Teknik Casting Udang Hidup Kong Kong
Oleh: Chedin Angler
Muara Sungai Kong Kong sememangnya terkenal sebagai padang pancing untuk memburu siakap. Antara umpan dan teknik yang paling popular lagi mencakop di sini ialah casting siakap menggunakan umpan udang hidup.
Ramai agak keliru dengan teknik casting yang saya pratikkan untuk memburu siakap di sini. Teknik casting tergolong pelbagai teknik.
Ada yang mengunakan gewang dan ada juga mengunakan umpan hidup. Dan cara teknik karau pun agak berbeza. Ada yang mengunakan spinning reel dan ada juga mengunakan baitcasting reel.
Ads
Teknik casting umpan hidup (udang) yang paling mujarab yang selalu saya pratikkan. Ia bukan sahaja untuk casting siakap malahan boleh digunakan untuk spesies ikan dasar lain.
Digabungkan sistem ketuk henjutan dan tarikan secara pelan dan disulami kayuhan reel, janji umpan mestilah berada di dasar dalam masa yang sama juga kita akan memahami struktur dasar.
Ads
Struktur dasar biasanya terdiri dari karang, pohon kayu, batu-batuan dan lain-lain lagi.
Rod dan reel juga memainkan peranan dalam sistem casting siakap di Kong Kong. Set ringan yang sesuai seperti P.E 1/3 dan 0/8. Manakala saiz reel 1000 hingga 3000 yang bersesuaian untuk mainan air payau.
Ads
Perambut bersaiz 20/30/40 lbs. Batu ladung hidup bersaiz 1-4 dan 5 stoper batu ladung. Mata kail pula bersaiz 3-7 jenama Berkley Triple Sharp.
Diharap ia membantu anda memperoleh strike. Untuk maklumat lanjut saya akan bantu apabila anda turun memancing siakap di Kong Kong ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dengan menggunakan shutter speed yang tinggi contohnya 1/125 per saat ke atas, anda mampu freeze imej seperti ikan hidup yang bergerak.
Kamera DSLR anda pasti mudah untuk merakamnya dengan mengubah setting untuk shutter speed. Jika mahu cara lebih pantas, boleh gunakan mode sport tapi anda perlukan lebih cahaya sekiranya menangkap gambar waktu malam.
2. KESESUAIAN LATAR BELAKANG DAN SUBJEK
Kadangkala bila habuan mengena, pemancing terlupa. Sewaktu ambil gambar, memang susah hendak padankan latar belakang dengan ikan yang ditangkap tapi anda mampu mengubahnya. Contohnya seperti berada di latar belakang sungai, anda boleh ambil imej ikan dan sungai.
Imej jelas, ringkas dan penggunaan shot kandid lebih memberi impak pada visual nanti. Jika sewaktu matahari terbenam, penggunaan flash pastinya membantu untuk mendapat imej yang berkualiti.
3. LIHAT PADA WARNA
Ikan, ketam, udang atau apa sahaja hasil tangkapan yang anda dapat, tercipta dengan pelbagai warna tersendiri. Sisik yang berkilat, mata bersinar, semua ini mampu membantu mengenal pasti jenis ikan apa dan kadangkala keunikan setiap spesies ikan berlainan. Ambil seberapa banyak shot yang boleh.
4. SHOT LEBIH DEKAT
Gunakan lensa jenis makro, halakan pada subjek. Teliti setiap inci subjek dan cuba tangkap beberapa shot menarik. Anda pasti melihat hasil yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Lensa ini membuatkan anda dekat pada subjek dan pada masa yang sama ia lebih fokus apa yang anda kehendaki.
5. MENGAMBIL GAMBAR LOKASI
Ini sebenarnya amat penting kerana jika anda ambil sahaja gambar ikan tanpa ada gambar sekitar lokasi, orang pasti tidak percaya di mana anda mengambilnya. Boleh jadi ikan ini diambil di sekitar pasar?
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, ambil gambar tempat tersebut. Janganlah hanya fokus pada hasil tangkapan sahaja, pemandangan dan pelbagai subjek lain juga harus diambil kira.
Ikan handalan ini mampu mengeluarkan tali pancing milik pemancing dengan mudah, memaksa joran aksi berat anda menerima tekanan berterusan, kemudian pemancing itu sendiri terpaksa minta bantuan, setelah tidak mampu lagi menangani berseorangan.
Para pemancing perlu ketahanan fizikal supaya dapat menyerap asakan solid ikan aya irip kuning ini. Malah ia diiktiraf sebagai salah seekor ikan gamefish paling popular buat kaki pancing. Sesetengah ikan ini boleh dikesan dengan kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba dan juga burung camar.
Apabila berjumpa fenomena ikan lumba-lumba berebut makanan di permukaan air, burung camar menujah dari atas ke dalam air manakala pada masa yang sama juga ikan-ikan aya akan menyerang mangsa dari bawah.
Ketiga-tiga pemburu ini mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain mengekori pergerakan anak ikan terutama bilis. Mereka berkongsi habuan hasil tanpa permusuhan di kalangan spesies ini.
Teknik Dan Umpan
Teknik hanyut, menunda dan pertengahan air paling mujarab memburu ikan aya kuning sesuai dengan sifatnya berlegar di pertengahan dan permukaan air. Usah dihulurkan umpan anda hingga dasar yang dalam. Jika ditinjau di beberapa kawasan tumpuan dunia memancing aya sirip kuning, setiapnya mengamalkan teknik pancing yang berbeza.
Teknik tradisional masih diamalkan secara meluas bagi tujuan komersial. Cara moden pula melibatkan kos tinggi dan kebanyakannya dipelopori oleh pemancing profesional dan pemancing bangsawan sahaja.
Jika diperhatikan cara tempatan dengan nelayan Maldives pula, saya rasa cara Maldives lebih senang dan mudah. Tangsi tidak perlu panjang hanya 7 hingga 15 kaki berbanding nelayan kita mengunakan satu gelung tangsi sama.
Cara mereka memanggil ikan datang rapat ke permukaan dan merembat terus ikan ke permukaan manakala cara tempatan pula menunggu ikan sama ada pertengahan dan permukaan air serta melayan dengan berhati-hati ketika bertarung dengan ikan.
Aya sirip kuning adalah sejenis ikan memburu secara berkumpulan. Mangsanya terdiri dari ikan-ikan pelagik juga turut sama mendiami kawasan laut dalam. Selain itu spesies aya lebih kecil juga sebahagian dari dietnya. Yang lain termasuklah sotong dan krustasia tapi sotong lebih banyak terutama ketika musimnya.
Selain dari itu ia mudah ditipu dengan pergerakan bulu putih (bulu itik) itik dan jig. Setengahnya menyambar kedua-dua umpan tiruan ini ketika perebutan mendapat makanan berlaku.
Peralatan pancing
Apakah peralatan pancing paling sesuai untuk ikan berskala purata 2 meter panjang dan berat hampir 100 kg berat? Selain menggunakan koyan berskala tangsi 200 lb?
Berhadapan dengan pecutan tiba-tiba, henjutan seluruh joran dan tekanan sepanjang masa membuatkan rami terfikir, ‘buat apa susah-susah pancing ikan terlalu besar… dapat pun susah sangat nak naikkan. Baik cari yang table size lagi bagus buat lauk!”
Bayangkan, bila anda mengetat habis sistem tegangan kekili atau drag, tapi tangsi masih ditarik keluar! Ketika inilah sesetengah pemancing terfikir betapa kerdilnya mesin tersebut berbanding dengan kekuatan ikan aya sirip kuning. Kekuatan ikan aya sirip kuning ketika merembat mata pancing tidak lama, sebelum ia lemah.
Aya sirip kuning akan bergegas melarikan tali pancing sebaik sahaja menelan umpan. Ketika membuat sentapan balas, ia akan menujah ke kawasan lebih dalam, bertahan sehingga ia letih. Setelah Puas ia mengeluarkan tangsi pemancing barulah ia mengikut arah masuk tangsi pula, ketika ini ia mudah dipujuk rapat ke arah bot sebelum ditewaskan.
Peralatan tugas berat seperti Penn International 50 SW, Shimano Tiagra , Shimano 50 TLD maupun Alutechnos, Accurate BOSS adalah kelas utama untuk bermain dengan speises aya ini.
Peralatan ini perlu mampu menyimpan tangsi yang panjang kekuatan minimum 50 paun mono atau 100 paun tali sulam. Perambut disyorkan adalah jenis clear minimum 70 paun. Saya biasa mengunakan perambut Berkley Big Game Leader 60 paun, 100 paun dan 150 paun.
Mata kail pula haruslah dari 6/0 hingga 12/0 yang kuat serta tajam. Jika berhajat 50 kg ke atas pemilihan mata kail dan perambut perlu diteliti dengan tepat. Anehnya nelayan luar masih ada mengunakan mata berskala 1/0, tetapi ia mampu mendaratkan specimen hampir lebih dari 50 kg. Tiada mustahil jika ada keyakinan tapi letihlah sikit sambil melayan dan berharap agar mata kail tidak patah atau lurus!.
