Sambungkan tali tangsi kepada botol minuman dengan cara mengikat salah satu hujung tali tangsi pada botol dengan apa saja cara ikatan yang anda gemari. Yang penting ikatan tersebut harus kuat dan kemas.
Ads
Pada bahagian hujung tali tangsi satu lagi pula diikatkan mata kail. Apa saja ikatan mata kail boleh dipraktikkan asalkan ia kemas dan kuat.
Ads
Kemudian barulah cangkukkan sekeping roti sandwic pada mata kail. Sebaiknya pilihlah roti sandwic yang banyak kandungan susu dan agak liat (macam roti gardenia) kerana ia tidak mudah hancur apabila berada di dalam air.
Tiada yang lebih seronok ketika memancing terutamanya melalui teknik mengilat atau casting selain dari saat ikan menyambar umpan atau gewang yang digunakan. Tambah seronok apabila ikan tersebut berjaya didaratkan. Kadangkala dalam keadaan seronok itu alpa dengan aspek keselamatan. Terutamanya aspek keselamatan mengendalikan ikan.
Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini. Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.
Gunalah gancu, sauk atau lip grip untuk mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil.
Dan jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.
Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai. Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.
Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan. Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
Sekiranya ikan yang diperoleh bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya. Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah.
Tilan boleh dipancing dengan mudah menggunakan pancing dengan mata kail, umpan cacing atau udang, tali tangsi nylon halus dan joran dari batang buluh sahaja. Boleh gunakan tali tangsi 10lb dan batu ladung buatan sendiri yang dibuat menggunakan batu jalan atau batu ladong yang dijual di kedai pancing.
Memancing ikan tilan tidak memerlukan skill hebat seperti memancing ikan lain. Bagaimana pun selalunya pemancing tidak dapat pastikan lubuk ikan tilan secara khusus sebaliknya hanya ‘nasib’ yang menentukan mereka dapat ikan tilan ketika memancing.
Memancing ikan tilan ini tidaklah sesukar mana tidak seperti memancing ikan lampam jawa atau ikan haruan. Memadai mata kail saiz no 10 atau 11, batu ladung saiz 2 atau 3 dan tali tangsi utama 15lb. Batu ladung diikat pada tali utama dan disambungkan ke perambut sepanjang 2 – 2.5 kaki.
Lazimnya jenis umpan yang didakwa paling efektif untuk memancing ikan tilan adalah cacing tanah. Cacing tanah merupakan sejenis umpan global di dalam arena memancing dalam air tawar sesuai juga untuk memancing ikan lain dan udang galah.
Sebaiknya dibiarkan arus air tersebut akan menghanyutkan umpan dan batu ladung tersebut sehingga kedasar atau sehingga ke tebing. Kecekapan seseorang pemancing mencampakkan mata pancing ke lokasi tepat membolehkan ia mudah mendapat ikan. Kemudian apa yang berlaku pemancing perlu menunggu sehingga umpan diragut ikan.
Dalam banyak kes dan pengalaman pada kebiasaannya jika ada anak ikan baung di situ maka ia akan terlebih dahulu menyambar umpan tersebut.
Selain itu ikan seluang sering menyambar mata pancing tetapi jarang mengena kerana ikan ini aktif dan mempunyai mulut yang sangat kecil untuk menelan mata kail. Apabila ada tanda mata pancing sudah diragut ikan maka ia ditarik keatas dan jika terkena ikan tilan maka ia sukar terlepas.
Bergantung kepada kedalaman mata kail ditelan, kalau jauh masuk kedalam perut ikan tilan maka poton sahaja tali tangsinya. Set pancing ringan biasanya sudah cukup berat ikan tilan hanya sekitar 200-300 gram seekor atau mungkin kecil lagi. Kecekapan pemancing untuk memilih lokasi di mana ada banyak ikan tilan bukan satu perkara yang dapat dipastikan.
Ikan tilan adalah jenis yang selalunya akan merentap umpan dan melarikan diri dan membelit pada reba kayu di dasar sungai. Jadi apabila ada terasa tarikan maka strike dan perlu mengarau tali sepantas mungkin. Ini kerana jika dibiar lama juga membuatkan ikan tilan ini akan menelan umpan jauh ke dalam mulut.
Pemancing tegar dan nelayan sungai biasanya menyediakan banyak perambut supaya mereka boleh memutuskan mata kail yang ditelan ikan tilan dan seterusnya memasang perambut yang baru.
Ini adalah kerana ikan tilan akan menggelupur dan cuba memutuskan tali pancing dengan barisan duri yang terdapat sirip di atas badannya. Ikan tilan juga mempunyai sebatang duri yang agak panjang di bawah perutnya untuk putuskan tali pancing.
Ia merupakan bahagian paling atas di mana ia menjadi bahagian utama untuk menghubungkannya dengan tali pancing dengan simpulan atau ikatan-ikatan mata kail. Namun tidak semua mata kail memiliki cincin, sesetengah mata kail bahagian cincin ini diratakan.
Batang teras
Bahagian yang menyambungkan mata ke bingkai mata kail. Setiap mata kail memiliki teras yang berlainan kepanjangannya dan bergantung kepada jenis aplikasi memancing. Sama ada terus panjang atau pendek, penghujungnya semakin cenderung untuk bengkok.
Lengkung
Lengkung atau selekoh di bahagian bawah mata kail yang terdiri daripada pelbagai gaya dan jurang. Bahagian ini adalah tulang belakang mata kail kerana jika diberi tekanan berlebihan akan melurus sekaligus bakal kehilangan ikan yang dipancing.
Jurang
Ia adalah jarak antara hujung bilah mata kail dan teras yang tercipta dari hasil panjangnya lengkung. Jarak jurang itu ditentukan berdasar pada umpan yang digunakan dan lebar rahang spesies sasaran. Untuk lebih jelas, untuk cangkokan sempurna ikan jenis berahang luas memerlukan jurang mata kail yang lebih luas.
Mata jarum
Boleh dikatakan ia bahagian paling penting pada mata kail. Mata jarum yang kuat dan tajam adalah kritikal kerana ia adalah titik pertama di mana ia berhubung dengan ikan. Sekiranya ia gagal menembusi mulut ikan maka ia adalah kegagalan mutlak. Jadi, pastikan mata jarum ini sentiasa tajam.
Duri pandan
Bahagian ini direka untuk memegang ikan yang dipancing apabila mata kail menembusi bahagian mulutnya. Bahagian ini juga menjadi bahagian paling ditakuti oleh pemancing sekiranya mata kail tertancap pada anggota badan sendiri.
Justeru bagi pengamal sukan memancing sejati, mereka akan mematahkan duri pandan atau menggunakan mata kail tanpa duri pandan kerana ia bersifat lebih adil dan mesra kepada pemancing dan juga ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...