Barang pancing yang telah digunakan sama ada di sungai atau laut, jangan dibiarkan begitu saja seperti melonggok baju dalam bakul. Sebaik-baiknya jangan tunggu lama, sampai sahaja di rumah, curi sedikit masa sewaktu dengan mencuci peralatan berkenaan.

 

Berikut langkah-langkah selenggara yang perlu dilakukan.

 

Bersih dan cuci

Tidak kira jika korang baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci joran dan kekili lain dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta. Sebaiknya juga elakkan dari menggunakan sabun pencuci.

 

Tip Memanjangkan Usia Equipment Pancing

 

Ketatkan drag kekili

Pastikan drag kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.

 

IKLAN

Minyak pelincir

Biarkan kekili seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ia telah kering, gunakan minyak pelincir kekili, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit. Elakkan dari menggunakan minyak gris.

 

Tip Memanjangkan Usia Equipment Pancing

 

Longgarkan drag

Longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.

 

Joran

IKLAN

Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang (handle) dan juga setiap cincin. Amat penting proses ini dilakukan selepas memancing di perairan air masin.

 

Tip Memanjangkan Usia Equipment Pancing

 

Pisah set pancing

Sebaiknya pisahkan kekili dari joran sekiranya anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang lama. Jangan biarkan set tersebut tersandar pada dinding atau menggantungnya.

 

Gewang

IKLAN

Bagi kaki casting pula sebaiknya masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.

 

Tip Memanjangkan Usia Equipment Pancing

 

Anti karat

Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.

 

Cara menyimpan

Sila simpan di tempat yang sesuai untuk semua alatan pancing anda. Sediakan satu sudut khas di dalam rumah anda dan kemas semua perkakasan memancing di dalam kotak.

 

Tip Memanjangkan Usia Equipment Pancing

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI