Mata kail merupakan antara alatan mesti ada dalam aktiviti memancing. Seperti sedia maklum, untuk mendaratkan ikan, kepelbagaian teknik memancing adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu mencangkukkan mata kail pada mulut ikan. Terdapat juga teknik memancing yang mensasarkan mata kail dicangkuk pada badan ikan.

Dalam dunia memancing, terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Reka bentuk, saiz dan material mata kail pula adalah pelbagai dan bergantung kepada tujuan penggunaan mata kail tersebut.

Kepelbagaian ini merangkumi daripada mata kail pelbagai guna hinggalah kepada rekaan untuk penggunaan khusus. Mata kail direka untuk memegang umpan samada hidup, mati atau tiruan.

Sejarah Penggunaan Mata Kail
Rekaan mata kail biasanya direka khas bagi tujuan situasi tertentu agar dapat berfungsi pada tahap optimum.

Fasa Penggunaan Mata Kail

Penggunaan mata kail mungkin telah bermula beribu-ribu tahun dahulu. Antara mata kail terawal yang direkodkan ialah dari Palestin sekitar 7000 tahun lampau. Pada tahun 2011, ahli arkeologi menemui telah menemui artifak mata kail di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16 000 – 23 000 tahun yang lalu.

Sejarah Penggunaan Mata Kail
Artifak mata kail yang ditemui di Timor Leste.

Sejarah merekodkan rekaan mata kail diperbuat daripada berbagai jenis material. Ini termasuklah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga, besi hinggalah kepada material yang digunakan sekarang.

IKLAN

Ketika lewat 50-an, masyarakat Norway masih menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan Burbot. Mata kail daripada keluli mula membuat kemunculan di Eropah sekitar kurun ke-17 dan pembuatannya memerlukan kepakaran.

Mata Kail Tunggal, Berkembar dan Mata Tiga

Mata kail biasanya direka samada jenis bermata tunggal – mempunyai satu cangkuk; berkembar – mempunyai dua cangkuk; atau mata tiga – mempunyai tiga cangkuk. Jenis berkembar biasanya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta merupakan mata kail tradisional fly fishing bagi Atlantik Salmon flies. Jenis mata tiga pula digunakan bagi kebanyakan umpan tiruan serta umpan lain yang sesuai.

Sejarah Penggunaan Mata Kail
mata tiga atau treble hooks

Mata Kail Untuk Umpan Pasif dan Nama

IKLAN

Mata kail untuk umpan pasif merupakan jenis mata kail yang biasa kita lihat. Jika anda perhatikan lebih teliti, rekaan mata kail ini masih mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.

Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan lain-lain. Masing-masing direka khas dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk diaplikasikan pada situasi tertentu.

Sejarah Penggunaan Mata Kail

IKLAN

Mata Kail Fly dan Nama

Mata kail bagi fly fishing biasanya lebih kecil. Mata kail jenis ini dinamakan flies dan mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan berwarna warni pada mata kail. Rekaan flies biasanya menggunakan serangga sebagai pengaruh rekabentuk dan idea.

Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Viking, Keel, Kendal, Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, Model Perfect dan lain-lain

Sejarah Penggunaan Mata Kail

Duri Pandan

Istilah duri pandan atau barb merujuk kepada cangkuk atau duri halus di bahagian bawah mata cangkuk. Kebanyakan rekaan mata kail mempunyai duri pandan. Duri pandan bertujuan agar ikan tidak mudah terlepas setelah tercangkuk. Namun penggunaan duri pandan juga boleh memudaratkan ikan dalam sesetengah situasi.

Sejarah Penggunaan Mata Kail
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI