Masukkan 1kg dedak 929 dan 300gm dedak 989 ke dalam bekas bancuhan umpan. Gaul dedak-dedak ini sehingga sekata dengan sempurna.
Campurkan pula sepaket serbuk NS Power pandan dan gaul sehingga ia sebati dan sekata.
Gaul bahan tadi dengan sedikit air. Memadai kesemua bahan diserap air dan berkeadaan lembab saja. Biarkan sebati seketika.
Ads
Tuang minyak udang 30-50ml ke atas bancuhan dedak. Gaul minyak rohu dan bancuhan dedak hingga sekata.
Dedak yang sudah dilembabkan membolehkan minyak rohu meresap lebih meluas. Seterusnya boleh ditambah air untuk mendapatkan adunan yang sesuai dikepal pada spring perambut mata rohu.
Ads
Tip tambahan
Buat rumah sebelum memancing. Maknanya, lontar kepalan dedak yang dibancuh tadi ke kawasan yang dipercayai laluan utama ikan rohu sebelum melontar umpan bermata kail. Umpan rasuah ini akan memainkan penarik ikan rohu berlegar di kawasan umpan rasuah.
Basahkan juga roti dadu atau pelet yang dicangkuk pada mata kail bom dengan minyak udang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing bebulus tidak memerlukan set pancing khusus. Memadai joran aksi ringan dengan tindakan hujung yang sensitif amat sesuai memancing bebulus. Kekili adalah jenis ringan untuk tali berkuatan maksimum atau yang disyorkan sehingga 15 paun sudah memadai.
Guna tali berkekuatan maksimun 10 Ib atau ke bawah adalah disyorkan supaya kesan ikan merembat umpan lebih dapat dirasai. Mata kail jenis tajam dan kecil seperti mata udang no.7 hingga no 10 adalah sesuai untuk mulutnya yang kecil.
Pemberat hendaklah sesuai dengan kelajuan arus (jika ada) atau sekadar untuk melabuhkan umpan ke dasar. Perambut pendek lebih sesuai iaitu kira-kira sejengkal dari pemberat sama ada menggunakan satu mata atau dua mata. Perambut yang pendek bertujuan untuk senang membalas serta mengelakkan umpan dihanyutkan arus ke atas.
Umpan hendaklah dipotong kecil sekadar memuatkan mata kail. Jika menggunakan udang mati, buang kulit luar yang keras dan gunakan isi sahaja. Saya pernah mengikuti rakan memancing bebulus di kawasan pantai Port Dickson. Masa yang paling sesuai memancing bebulus di kawasan pantai tersebut ialah ketika air surut. Teknik memancing agak mudah di mana joran buluh/ bemban digunakan dengan tali asas yang sama panjang dengan joran tanpa pemberat.
Umpan
Umpan pula ialah perumpun pantai yang dicari menggunakan air ikan mati. Umpun-umpun jenis ini akan keluar ke permukaan apabila terbau makanan. Kecekapan mencengkam perumpun dengan tangan adalah penentu kepada kejayaan memperolehi umpan yang cukup.
Kawasan yang biasa dikunjungi oleh pemancing bebulus ketika air surut ialah di perairan yang sedalam paras lutut dan mempunyai sedikit tompokan batu karang di sekitar serta kawasan berbeting. Bebulus juga boleh dijadikan umpan untuk memancing pari.
Hanya mereka yang pandai memasak sahaja yang boleh beritahu kepada kita macam mana hendak menambahkan lagi keenakan daging halus bebulus. Ramai yang suka stim bebulus walaupun ianya bersaiz kecil dan goreng bercili sehingga garing sampai ketulang sudah cukup sekiranya anda bukan tukang masak yang pandai.
Aji-aji besar tidak bermasalah untuk menelan seekor ikan hidup sebesar kembung dan boleh menekan dengan erti kata lain melenturkan joran pemancing sehingga ketahap maksimum.
Pasti ketika ini drag sudah mengambil alih tugas mengurangkan bebanan yang dipikul oleh joran jika pemancing sudah set sistem tegangan pada tahap sesuai.
Bayangkan masa ini lengan yang menggenggam joran sudah mula timbul urat, tangan sudah kental, manik-manik kecil hasil biasan pantulan cahaya matahari menandakan ia mula berpeluh. Ada sesetengah kaki pancing berkata masa inilah dikatakan kemuncak kepuasan memancing.
Selaras dengan keupayaan ia menyelam setiap lapisan air maka jangan harap ia keluar pelampung apabila berjaya dipam naik dari dasar hingga permukaan. Bahkan di permukaan ia boleh memberi saingan lebih dari yang diterima oleh pemancing ketika ia masih di dasar.
Dari permukaan ia boleh menerjah masuk semula ke bawah permukaan air tanpa banyak halangan. Dengan kata lain jika kekuatan yang dimilikinya tidak dipadankan dengan peralatan seimbang, aji-aji boleh buli kita dan datang dan pergi menarik tali keluar sesuka hati.
Umpan, Peralatan Dan Teknik
Sesuai dengan sifat aji-aji yang mendiami pada pelbagai tahap kedalaman air, teknik persembahan yang terbaik di pertengahan air. Selain dengan teknik dasar, pertengahan dan hanyut, ia boleh dipujuk dengan gewang besi seperti metal jig melalui teknik jigging pantas atau perlahan.
Aji-aji banyak bermain di pertengahan air dan ke dasar untuk memburu makanan. Melihat saiz aji-aji yang berada di laut kita, hirisan umpan ikan mati sudah memadai. Banyak rekod tangkapan di Semenanjung adalah bawah 1 kg jelas menunjukkan persembahan umpan ikan hidup dianggap kurang sesuai kecuali untuk spesies aji-aji jalur kuning di kepala memiliki saiz pembesaran berkali ganda berbanding aji-aji di negara ini.
Untuk aji-aji kecil bawah 3 kg kombinasi peralatan sekitar 20lb sudah memadai, namun untuk spesimen yang lebih power adalah lebih baik padankan set kekili dan joran yang sesuai.
Set pancing kksi berat sememangnya diperlukan untuk bertarung dengan ikan bersaiz gergasi. Aji-aji tidak dinafikan salah satu spesies gamefish yang sukar ditumbangkan dalam masa singkat. Perhatikan kaki jigging beradu tenaga dengan bapak aji-aji.
Kini, aji-aji menjadi spesies sasaran kaki-kaki jigging perlahan yang bertandang ke perairan Borneo. Sama ada di perairan Sabah atau Sarawak, kepuasan mendaratkan aji-aji bersaiz monster jauh lebih bernilai berbanding menaikkan ruby snapper.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...