Memang rugi kalau bertandang ke CWS tapi tidak memancing. Memancing saja tapi tak tau umpan atau teknik yang betul pun rugi jugak sebab tak dapat nak rasa strike. Jadi kami perturunkan sedikit ilmu yang kami perolehi ketika bertandang ke CWS ini.
Sekiranya nak strike ikan peacock bass atau PB, spin fly paling popular digunakan di sini. Hasilnya memang terbukti mencakup berbanding gewang-gewang lain. Tapi kalau nak lagi power, boleh saja bawak anak ikan kap atau pimpim. Memang laju PB mengejar umpan anak ikan.
Ads
Sewa bot untuk dapatkan PB bersaiz besar. Dengan bot kita boleh meneroka lebih banyak lubuk yang ada dan boleh mengejar ‘boiling’. Putih mata jawabnya bila menebing dan tengok ikan boiling nun jauh di tengah lubuk.
Kawasan pelantar yang menjadi tempat simpanan bot dan belakang gelanggang tenis menjadi antara tempat terbaik memburu PB bersaiz kasar jika memancing secara landbase. Kawasan yang dilitupi teratai menjadi port terbaik memburu haruan dan toman.
Ads
Jika ingin memancing atau memburu rohu, jelawat dan temoleh… korang boleh layan di balkoni resort sahaja. Sediakan umpan terbaik memburu spesies ini seperti dedak, palet atau hirisan sawit.
Mata kail merupakan antara alatan mesti ada dalam aktiviti memancing. Seperti sedia maklum, untuk mendaratkan ikan, kepelbagaian teknik memancing adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu mencangkukkan mata kail pada mulut ikan. Terdapat juga teknik memancing yang mensasarkan mata kail dicangkuk pada badan ikan.
Dalam dunia memancing, terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Reka bentuk, saiz dan material mata kail pula adalah pelbagai dan bergantung kepada tujuan penggunaan mata kail tersebut.
Kepelbagaian ini merangkumi daripada mata kail pelbagai guna hinggalah kepada rekaan untuk penggunaan khusus. Mata kail direka untuk memegang umpan samada hidup, mati atau tiruan.
Fasa Penggunaan Mata Kail
Penggunaan mata kail mungkin telah bermula beribu-ribu tahun dahulu. Antara mata kail terawal yang direkodkan ialah dari Palestin sekitar 7000 tahun lampau. Pada tahun 2011, ahli arkeologi menemui telah menemui artifak mata kail di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16 000 – 23 000 tahun yang lalu.
Sejarah merekodkan rekaan mata kail diperbuat daripada berbagai jenis material. Ini termasuklah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga, besi hinggalah kepada material yang digunakan sekarang.
Ketika lewat 50-an, masyarakat Norway masih menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan Burbot. Mata kail daripada keluli mula membuat kemunculan di Eropah sekitar kurun ke-17 dan pembuatannya memerlukan kepakaran.
Mata Kail Tunggal, Berkembar dan Mata Tiga
Mata kail biasanya direka samada jenis bermata tunggal – mempunyai satu cangkuk; berkembar – mempunyai dua cangkuk; atau mata tiga – mempunyai tiga cangkuk. Jenis berkembar biasanya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta merupakan mata kail tradisional flyfishing bagi Atlantik Salmon flies. Jenis mata tiga pula digunakan bagi kebanyakan umpan tiruan serta umpan lain yang sesuai.
Mata Kail Untuk Umpan Pasif dan Nama
Mata kail untuk umpan pasif merupakan jenis mata kail yang biasa kita lihat. Jika anda perhatikan lebih teliti, rekaan mata kail ini masih mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.
Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan lain-lain. Masing-masing direka khas dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk diaplikasikan pada situasi tertentu.
Mata Kail Fly dan Nama
Mata kail bagi flyfishing biasanya lebih kecil. Mata kail jenis ini dinamakan flies dan mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan berwarna warni pada mata kail. Rekaan flies biasanya menggunakan serangga sebagai pengaruh rekabentuk dan idea.
Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Viking, Keel, Kendal, Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, Model Perfect dan lain-lain
Duri Pandan
Istilah duri pandan atau barb merujuk kepada cangkuk atau duri halus di bahagian bawah mata cangkuk. Kebanyakan rekaan mata kail mempunyai duri pandan. Duri pandan bertujuan agar ikan tidak mudah terlepas setelah tercangkuk. Namun penggunaan duri pandan juga boleh memudaratkan ikan dalam sesetengah situasi.
Setelah sekian lama ruby snapper dipancing dengan teknik konvensional iaitu pancingan dasar, dengan kemunculan teknik jigging perlahan, ia sama sekali merubah warna pancingan ruby snapper.
Selain teknik dasar atau bottom fishing, ikan ruby snapper juga boleh dipancing dengan aplikasi jigging atau lebih tepat lagi menerusi teknik jigging perlahan. Malah melalui teknik jigging inilah, spesies dasar ini menjadi popular dalam masa singkat dan hampir semua pemancing mahu mencubanya.
Dengan kaedah ini pemancing harus menggunakan metal jig yang berukuran besar antara 300 gram hingga 600 gm. Mengunjun jig seberat 300 gm di padang pancing kedalaman 200 hingga 400 meter bukanlah satu usaha yang ringan.
Belanja peralatan untuk jigging ruby snapper juga bukan kecil. Tapi saat kita berhasil strike, kepuasannya akan sangat luar biasa, itulah salah satu sensasi memancing dengan teknik jigging.
Sensasi ini bermula saat kita menurunkan metal jig, pastikan jig kita sampai menyentuh dasar karang, kemudian karau atau pitch dengan berlahan karena ikan ruby pergerakannya sangat lambat saat menyambar umpan, dibandingkan dengan jenis amberjack atau dogtooth.
Kemudian (setelah karau perlahan) dengan anggaran metal jig sampai pada kedalaman 10 meter atau 20 meter dari dasar laut, kemudian kita turunkan kembali dan begitu seterusnya, sampai kita berhasil mendapatkan sambaran.
Ketika slow jigging masih baru diperkenalkan, jigging ruby snapper ini dianggap satu aplikasi membunuh diri. Memadai memperoleh seekor sahaja ruby walaupun berskala saiz 2-3 kg sahaja pun, ia memerah kudrat dan keringat untuk mengepamnya ke permukaan dari kedalaman 200 meter.
Hari ini, dengan peralatan pancing yang semakin efisien untuk jigging laut dalam seperti memburu ruby snapper ini, sensasi yang dirasai dan kepuasan amat sangat setelah mendakap ruby snapper itu membuatkan aplikasi jigging ruby snapper ini menjadi fenomena besar dalam industri perikanan rekreasi tanah air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...