Suatu petang, kami berehat di jeti nelayan selepas menikmati juadah tengah hari. Pada masa yang sama terdapat 3 orang pelancong sedang leka memancing kawanan anak ikan yang bermain di bawah jeti berkenaan.

 

Di tengah keriuhan mereka, 2 daripadanya sering menggeleng kepala dan merungut akibat sering putus mata apollo dan terlucut apabila disergah ikan yang lebih besar. Apollo yang digunakan tidak dapat bertahan disergah ikan biasanya melulu ke bawah jeti sebaik sahaja menyambar umpan.

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

 

Pada mulanya mereka memancing ikan gombeng dan anak ikan bayan Sejenis ikan karang berwarna-warni dan mudah dijumpai bermain di jeti-jeti dan dermaga. Pada masa sama pancing mereka sering digasak oleh kumpulan ikan leper yang berada di bawah kawanan ikan gombeng terbabit.

Saya yang kebetulan memerhatikan tingkah laku mereka menawarkan diri untuk menjinakkan ikan terbabit.

 

Mengunakan Apollo buatan sendiri dipasang umpan hirisan ikan kecil tanpa pemberat. Memandangkan kumpulan ikan gombeng dan kumpulan anak ikan bayan terlalu banyak, umpan mudah dikikis sebelum sempat dijamah spesies yang dihajati.

Saya menukar saiz umpan lebih besar lagi di pasang batu ladung no 3. Teknik ini akhirnya berjaya memerangkap spesies dengkis ini.

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

IKLAN

 

Umpan, peralatan & teknik

 

Untuk memperdaya seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah pengumpanan stail apollo readymade dan paling mudah yang banyak dijual di kedai pancing.

 

Pilih apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8. Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air?

Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

IKLAN

 

Ada juga pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah menggunakan dedak.

 

Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang dikerumin ikan ini.

 

Sekejap sahaja jika kena tekniknya pasti kekili kecil anda akan berbunyi sreeeek! Ikan dengkis bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

IKLAN

 

Jika berhajat menggunakan set apollo buatan sendiri, tak perlu guna bulu hijau, terus ikat mata dengan perambut. Setelah saiz mata dipilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.

 

Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak berpintal antara satu sama lain. Dengan ini masalah memancing dapat dikurangkan dan membuahkan keseronokan berterusan.

Sebelum ini tidak terlintas di hati untuk membawa balik ikan dengkis sebagai hidangan sehinggalah kejadian di jeti tempoh hari.

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

 

Ikan yang saya berjaya pancing untuk tatapan pelancong kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja di lantai. 5 ekor tergolek dipungut kembali dan saya bawa pulang bersama hasil tangkapan yang lain.

 

Seorang teman mencadangkan agar ikan spesel ini dimasak cara stim. Dari perbandingan semasa kumpulan kami menikmati hasil di restoran tempatan, dengkis stim lebih diminati berbanding ikan gegerut masak asam pedas dan kerapu masak tomato. Rasa daging ikan dengkis boleh tahan juga sedapnya!

 

Teknik Menjerat Ikan Dengkis Dengan Apollo

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI