Ramai juga pemancing yang masih kurang faham bagaimana nak buat perambut untuk memancing talang-talang kecil atau anak talang di kelong. Sesetengah pemancing agak kehairanan bagaimana joran aku selalu strike berbanding joran mereka. Walaupun jenis perambut sama tidak semestinya boleh strike anak talang di sini.

 

Aku dapat teknik ni pun bukan dengan sendiri. Aku dapat teknik ni pun dari penduduk tempatan yang agak liat untuk mengeluarkan ilmu mereka kecuali kepada kenalan yang rapat sahaja.

 

Perambut Terbaik Pancing Talang Pandan

 

Di bawah ni aku bagi tips yang agak berkesan untuk menjerat anak talang yang bersaiz 500gm hingga ke 1kg. Kadang-kadang ada juga talang bersaiz lebih 1 kg. Tapi perlu awas juga kerana kekadang ada juga talang bersaiz 10 kg masuk ke kawasan kelong.

 

Di sini aku cuba bagi tip nak buat perambut yang mudah dan senang.

 

Alatan memancing yang diperlukan

IKLAN

 

Perambut tangsi saiz 30lb

Mata kail saiz 6 atau saiz mata kail untuk pancing gelama pun boleh

Batu ladung (batu mati) saiz 2 atau 3 (lebih kecil lebih bagus tetapi tengok arus juga)

 

Perambut Terbaik Pancing Talang Pandan

 

Kita boleh buat perambut hidup (guna batu hidup) atau gantung terpulang kepada selera pemancing, tetapi bagi aku perambut gantung (guna batu mati) lebih sesuai kerana senang nak lontar umpan dengan perambut panjang dan ladung yang kecil.

IKLAN

 

Kenapa aku katakan perambut gantung ini lebih sesuai?

 

Pertama, korang kena tahu bahawa ikan talang makan umpan sambil bergerak. Kalau batu perambut berat maka umpan akan tercabut dan tidak akan dapat hook up.

 

Perambut Terbaik Pancing Talang Pandan

 

Biasanya anak talang hanya menggonggong sebahagian badan umpan, bukan terus menelannya. Sebab itu jika kita pakai ladung besar umpan selalu habis tetapi tidak ada sebarang hasil.

IKLAN

 

Kedua, perambut yang kecil dan lembut sangat perlu kerana ikan ni dah biasa sangat dengan manusia serta mata kail. Perambut yang kasar dan besar membuatkan ikan tu naik cuak apabila ternampak perambut yang kasar serta bunyi perambut berdengung dalam air.

 

Perambut Terbaik Pancing Talang Pandan

 

Aku pernah mendengar ada orang memancing senangin dengan perambut 10lb sahaja. Katanya ikan kurang ragut jika guna perambut besar. Cara nak naikan ikan tu terpulang kepada pemancing sendiri la.

 

Ketiga, mata kail yang kecil juga perlu kerana mata kail yang besar lebih berat. Mata kail yang berat membuatkan umpan tamban hidup berenang tidak cergas. Umpan yang cergas membuka lebih peluang untuk ikan meragut umpan.

 

Keempat, kenapa kita nak membazir membeli ladung dan perambut yang lebih besar kalau kita dapat menaikan ikan dengan menggunakan perambut yang ringan dan murah?

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI