Sambungkan tali tangsi kepada botol minuman dengan cara mengikat salah satu hujung tali tangsi pada botol dengan apa saja cara ikatan yang anda gemari. Yang penting ikatan tersebut harus kuat dan kemas.
IKLAN
Pada bahagian hujung tali tangsi satu lagi pula diikatkan mata kail. Apa saja ikatan mata kail boleh dipraktikkan asalkan ia kemas dan kuat.
IKLAN
Kemudian barulah cangkukkan sekeping roti sandwic pada mata kail. Sebaiknya pilihlah roti sandwic yang banyak kandungan susu dan agak liat (macam roti gardenia) kerana ia tidak mudah hancur apabila berada di dalam air.
Setelah itu barulah lontarkannya ke lubuk berpotensi (tempat di mana ikan-ikan selalu timbul dan bermain air).
Lokasi yang bagus ialah di mana arusnya tidak terlalu lemah dan tidak pula terlalu laju. Kemudian pantau dari semasa ke semasa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar. Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.
Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.
Kira-kira 30 spesies dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik. Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat. Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.
Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.
Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda. Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
Buah hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm). Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembab secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Gewang atau umpan tiruan ialah senjata utama bagi peminat pancingan mengilat.
Gewang plug iaitu gewang berbentuk ikan merupakan gewang paling popular di kalangan pengilat spesies ikan tawar. Tiada gewang maka tiadalah aktiviti mengilat.
Dan terdapat sekurang-kurangnya 10 punca yang menyebabkan gewang tiada atau hilang dari kotak simpanan gewang.
➡ TERSANGKUT REBA
Boleh dikatakan peratus paling tinggi punca kehilangan gewang disebabkan ia tersangkut pada objek di dalam air seperti reba.
Tanpa penyelamat gewang dan tidak berani mengambil risiko untuk terjun menyelamatkannya maka terpaksa akan kehilangannya.
➡ TERGANTUNG ATAS POKOK
Situasi hampir sama iaitu tersangkut pada sesuatu objek. Bezanya, gewang ini dapat dilihat tersangkut di atas pokok tetapi tidak dapat untuk diselamatkan atas beberapa sebab tertentu.
Jalan terakhir terpaksalah diputuskan tali pancing dan berharap tiada siapa menemuinya.
➡ TERBANG MELAYANG
Biasanya ia berpunca dari utama tersekat atau terputus yang mengakibatkan gewang yang sedang dilontar terbang melayang jauh.
Nasib untuk menemui gewang kembali masih ada tetapi jika gewang jenis tenggelam maka ia akan menghilang dalam sekelip mata.
➡ DIBAWA LARI PEMANGSA
Ikan toman merupakan pemangsa yang paling banyak mengambil gewang dari pemiliknya.
Kebanyakannya diambil sejurus menyambar gewang tersebut yang mana gigi tajamnya memutuskan leader dan selebihnya dari kudratnya melawan menewaskan peralatan pemancing.
➡ SNAP TERBUKA
Kecuaian tidak mengunci snap atau kili dengan betul juga menjadi punca gewang hilang sejurus pemangsa menyambar gewang.
Ia tidak semestinya dilakukan oleh pemangsa bersaiz kasar kerana haruan bersaiz curut pun mampu melarikan gewang itu dengan mudah.
➡ TERSANGKUT DI DASAR
Biasanya gewang jenis selaman dalam yang menjadi mangsa keadaan. Kesilapan atau mungkin juga kedegilan menggunakan gewang selaman dalam di lubuk yang cetek mendorong gewang tersangkut pada sesuatu objek di permukaan dasar.
➡ KENA CURI
Ada banyak cara bagaimana gewang hilang disebabkan oleh kecurian. Tetapi kecurian yang paling menyakitkan hati adalah apabila ingin menggunakan gewang tersebut barulah sedar ia sudah hilang tanpa disedari dan tiada sebarang petunjuk siapa yang mencurinya.
➡ BERI PINJAM
Selain kedekut berkongsi spot, kebanyakan pengilat juga tidak mudah untuk memberi pinjam gewang apatah lagi jika gewang berstatus rare atau tahyul.
Ia adalah satu jenis kehilangan yang menyakitkan hati apabila diberi pinjam dan si peminjam hilangkannya tanpa rasa bersalah.
➡ BINI MENGAMOK
Jangan kata isteri tidak menyumbang kepada punca kehilangan gewang. Cubalah lebih kerap pergi casting tanpa menghiraukan bebelannya.
Ia bukan tidak mengamok secara fizikal kepada anda tetapi akan menjadikan peralatan memancing termasuklah gewang anda sebagai mangsa amokkannya.
➡ GANTI BALIK
Ia mungkin jarang berlaku tetapi sekiranya anda meminjam gewang member dan menyebabkan gewang tersebut hilang, maka ia perlu diganti balik dengan gewang yang sama.
Ini merupakan punca kehilangan gewang paling adil di antara banyak punca kehilangan gewang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan atau simpulan Uni Knot ini merupakan ikatan simpulan yang paling asas untuk menghubungkan tali pancing atau perambut pada swivel atau mata kail bercincin. Ikatannya agak kuat tetapi tidak sesuai untuk memancing ikan bersaiz monster.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut atau tali utama ke dalam gelung cincin swivel atau mata kail. BUatkan simpulan sehingga terbentuk seperti satu lingkaran. Rujuk di dalam gambar.
Tutorial 2
Kemudian mulakan simpulan dengan lilitan tersebut menindan dua lapisan tali yang terbentuk sebagai lingkaran tadi.
Tutorial 3
Buat kira-kira tiga hingga lima lilitan dan pada lilitan terakhir, masukkan hujung tali ke dalam lingkaran besar yang terbentuk.
Tutorial 4
Tarik hujung tali dalam pada masa yang sama pegang bahagian simpulan lilitan. Setelah jerutan ikan yang agak ketat, tarik pula bagian tali utama agar jerutan simpulan rapat ke bagian gelung cincin.
Tutorial 5
Tarik hingga ketat bahagian hujung tali kemudian potong bahagian lebihan hujung tali. Sebaiknya bakar hujung lebihan tali sebagai stopper agar ikatan tidak terbuka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...