Untuk memburu spesies pemangsa yang keluar masuk ke kawasan kelong, sebaiknya gunalah umpan hidup yang boleh diperoleh di kawasan kelong. Cubalah dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong.
Udang hidup juga berkesan di sini namun ia lebih bagus untuk pancingan pada waktu siang. Pada waktu malam, sambutan terhadap udang agak kurang. Sementara umpan udang mati mati atau udang kopek boleh digunakan sepanjang tempoh memancing bagi mencari spesies ikan berlainan.
Ads
Waktu & Teknik
Ads
Waktu terbaik untuk memancing ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil. Perubahan air pada waktu inilah yang banyak merekodkan tangkapan yang memuaskan hati.
Ads
Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cencaru bersaiz kasar. Kami memilih apollo yang dilekatkan anak udang getah kecil pada mata kail apollo yang terbukti lebih berkesan.
Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup. Sementara teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ramai juga pemancing yang masih kurang faham bagaimana nak buat perambut untuk memancing talang-talang kecil atau anak talang di kelong. Sesetengah pemancing agak kehairanan bagaimana joran aku selalu strike berbanding joran mereka. Walaupun jenis perambut sama tidak semestinya boleh strike anak talang di sini.
Aku dapat teknik ni pun bukan dengan sendiri. Aku dapat teknik ni pun dari penduduk tempatan yang agak liat untuk mengeluarkan ilmu mereka kecuali kepada kenalan yang rapat sahaja.
Di bawah ni aku bagi tips yang agak berkesan untuk menjerat anak talang yang bersaiz 500gm hingga ke 1kg. Kadang-kadang ada juga talang bersaiz lebih 1 kg. Tapi perlu awas juga kerana kekadang ada juga talang bersaiz 10 kg masuk ke kawasan kelong.
Di sini aku cuba bagi tip nak buat perambut yang mudah dan senang.
Alatan memancing yang diperlukan
Perambut tangsi saiz 30lb
Mata kail saiz 6 atau saiz mata kail untuk pancing gelama pun boleh
Batu ladung (batu mati) saiz 2 atau 3 (lebih kecil lebih bagus tetapi tengok arus juga)
Kita boleh buat perambut hidup (guna batu hidup) atau gantung terpulang kepada selera pemancing, tetapi bagi aku perambut gantung (guna batu mati) lebih sesuai kerana senang nak lontar umpan dengan perambut panjang dan ladung yang kecil.
Kenapa aku katakan perambut gantung ini lebih sesuai?
Pertama, korang kena tahu bahawa ikan talang makan umpan sambil bergerak. Kalau batu perambut berat maka umpan akan tercabut dan tidak akan dapat hook up.
Biasanya anak talang hanya menggonggong sebahagian badan umpan, bukan terus menelannya. Sebab itu jika kita pakai ladung besar umpan selalu habis tetapi tidak ada sebarang hasil.
Kedua, perambut yang kecil dan lembut sangat perlu kerana ikan ni dah biasa sangat dengan manusia serta mata kail. Perambut yang kasar dan besar membuatkan ikan tu naik cuak apabila ternampak perambut yang kasar serta bunyi perambut berdengung dalam air.
Aku pernah mendengar ada orang memancing senangin dengan perambut 10lb sahaja. Katanya ikan kurang ragut jika guna perambut besar. Cara nak naikan ikan tu terpulang kepada pemancing sendiri la.
Ketiga, mata kail yang kecil juga perlu kerana mata kail yang besar lebih berat. Mata kail yang berat membuatkan umpan tamban hidup berenang tidak cergas. Umpan yang cergas membuka lebih peluang untuk ikan meragut umpan.
Keempat, kenapa kita nak membazir membeli ladung dan perambut yang lebih besar kalau kita dapat menaikan ikan dengan menggunakan perambut yang ringan dan murah?
Landok biasanya melarikan umpan bertentangan dengan pemancing, memberikan daya perjuangan serta tarikan yang cukup memuaskan pada peringkat permulaan. Saiz terbesar dilaporkan boleh mencapai kira-kira 3 kaki dan saya pernah melihat gambar landok seberat 8 kg yang dipancing di Pulau Aur.
