, nak cover dan pertahankan status tu terpaksalah reka alasan kenapa boleh mabuk. Ini antara alasan yang biasa digunakan…
baca juga tik casting dengan selamat
💡 Bau petrol atau diesel
Sebelum mabuk atau dapat petanda akan mabuk, mereka akan bersuara terlebih dahulu pasal bau petrol atau diesel yang lebih kuat dari biasa.
Jadi, bila dah mabuk nanti bolehlah guna alasan tersebut dan pemancing lain mempercayainya bulat-bulat.
💡 Tengok member muntah
“Aku tak mabuk tapi tak boleh tengok orang muntah…” Ayat begini sebenarnya sudah biasa kedengaran dan diguna pakai oleh ramai orang.
Walaupun ketika orang lain yang muntah tu bukalah di depan matanya.
💡 Tak tidur
Ia merupakan alasan yang paling biasa digunakan. Cara nak cover pun rasanya sudah ramai yang tahu.
Biasanya beberapa sebelum atau rasa nak mabuk tu dah mula datang, walau tanpa ditanya mereka akan bercerita jumlah jam mereka tidur pada sebelah malam.
💡 Silap breakfast
Alasan ini hanya berkesan sekiranya mereka tidak breakfast bersama ahli trip yang lain. Jadi mereka bolehlah reka makanan yang menyebabkan menyebabkan rasa mual seperti minyak terlebih dalam sambal nasi lemak atau sebagainya.
baca juga tip pilih ikan dengkis
💡 Kurang sihat
Apabila badan kurang sihat sememangnya mudah untuk mabuk laut. Dan alasan ini sering juga digunakan hanya setelah mabuk atau muntah-muntah, mereka akan berlakon sebagaimana keadaan orang yang demam.
💡 Kumpau
Jangan tak percaya kumpau juga boleh dijadikan alasan kenapa mabuk laut. Logiknya mungkin ada. Iyalah… stress akibat kumpau boleh menyebabkan sakit kepala.
Bila sakit kepala maka mudahlah mabuk laut. Dan tak mustahil ramai yang akan menggunakan alasan ini bila mabuk laut.
💡 Alun lain macam
Biasanya, orang yang menggunakan alasan alun lain macam ni menduduki spot paling hadapan di atas bot.
Ia ada logiknya juga kerana bahagian depan merupakan spot paling tidak stabil. Memandangkan pemancing lain duduk di bahagian tengah atau belakang belakang tidak perasaan sangat keadaan alun.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Setting Lengkap Memancing Udang Galah

Seperti memancing ikan, udang galah juga boleh dipancing dan memang ramai kaki pancing yang memfokuskan kepada pancingan udang galah sahaja disebabkan beberapa faktor.
Satu kepuasan, sekiranya udang galah yang berjaya dipancing itu berstatus sepit biru atau jenggo.
Ketika ini, jika setiap kali turun trip memancing, sekiranya berjaya memperoleh tangkapan lebih dari dua kilogram, ia sudah dianggap lumayan.
Jadi, jika sebelum ini anda tidak pernah mencuba memancing udang galah atau hanya ‘beli’ sahaja udang galah untuk keluarga anda, apa kata anda kena turun memancingnya kerana memancing udang galah tidaklah serumit mana pun.
Berikut beberapa panduan sebelum anda berhasrat mahu memancing spesies ini.
PERALATAN MEMANCING
1. JORAN
Cukup hanya menggunakan batang joran halus. Sebaiknya saiz yang disyorkan 4-5 kaki. Joran memancing udang harga ekonomi dijual antara RM10- RM20 sebatang.
2. KEKILI
Kekili bersaiz antara 500 hingga 1000 sudah memadai. Tidak perlu menggunakan kekili mahal, cukup yang berharga ekonomi.
Ada kalanya, sesetengah kekili dijual secara kombo dengan batang joran dan sudah dilengkapi dengan tali mono. Ia juga boleh digunakan untuk tempoh pendek.
3. TALI
Tali utama seeloknya antara 8 – 15 paun. Boleh gunakan tali mono atau sulam. Sesetengah tempat, tali sulam amat disyorkan kerana terdapat serangan buntal yang gemar memotong tali utama.
4. TALI PERAMBUT
Memadai dengan menggunakan tali tangsi berkekuatan tidak melebihi 15lb. Tali 6-10 lb adalah memadai.
Ini kerana, jika tersangkut, mata kail & tali perambut akan putus, tanpa mengorbankan batu ladung dan swivel. Tali perambut tidak perlu panjang, lebih kurang sejengkal sahaja.
Bagi pemburu udang galah tegar, mereka awal-awal lagi telah membuat banyak tali perambut di rumah.
5. MATA KAIL
Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut lokasi, jenis memancing dan juga saiz udang. Mata kail no 2 hingga 6 antara yang sesuai digunakan.
6. BATU LADUNG
Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
7. SWIVEL
Ia amat perlu untuk menghubungkan tali utama dengan tali perambut.
8. BEKAS @ SANGKAR UDANG
Untuk menyimpan hasil tangkapan, bekas penyimpanan jenis dawai adalah disyorkan. Ada juga kaki pancing yang kreatif menggunakan tong sampah kecil yang diletakkan jaring di atasnya sebagai bekas menyimpan udang hidup.
LAIN-LAIN
Terdapat beberapa peralatan lain yang perlu anda sediakan. Antaranya kotak atau kecil mengisi peralatan-peralatan memancing, bekas /sangkar menyimpan udang, ketip kuku @
gunting (untuk kerja-kerja pemotongan tali), pisau lipat @ gunting (untuk memotong umpun-umpun), playar muncung panjang (untuk kemudahan membuka mata kail dari
mulut udang), parang, jaket keselamatan, baju lengan panjang, topi, krim pelindung matahari, bekalan air dan makanan secukupnya.