Ikan kuku mempunyai diet pemakanan yang cukup unik. Dari krustasia kecil, moluska, anak ikan sehingga ketulan daging ayam, roti dan tepung yang diuli. Dari segi rangkaian makanan saya berpendapat ketam angin adalah kegemaran utama kuku diikuti anak udang ketak, udang pasir berkulit keras, anak ikan, perumpun dan sebagainya.
Pengunaan isi ayam goreng, capati atau roti canai separa masak, tepung yang diuli sebagai umpan kini menjadi kemestian memandangkan tidak banyak ikan-ikan muara lain mengemarinya. Atas dasar ini kadar sentapan ikan kuku lebih besar di sebabkan ikan-ikan lain jarang mengacau jenis umpan makanan darat ini.
Roti canai dan tepung saya pernah mencubanya tetapi isi ayam goreng belum lagi. Seeloknya umpan jenis digunakan semasa banyak ikan lain datang mengacau umpan.
Di Australia, pengunaan soft plastic begitu meluas untuk menjerat spesies ikan bream. Soft plastic berupa anak udang dan cacing laut menjadi pilihan kebanyakan pemancing di Australian ini. Ia jarang diamalkan di negara kita memadangkan sukar bagi pemancing mengesan spot utama kuku kerana kehadirannya berkait rapat dengan musim.
Ketam Kecil
Ketam batu, ketam angin atau ketam Rumput dikatakan paling mujarab malah mampu menarik perhatian siakap merah. Umpan ketam dicangkukkan dari bahagian bawah hingga menembusi kulit atas. Sebaiknya ketam hidup.
Roti sandwich
Umpan roti juga boleh digunakan. Biasanya menggunakan roti Gardenia yang dikepal kecil-kecil sebelum dicangkukkan. Roti Gardenia butterscotch dikatakan lebih berkesan kerana memiliki aroma mentega.
Udang hidup
Udang hidup agak jarang digunakan untuk memancing kuku namun tidak mustahil menaikkan kuku bersaiz besar. Gunakan udang bersaiz kecil anak jari.
Roti canai
Roti canai antara umpan kuku popular di Terengganu. Roti canai yang dimasak separuh dikatakan paling baik dibuat umpan.
Ayam goreng
Ayam goreng sama ada digoreng sendiri dengan minyak yang telah digunakan atau menggunakan ayam goreng KFC. Cangkukkan sahaja cebisan isi ayam goreng sebagai umpan.
Umpan tepung
Umpan campuran tepung biasanya digunakan oleh pemancing yang telah lama memancing kuku. Campuran tepung yang diuli dengan pelbagai resepi menjadi umpan rahsia untuk memancing kuku.
Sate ayam
Sate ayam merupakan satu lagi alternative pilihan kaki pancing untuk menjerat spesies ini. Ada sesetengah pemancing menggunakan sate tongkeng ayam kerana bahagian ini lebih berlemak dan mengeluarkan minyak untuk dikesan oleh kuku.
Teritip
Teritip merupakan makanan asasi bagi ikan kuku. Tengok sajalah bagaimana rupa gigi ikan kuku. Untuk menggunakan umpan ini sebaiknya dikupas kulit dan diambil isinya.
Udang ketak
Tentu saja ia merupakan umpan kegemaran ikan kuku tetapi untuk mencari anak udang ketak yang bersaiz sebesar ibu jari bukannya mudah.
Umpan terbaik untuk memancing ikan sasaran di sesuatu lubuk adalah umpan yang terdapat di lubuk itu sendiri. Sekiranya di lubuk tersebut banyak terdapat ikan seluang maka gunalah anak seluang tersebut untuk dijadikan umpan.
Langkah 1
Usahakan cari sesuatu untuk menyauk anak-anak ikan seluang yang terdapat di tepi sungai atau tali-tali air.
Langkah 2
Beginilah rupa anak ikan seluang. Penting untuk mengenal pasti ia adalah spesies ikan seluang bukannya spesies lain yang kurang digemari oleh ikan pemangsa seperti belida atau baung.
Langkah 3
Pegang anak ikan seluang dengan kemas dan cangkukkan anak ikan seluang ini dari bahagian kepala hingga ke ekor.
Langkah 4
Beginilah keadaan anak seluang yang telah dicucukan mata kail untuk dijadikan umpan belida atau apa sahaja pemangsa yang ada.
Kewujudan umpan-umpan segera atau perisa untuk memancing ikan air tawar khususnya patin kebelakangan ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Antaranya ialah produk umpan/perisa dengan nama MyePescado. Selain pes perisa, MyePescado turut menghasilkan minyak berperisa durian serta nangka.
Setting umpan yang dipersembahkan oleh Iddrene Angelina ini menggunakan pes dan minyak untuk memancing patin.
Bahan-Bahan:
Pes pandan MyePescado
Minyak tepung Nangka MyePescado
Esen nenas Star Brand
Cara-Cara Setting Umpan:
LANGKAH 1
Potong kiub roti sandwic terlebih dahulu. Kemudian masukkan kiub roti ke dalam bekas bancuhan bertutup.
LANGKAH 2
Ambil 2 penutup botol pes pandan MyePescado dan renjiskan ia pada dinding bahagian dalam bekas bancuhan. Sebaiknya biarkan ia mengenainya hampir kesemua bahagian dinding tersebut.
LANGKAH 3
Ambil pula 2 penutup minyak tepung nangka MyePescado dan lakukan perkara yang sama sebagaimana pen pandan tadi.
LANGKAH 4
Seterusnya ambil 1 penutup esen nenas Star Brand dan lakukan perkara yang sama.
LANGKAH 5
Tutup bekas bancuhan dan goncang agar kiub-kiub roti terpalit dengan pes, minyak dan esen dengan sekata.
LANGKAH 6
Umpan sudah boleh digunakan untuk memancing patin. Terlebih dahulu cucuk roti kiub pada mata kail (inti).
LANGKAH 7
Seterusnya kepalkan kiub roti pada bahagian inti dengan anggaran kepalan sebesar penumbuk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...