Saiz yang biasa ditemui sekitar 50 cm sahaja. Melebihi dari 6kg dianggap bonus terutama untuk rekod tangkapan di Semenanjung. Jika terjumpa umpan pada waktu siang atau malam, landok jarang menyelinap di bawah karang seperti mana kerapu.
Ia akan berenang lari merentasi atau berlegar di kawasan karang terbabit berdekatan dengan dasar di mana perambut atau tali utama mudah bergeser dengan karang ketika bertarung. Barisan giginya tidak berupaya memutuskan perambut tangsi dengan mudah.
Landok pada dasarnya tidak memilih jenis umpan. Umpan hidup seperti selar, mahupun kembong kurang sesuai kerana faktor saiz Landok itu sendiri. Umpan yang paling berkesan ialah sotong sama ada hirisan sotong jarum, torak mahupun harimau, sotong cumit dan sotong kurita.
Sotong kurita lebih berkesan untuk kawasan yang mempunyai anak-anak ikan karang yang banyak kerana ia liat untuk dikutis oleh anak-anak ikan sebelum dijumpai oleh landok. Selain sotong, hirisan ikan Selayang, ikan tamban sisik potong dan ketam serta udang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Peralatan terutama jenis perambut bergantung kepada padang pancing, kedalaman air serta saiz peralatan yang dibawa.
Jika anda ingin memancing dengan lebih mudah iaitu mengelakkan perambut tersangkut pada karang, gunakan teknik apolo. Pastikan perambut untuk mengikat batu ladung dipanjangkan lagi dan gunakan tangsi halus supaya ia mudah putus apabila tersangkut.
Menggunakan tanduk adalah untuk memancing di air dalam (50 kaki ke atas) dan untuk melayan landok yang bersaiz besar lagi.
Kekuatan perambut tangsi disyorkan 50Ib atau 30Ib dengan dawai di hadapan sejengkal. Mata kail saya gemar yang kuat dan tajam seperti Gamakatsu 2/0 dan 4/0. Kuat agar ia mudah menusuk masuk ke dalam bahagian mulut landok yang keras.
Teknik Casting Udang Hidup Kong Kong
Oleh: Chedin Angler
Muara Sungai Kong Kong sememangnya terkenal sebagai padang pancing untuk memburu siakap. Antara umpan dan teknik yang paling popular lagi mencakop di sini ialah casting siakap menggunakan umpan udang hidup.
Ramai agak keliru dengan teknik casting yang saya pratikkan untuk memburu siakap di sini. Teknik casting tergolong pelbagai teknik.
Ada yang mengunakan gewang dan ada juga mengunakan umpan hidup. Dan cara teknik karau pun agak berbeza. Ada yang mengunakan spinning reel dan ada juga mengunakan baitcasting reel.
Teknik casting umpan hidup (udang) yang paling mujarab yang selalu saya pratikkan. Ia bukan sahaja untuk casting siakap malahan boleh digunakan untuk spesies ikan dasar lain.
Digabungkan sistem ketuk henjutan dan tarikan secara pelan dan disulami kayuhan reel, janji umpan mestilah berada di dasar dalam masa yang sama juga kita akan memahami struktur dasar.
Struktur dasar biasanya terdiri dari karang, pohon kayu, batu-batuan dan lain-lain lagi.
Rod dan reel juga memainkan peranan dalam sistem casting siakap di Kong Kong. Set ringan yang sesuai seperti P.E 1/3 dan 0/8. Manakala saiz reel 1000 hingga 3000 yang bersesuaian untuk mainan air payau.
Perambut bersaiz 20/30/40 lbs. Batu ladung hidup bersaiz 1-4 dan 5 stoper batu ladung. Mata kail pula bersaiz 3-7 jenama Berkley Triple Sharp.
Diharap ia membantu anda memperoleh strike. Untuk maklumat lanjut saya akan bantu apabila anda turun memancing siakap di Kong Kong ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...