Memasuki musim tengkujuh ni banyak kejadian kilat dan ribut petir berlaku. Namun bagi pemancing yang tidak pernah mengira musim apa, aktiviti memancing tetap diteruskan seperti biasa.

 

Walau bagaimana pun aspek keselamatan jangan diketepikan. Ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan ketika kejadian kilat dan ribut petir ini.

 

Sebelum ribut

 

  • Semak dahulu ramalan cuaca sebelum keluar jika tempoh berada di luar agak panjang.

 

  • Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada.

 

  • Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan berlaku.

 

 

 

Ketika ribut petir

 

  • Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil.

 

  • Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap

 

  • Keluar dari bot dan jauhi kawasan berair.

 

  • Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik. Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.

 

  • Jangan mandi! Mandi hujan ketika ribut petir di kawasan terbuka samalah seperti menyerah diri untuk disambar kilat dan petir.

 

  • Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.

 

  • Jika memandu di lebuh raya atau jejantas, berwaspada dengan angin kencang.

 

  • Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.

 

  • Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung

 

  • Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan pagar.

 

  • Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah.

 

  • Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah.

 

  • Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan segera dapatkan tempat berlindung.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI