Jika kita tengok otai-otai surfcaster ni macam senang je diorang cari pari. Bila turun memancing je dapat… turun je dapat. Tapi jangan risau… kami sudah dapat rahsianya. Berikut merupakan panduan yang diberikan oleh otai-otai surfcaster kalau nak target pari.
Ketahui keadaan tempat anda memancing. Jika anda memancing di kawasan landai dan berbeting, cubalah jelajah kawasan tersebut sewaktu air surut. Di sini anda boleh mengenal pasti lopak pari yang biasanya menjadi kawasan pari berkumpul.
Waktu terbaik untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mulai pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air limpas iaitu surut sepenuhnya.
Jarak lontaran jauh bukanlah menjadi faktor utama untuk anda mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga bermain di tepian pantai. Namun ada yang beranggapan lebih jauh anda baling, peluang untuk mendaratkan ikan lebih cerah terutama pada waktu air jalan pasang, iaitu waktu ikan mudik ke tepian.
Ads
Apabila pari melarikan tali, anda jangan cuba sedaya upaya melawan kembali tarikan tersebut. Biarkan dan kendurkan sedikit tali joran anda. Jika ada tanda-tanda pergerakan tali bermakna anda mempunyai peluang untuk membuat karauan.
Pari biasanya berpasangan. Jika anda berjaya menaikkan seekor ada kemungkinan untuk anda menaikkan pasangannya. Dan biasanya si betina lebih besar dari jantan.
Ads
Seelok-eloknya gunakan gancu untuk membawa naik ikan pari ini ke daratan. Agak bahaya untuk mencekup ikan ini menggunakan tangan kerana faktor sengat di pangkal ekornya yang boleh membawa maut.
Ads
Pakai pakaian yang sesuai seperti berlengan panjang, topi dan bercermin mata hitam ketika memancing. Jangan lupa membawa bekalan air secukupnya.
Bawa kerusi khas untuk anda duduk. Sama ada berhampiran joran anda atau duduk di tepi pantai sambil memerhati dan menunggu joran anda mengena ikan.
Lain tempat lain tekniknya. Cubalah bertanya pada mereka yang lebih aris untuk ketahui teknik perambut dan umpan yang sesuai memburu pari di sesuatu kawasan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan pacu merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja. Dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik yang mereput atau mati sebagai diet utama. Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.
Antara faktor penting dalam memancing ialah pengaturan umpan anda. Dalam memancing spesies pacu pula, tidak terlalu sukar dalam mengatur langkah menyediakan umpan kerana spesies ini merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja.
Bagi pacu bersaiz kecil, umpan cacing yang merupakan antara umpan terbaik. Pacu yang bersaiz kecil cukup gemar meratah umpan cacing yang juga menjadi umpan universal di kalangan kaki pancing. Selain cacing, umpan organ dalaman haiwan seperti perut dan hati ayam juga merupakan umpan yang terbaik untuk memancing pacu. Kulit dan lemak ayam juga boleh digunakan dan tidak mustahil mampu menggoda pacu bersaiz besar.
Selain itu, udang yang dikopek kulit juga antara menu umpan yang anda boleh cuba. Udang kopek yang dicangkuk seekor pada mata kail juga mudah untuk menarik perhatian si peragut rakus ini. Umpan dedak, pellet atau roti pula merupakan alternatif lain yang anda boleh gunakan.
Kebiasaannya umpan sebegini perlu ‘dirasuah’ terlebih dahulu untuk menarik perhatian sebelum umpan sebenar dilontarkan.
Teknik umpan bagi memancing pacu pula tidak sukar. Anda boleh menggunakan teknik pelampung, teknik dasar atau separa air bergantung kepada situasi padang pancing anda. Biasanya teknik pelampung lebih berkesan dengan umpan perut atau kulit ayam, pellet dan roti manakala teknik dasar lebih tertumpu kepada umpan hati ayam dan cacing.
Apa pun bergantung kepada usaha anda dan keadaan padang pancing, sedikit pemerhatian pasti akan membantu anda dalam pemilihan umpan dan teknik yang perlu digunakan. Jangan lupa untuk sering bersedia ketika si peragut akuatik ini melarikan umpan anda.
Ikan sepat boleh dipancing. Mereka yang tidak tahu cara saja yang mengatakan ia boleh ditangkap dengan cara menjala, menahan lukah atau bubu, memasang pukat atau menimba air di lopak yang mana ikan ini berada dan mengutipnya dan bukannya dengan cara memancing.
Bagaimana mahu memancingnya? Perkara berikut di bawah amat mustahak disediakan terlebih dahulu jika anda ingin memancing ikan ini.
Joran
Untuk memancing sepat, joran teleskopik atau joran pole rod bersaiz 9-15 kaki diperlukan. Lebih panjang joran lebih bagus. Ini kerana ada kalanya kumpulan ikan sepat akan timbul jauh daripada kedudukan yang anda boleh capai.
Mata kail
Untuk keberkesanan memancing sepat, tidak semua mata kail bersaiz kecil sesuai untuk digunakan. Mata kail udang galah juga bukanlah mata kail terbaik untuk memancing sepat yang bermulut kecil. Sebaiknya pilihlah mata kail berteras halus, kecil, ringan tetapi tajam dan kukuh.
Tali utama
Tali utama boleh gunakan tali sulam 2-6 lb atau boleh juga tali tangsi 4-6 lb yang berdiameter kecil. Namun penggunaan tali sulam adalah lebih bagus kerana lebih sensitif dan cepat tenggelam.
Umpan
Terdapat beberapa jenis umpan yang boleh digunakan seperti cacing merah atau cacing pokok pisang (halus) dan lumut. Boleh juga menggunakan dedak yang dibancuh liat dan digentel pada mata kail.
Umpan Rasuah
Dedak ayam bertujuan untuk menarik kawanan ikan sepat agak berkumpul di suatu tempat untuk dipancing. Caranya taburkan sebelum memancing, taburkan dahulu dedak di kawasan ikan sepat berkumpul.
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban. Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6.
Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail).Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkuk isi ikan tamban itu kemudiannya dilontar ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...