Selain itu tali pinggang (fighting belt) dan penahan perut sekali (hardness) perlu disediakan sebagai alatan sampingan. Ada masa kita perlukan ia apabila bot yang disewa terutama bot nelayan tidak dilengkapi peralatan sampingan ini.
Akhir sekali ketahanan mental, fizikal dan isi poket amat diperlukan memandangkan belanja untuk mendakap spesies ini bukanlah murah.
Memandangkan ramai sahabat yang bertanya cara untuk casting di tebing berbatu, saya nak share sikit tips dan info. Semoga menjadi panduan.
Ikan Sasaran
Sebelum memulakan trip pastikan ikan apa yang nak disasarkan supaya senang nak setup peralatan memancing. Contohnya; kalau nak target GT, talang, barracuda dan spesies pemangsa yang menyambar bolehlah siapkan set pancing yang kasar dan gewang permukaan seperti popper dan pencil. Sinking minnow dan micro jig pun ok. Untuk ikan dasar macam kerapu, jenahak dan MJ boleh guna soft plastic dan gewang selam dasar.
Tempoh Pasang Surut
Lain tempat lain cara. Ini yang selalu terjadi… bila orang ni pergi, dapat ikan banyak tapi bila orang lain pergi tak dapat ikan pulak. Okey… nak terangkan sikit. Saya akan pergi 2-3 kali di sesuatu spot untuk betul-betul paham waktu ikan makan di situ. Ada yang frenzy waktu air pasang dan sebaliknya.
Pastikan sentiasa meneliti jadual pasang surut sebelum memulakan trip. Jangan cakap ikan takde kalau kumpau. Laut tu memang tempat dia duduk.Cuma waktu makan dia je kita nak kena paham.
Gewang Pilihan
Tiada istilah gewang ‘killer’. Mahal ke murah ikan bukan tau pun. Cuma kita je yang nak kena paham apa yang ikan nak makan masa tu. Warna, bentuk dan jenis teknik. Itu semua caster sendiri yang kena pelbagaikan. Jangan malas tukar gewang.
Cara karauan pun memainkan peranan. Bukan baling tarik je. Pelbagaikan cara. Karau laju ke, jerk atau karau henti, lepas tu karau balik. Ikan follow gewang tapi tak nak ambik itu perkara biasa. Masa tu kita kena ubah cara karauan dan pelbagaikan teknik sampai la ikan tu tergoda. Yang penting kena rajin dan jangan cepat putus asa.
Set Pancing
Bila menebing di laut ni saya suka pakai rod, reel, tali dan perambut kasar.Sebabnya saya sayang ikan dan gewang. Rugi kalau tali putus ikan terlepas. Ikan sedap pulak tu. Memang boleh nak pakai set kecik tapi pastikan dulu kawasan di sekeliling.
Cari tempat yang airnya dalam, tiada batu-batu timbul. Barulah boleh layan kalau kena ikan besar. Perambut 100% flurocarbon juga penting. Mahal sikit takpe asalkan lasak dan ikan pun tak berapa nampak.
Keselamatan
Pastikan kasut sesuai. Hand glove penting untuk lindung tapak tangan masa nak panjat batu. Dan jangan tinggal kawan. Pastikan sentiasa berteman dan jangan terlalu teruja. Bila berteman macam manfaat boleh dapat. Mana la tau terjatuh ke apa ke… ada la member yang boleh bantu. Kalau dapat hasil pun member boleh ambilkan gambar.
Esok ada trip, malamnya tak boleh nak tidur. Itu situasi normal. Tak perlu la terlalu beria sangat. Rehat tu penting. Bila tak cukup tidur tu yang jadi mental. Gewang sangkut marah batu, tali kusut marah tali, member dapat ikan pun muka ketat je. Bila dah macam tu hilang la keseronokan.
Percaya Pada Rezeki
Bila dah cuba sedaya upaya tapi masih kumpau anggap saja tak ada rezeki sebab rezeki tu Tuhan yang tentukan. Orang memancing di kolam berbayar pun kekadang kumpau sedangkan dalam tu dah terang-terang banyak ikan. Dan kalau ada rezeki lebih tu bagi la sikit kat member yang kumpau. Pergi sama-sama apa salah hasil bagi sikit sorang. Barulah datang seronoknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...