Penggunaan sesudu berkilat (chrome) atau berwarna terang amat praktikal. Ini disebabkan kawasan biasanya cetek dan air yang agak jernih.
Baling atau layangkan sesudu ke bahagian arus berbatu. Pastikan sesudu hanyut mengikut arus bukannya melawan arus. Kawal sesudu agar tidak tersangkut dicelah batu. Jika tersangkut memang susah nak lepas. Anda perlu menongkah arus melepasi kawasan sangkut untuk melepaskan sesudu.
Gunakan mata kail tunggal (single hook) bagi mengelakkan tersangkut. Jika nak guna mata tiga (treble hook) pastikan ia tidak terlalu besar melebihi saiz body sesudu.
Ads
Karau dengan kadar laju bagi menarik perhatian ikan. Untuk membolehkan sesudu beraksi ia perlulah dikayuh melebihi kelajuan arus.
Gunakan berat sesudu yang sesuai dengan arus agar ia mampu mencecah dasar. Antara 5 gram, 10 gram, 15 gram dan 20 gram.
Ads
Tip Keselamatan
Gunakan kasut yang sesuai. Sebaiknya pilihlah kasut yang tapaknya boleh mencengkam baik permukaan batu yang licin.
Pakai pakaian yang tidak terang kerana ikan boleh melihat perubahan di kawasan gigi air.
Ads
Elakkan memakai seluar jean, jika ada lebih banyak meranduk air. Perjalanan akan terganggu kerana material fabriknya akan membuatkan berat dan sukar untuk berjalan.
Bawa pisau atau parang sebagai alat mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan duri seludu dianggap boleh dipancing sepanjang tahun namun saya kurang arif bilakah waktu puncak ikan ini. Seludu tidak terus menelan umpan, tetapi akan bermain dan mengutis terlebih dahulu sebelum melarikan makanan.
Tapi jika seludu terlalu banyak di kawasan sama pasti rebutan terhadap umpan semakin meriah dan bertambah galak. Pemancing tidak menang tangan di buatnya.
Daya juangnya ketika melawan pemancing mempunyai keunikkan tersendiri. Pemancing yang sudah masak dengan alunan dan riak spesies ikan duri ketika mata kail berada di mulutnya mudah mengagak ikan dari peringkat permulaan lagi. Gaya henjutan semacam pada pecutan sekata adalah ciri-ciri utama seludu berlawan.
Melalui analisis saiz maksima seludu membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya.
Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.
Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.
Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksimum 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.
Selaras dengan tabiat ikan seludu yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut ke atas.
Seludu dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.
Perambut 30lb sepanjang 45cm merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb hingga 30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.
Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan di sebatnya. Seludu juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak ditolaknya.
Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun.
Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang, selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.
Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara.
Hirisan jangan terlalu besar kerana seludu tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilogram.
Namun seperti yang saya katakan ia tetap mampu memberi kepuasan kepada pemancing selain memberi cita rasa hanyir dan lendir ketika dipegang nanti.
Bagi kaki pancing yang berkunjung ke sangkar ikan Greenway, antara spesies ikan yang sering menjadi sasaran utama kaki pancing ialah kerapu, senangin dan jenahak. Menurut Vincent, kerapu sering menjadi sasaran utama kaki pancing yang biasa datang ke sini. Pun begitu, beberapa spesies lain seperti daun baru, ketuka, merah, tanda, gelama dan lain-lain juga boleh dipancing.
Keadaan arus di sini agak laju dan penulis menyarankan agar pemancing yang menggunakan batu ladung yang agak besar. Penggunaan umpan hidup seperti anak ikan paling efektif semasa kunjungan penulis namun umpan udang dan ikan kembong juga turut efektif berdasarkan pengalaman Vincent.
Secara keseluruhan, keadaan Greenway Fish Farm and Chalet memang sesuai sebagai lokasi untuk anda meluangkan masa bercuti bersama keluarga atau bersantai sambil memancing bersama rakan-rakan. Kaki pancing yang mahukan lokasi memancing santai dan merasakan angin laut, apa kata anda luangkan masa di sini nanti.
BAGAIMANA KE SINI?
Dari Kuala Lumpur, pandu ikut Lebuhraya Persekutuan hingga ke Pelabuhan Klang. Manakala jika anda dari Petaling Jaya boleh memandu mengikut NKVE. Pandu terus menuju ke Pelabuhan Klang (South Port).
Pilihan lain adalah menggunakan komuter. Dari Stesen KL Sentral, ambil perjalanan ke Stesen Pelabuhan Klang yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
Apabila anda tiba di jeti, anda boleh pilih perkhidmatan bot atau feri ke Pulau Ketam. Jika anda mahu terus ke Greenway, ambil bot ke sana kerana perkhidmatan feri membawa anda ke Pulau Ketam dan anda perlu menaiki bot lain ke Greenway.
(Untuk pakej terkini bolehlah hubungi pihak Greenway)
Antara lokasi terbaik memancing ebek di kebanyakan perairan Terengganu, Pulau Tenggol, Kemaman, Pekan selain pesisir pantai dan benteng berbatu. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan April hingga Ogos setiap tahun.
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang kerana ebek gemar berlegar di kawasan seperti ini.
Walaupun tidak mempunyai nilai yang tinggi sebagai hidangan makanan, kemampuan dan kekuatan dalam pertarungan cukup memberikan kepuasan kepada kaki pancing lebih-lebih lagi ebek bersaiz besar.
Ebek sebenarnya cukup agresif dan boleh mendatangkan kehampaan kepada kaki pancing andai memandang enteng kemampuan ikan yang mempunyai badan berkilat ini. Sejurus memakan umpan atau menyedari kail berada di mulutnya, ebek akan bertukar menjadi sangat agresif dengan tiba-tiba.
Spesies ini akan mengguna kekuatannya pada awal pertarungan dengan melakukan rontaan kiri kanan dalam usaha melepaskan kail sambil memecut laju. Jika pemancing dapat bertenang dan berjaya menahan asakan awal spesies ini, peratus untuk menaikkan ikan ini semakin tinggi kerana daya juang ebek semakin berkurang apabila semakin lama pertarungan berlangsung. Mungkin kerana sifatnya yang gemar melakukan serangan pada awal pertarungan.
Umpan Alami
Secara tradisional, kebanyakan pemancing menggunakan teknik pancingan dasar ketika memancing spesies ini.
Pancingan dasar spesies ini tidak tertumpu di lautan sahaja, malah sering dipraktikkan oleh pemancing pantai, pancingan di benteng pemecah ombak, di kelong dan pancingan muara dari tebing.
Bagi penggunaan umpan untuk kaedah ini, penggunaan udang merupakan antara yang paling popular di kalangan pemancing. Penggunaan udang kopek sering mampu menaikkan ebek juvenil di kawasan yang lebih hampir dengan daratan.
Penggunaan udang hidup juga sangat efektif untuk pancingan dasar dan pemancing boleh cuba menggunakan teknik ikatan yang memberikan udang tersebut ruang di pertengahan air, bukan berada betul-betul di dasar perairan.
Selain daripada penggunaan umpan udang hidup, pilihan kedua ialah anda menggunakan umpan sotong.
Anda boleh mencuba menggunakan umpan sotong cumit atau sotong mati yang dikelar agar kelihatan melambai ketika di dalam air. Umpan sotong juga efektif kerana ebek memang menjadikan sotong antara diet utama makanannya.
Selain kedua-dua umpan yang disebutkan di atas, pilihan lain untuk anda ialah umpan ikan seperti tamban.
Umpan ikan tamban juga boleh dijamah oleh ebek terutama yang bersaiz besar biarpun kekerapan henjutan mungkin sedikit kurang berbanding sotong dan udang. Namun bak kata orang, tak ada rotan, akar pun jadilah.
Bagi penggunaan umpan tiruan pula, menjerat spesies ebek popular dengan menggunakan teknik light jigging. Ramai pemancing konvensional di kalangan kaki jigging gemar memburu ikan ini menggunakan unjunan besi yang dikatakan cukup untuk memberikan kepuasan.
Oleh kerana ikan ebek mempunyai mulut yang agak kecil, unjunan jig ringan atau light jigging antara kaedah terbaik untuk mendaratkan ikan ini. Jig pada skala keberatan 15g-60g cukup sesuai untuk unjunan mencari ebek.
Untuk kaedah jigging, apabila strike berlaku, pemancing perlu lebih cermat mengawal keadaan dengan tidak terlalu kasar kerana bimbang rabut oleh kerana rahang ebek dikatakan agak lembut.
Selain unjunan besi, penggunaan soft plastic juga berkesan untuk menggoda spesies ebek. Soft plastic yang sedikit panjang dikatakan lebih efektif kerana alunan ekor melambai saat digayakan lebih menggoda untuk ebek membahamnya.
Penggunaan soft plastic dan mini jig juga boleh dipraktikkan di lokasi seperti rumah rakit atau kelong dengan sedikit variasi penggayaan berlainan. Apa pun, kilatan badan ebek yang berkilat dan bentuk bersegi seperti berlian tetap mampu mendatangkan kepuasan kepada kaki pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...