Soalan:

Bila bercakap pasal haruan, mesti dikaitkan dengan umpan katak (katak betul). Kenapa? Kenapa mesti guna katak kalau nak pancing haruan?

Ada tak umpan lain untuk pancing haruan selain katak?

 

Jawapan:

Tidak dinafikan katak adalah umpan paling sinonim untuk memancing haruan. Malah katak dikatakan umpan paling efektif untuk menjerat spesies snakehead ini.

Namun, tidaklah bermakna katak merupakan diet utama haruan. Sebagaimana dinyatakan dalam ruangan Info Spesies bagi haruan, katak bukanlah diet utama haruan.

IKLAN

 

Sebaliknya hanya makanan sampingan sebagaimana serangga atau haiwan-haiwan akuatik lainnya.

Sebaliknya, katak ini lebih mudah ditemui oleh pemancing untuk digunakan sebagai umpan berbanding diet utama haruan.

 

Oleh yang demikian selain katak, haruan juga boleh dipancing dengan menggunakan kaedah umpan hidup yang lain seperti cicak, belalang, anak ikan, udang dan cacing.

IKLAN

 

Bagi pemancing yang gemarkan kaedah casting, katak adalah umpan terbaik dan paling sesuai untuk kaedah baling tarik atau casting.

Bagi teknik yang sama, cicak boleh digunakan bagi menggantikan katak. Begitu juga dengan anak ikan hidup atau segar.

 

IKLAN

Tetapi haruan sebenarnya boleh juga ditipu dan dipancing dengan menggunakan umpan tiruan, sama ada gewang berbentuk ikan, katak plastik, soft plastic, spinner atau janggut.

Di pasaran ketika ini, alat ini boleh diperolehi dengan mudah. Cuma terdapat beberapa kekangan seperti gewang tidak boleh digunakan di kawasan berumput kerana mata kailnya akan tersangkut.

 

Begitu juga dengan janggut kerana kipas pemutarnya tidak boleh berpusing. Adalah terbaik jika anda gunakan katak plastik yang memiliki mata kail tersorok (kalis sangkut) di dalam badannya.

Selain ia berbentuk lebih mirip katak sebenar ia juga sesuai di baling di kawasan yang memiliki rumpai yang tebal.

Tetapi sebagai persediaan, anda boleh bolehlah memiliki semua jenis umpan tiruan seperti yang disebutkan tadi kerana lain tempat, berbeza umpan dan potensinya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI