Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.
Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.
Ads
Ads
Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.
Umpan untuk memancing pari nyiru tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.
Ads
Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Admin banyak menerima soalan dalam inbox Facebook Majalah Umpan berkenaan umpan yang sesuai untuk memancing di sangkar ikan, kelong dan rumah rakit. Pada awalnya admin ingin beri maklum balas secara langsung di segmen tersebut, tetapi berubah fikiran untuk berkongsi di ruangan ini agar ia dapat disebarkan dengan lebih meluas.
Sama ada port memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan kelong… ketiga-tiga port memancing ini berkongsi perairan yang sama.
Lazimnya ketiga-tiga port memancing ini didirikan di kawasan muara atau persisir laut perairan air masin. Oleh yang demikian, kesemua cadangan umpan terbaik yang admin sediakan ini sesuai digunakan.
Udang (hidup dan mati), umpun-umpun serta apollo merupakan umpan dan barang yang bawa jika memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan juga kelong. Anda juga boleh bawa umpan alternatif lain seperti ikan dan sotong untuk dijadikan umpan potong atau hirisan.
Sama ada udang hidup atau mati merupakan umpan terbaik untuk target ikan gred A atau bersaiz besar.
Boleh dikatakan hampir semua spesies ikan muara atau persisir pantai menjadikan udang sebagai sumber makanan utama. Sebaiknya bawa udang hidup kerana walaupun sudah mati ia masih terbaik untuk dijadikan umpan segar.
Umpun-umpun terutamanya umpun-umpun sarang merupakan umpan terbaik untuk spesies tak bersisik seperti sembilang, duri, ketuka atau pari.
Ikan-ikan ini sememangnya spesies yang sering ditemui di kawasan port memancing ini. Selain itu ikan-ikan gred A juga turut membaham umpun-umpun jika ditemui. Malah admin sendiri pernah menaikkan siakap 6kg menggunakan umpan umpun-umpun sarang di kelong.
Apollo terutamanya bersaiz kecil (4-8) perlu dibawa kerana ia boleh digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis dan tamban.
Kedua-dua ikan ini merupakan umpan terbaik jika digunakan ketika hidup atau masih segar. Malah apollo juga boleh digunakan sebagai teknik perambut.
Dengan meletakkan umpan pada mata kail apollo, anda berpeluang untuk memancing ikan gelama, bebolos, daun baru dan sebagainya.
Jika kita tengok otai-otai surfcaster ni macam senang je diorang cari pari. Bila turun memancing je dapat… turun je dapat. Tapi jangan risau… kami sudah dapat rahsianya. Berikut merupakan panduan yang diberikan oleh otai-otai surfcaster kalau nak target pari.
Ketahui keadaan tempat anda memancing. Jika anda memancing di kawasan landai dan berbeting, cubalah jelajah kawasan tersebut sewaktu air surut. Di sini anda boleh mengenal pasti lopak pari yang biasanya menjadi kawasan pari berkumpul.
Waktu terbaik untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mulai pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air limpas iaitu surut sepenuhnya.
Jarak lontaran jauh bukanlah menjadi faktor utama untuk anda mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga bermain di tepian pantai. Namun ada yang beranggapan lebih jauh anda baling, peluang untuk mendaratkan ikan lebih cerah terutama pada waktu air jalan pasang, iaitu waktu ikan mudik ke tepian.
Apabila pari melarikan tali, anda jangan cuba sedaya upaya melawan kembali tarikan tersebut. Biarkan dan kendurkan sedikit tali joran anda. Jika ada tanda-tanda pergerakan tali bermakna anda mempunyai peluang untuk membuat karauan.
Pari biasanya berpasangan. Jika anda berjaya menaikkan seekor ada kemungkinan untuk anda menaikkan pasangannya. Dan biasanya si betina lebih besar dari jantan.
Seelok-eloknya gunakan gancu untuk membawa naik ikan pari ini ke daratan. Agak bahaya untuk mencekup ikan ini menggunakan tangan kerana faktor sengat di pangkal ekornya yang boleh membawa maut.
Pakai pakaian yang sesuai seperti berlengan panjang, topi dan bercermin mata hitam ketika memancing. Jangan lupa membawa bekalan air secukupnya.
Bawa kerusi khas untuk anda duduk. Sama ada berhampiran joran anda atau duduk di tepi pantai sambil memerhati dan menunggu joran anda mengena ikan.
Lain tempat lain tekniknya. Cubalah bertanya pada mereka yang lebih aris untuk ketahui teknik perambut dan umpan yang sesuai memburu pari di sesuatu kawasan.
Sebagaimana yang diketahui, ikan siakap adalah pemangsa yang biasanya mengendap mangsanya dahulu sebelum menerkam. Mangsa akan disedut masuk ke dalam rahang sebelum ditelan. Ia memiliki keupayaan meludah mangsa jika mengetahui bahaya wujud di sekeliling (sentapan yang terlalu cepat oleh pemancing).
Siakap memiliki deria pendengaran yang sensitif dan peka pada keadaan sekeliling. Biasanya apabila satu kelompok siakap ditemui pada kedalaman 30 hingga 60 kaki di permukaan dasar, ketua keluarga yang paling besar akan datang meninjau dahulu tempat datangnya bunyi, selepas itu yang nombor dua dan seterusnya.
Menyedari bahaya, siakap bertindak menghambur ke udara dan ketika ini ia akan melibas kepala agar tali pancing yang kendur terkena pada pipi tajam umpama pisau cukur. Pipi tajam ini adalah senjata yang ramai pemancing tidak menyedari kelebihan yang dimiliki oleh ikan yang bersisik perak ini.
Ikan belanak sering dikaitkan dengan siakap kerana ia adalah ikan mangsa yang sama-sama mendiami kawasan muara atau anak sungai paya bakau. Ia adalah sumber utama diet siakap putih. Udang hidup, beliak mata, selangat, kedera, bilis air dan jenis-jenis ikan kecil yang turut mendiami muara dan anak sungai juga sesuai dijadikan umpan.
Selain itu ikan tamban, selayang dan kembong menjadi pilihan alternatif jika jenis-jenis umpan di atas sukar didapati. Gewang menjadi salah satu teknik memancing yang cukup popular mengendap siakap putih. Yang rumit sedikit ialah jenis dan corak warna yang banyak mempengaruhi sentapan ke atas gewang.
Yang paling banyak digunakan ialah gewang jenama Halco Sorcerer, Nils Master, Rebel Fast-Trap, Rapala Magnum, Yozuri dan lain-lain jenama. Kesemua gewang pilihan kebanyakan mempunyai kombinasi warna biru atau hijau belang putih dan setengahnya coklat belang turut menjadi pilihan.
Teknik gewang menjadi pilihan utama kebanyakan pemburu siakap putih kerana kadar sentapan lebih tinggi berbanding yang mengunakan umpan. Pemangsa yang besar kerap dipancing dengan teknik ini. Pengunaan plastik lembut (soft plastic) banyak dipratikkan di kolam kormesil yang tidak di bincangkan dalam pemburuan siakap putih liar. Namun kini ia semakin digunakan secara meluas di kawasan-kawasan siakap liar.
Waktu Aktif
Yang menarik mengenai sikap siakap ialah ketia ia merembat umpan. Umumnya siakap gemar memburu awal pagi dan lewat petang sahaja. Kawasan pilihan ialah tepi-tepi pokok bakau, sekitar ranting pokok yang tumbang ke air, kawasan reba, benteng, sangkar peliharaan ikan dan tepi jeti jambatan atau dermaga.
Peluang lebih cerah jika masa tersebut berlakunya pergerakan air pasang atau air penuh. Musim yang terbanyak siakap liar dipancing ialah dari hujung April hingga Jun. Bulan Mei adalah paling banyak ikan ini dipancing kerana pada masa ini ia kuat makan sebelum musim bertelur pada September.
Malam hari ia gemar mendiami kawasan seperti tepi-tepi tiang jeti atau tiang jambatan yang banyak terdapat merentangi sungaai di negara kita. Jika di perhatikan dengan teliti dari atas jambatan kadangkala anda akan nampak objek hitam kaku di tepi tiang seperti hanyut.
Sekali sekala baru terserlah kilauan sisik perak apabila ia menyerang mangsa atau melakukan pergerakan badan. Masalahnya ramai yang baru menyedari objek yang dilihat adalah siakap kecuali mereka yang biasa kerja-kerja mengendap siakap bermain di tepi jeti pada malam hari.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...