Sebelum saya ceritakan teknik casting udang hidup muara Sungai Kongkong, Johor memburu spesies ketutu, saya ingin perkenalkan dulu spesies harga mewah ini. Ikan ketutu atau ikan ubi, ikan hantu, belontok atau ikan hantu (bahasa Inggeris marble sleeper atau marble goby dan dalam bahasa Kantonis soon hock), nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara.

 

Teknik Casting Ikan Ubi Guna Udang Hidup

 

Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Spesies ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir.

 

IKLAN

Teknik Casting Ikan Ubi Guna Udang Hidup

 

Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ianya sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa.

 

IKLAN

Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya.

 

Teknik Casting Ikan Ubi Guna Udang Hidup

 

IKLAN

Cara memancingnya di sungai Kongkong ini sama sahaja dengan teknik memancing siakap. Casting dengan menggunakan udang hidup di lokasi strategik di muara sungai terutamanya di kawasan pohon tumbang.

 

Dengan menggunakan rod casting seperti memburu siakap, udang hidup disasarkan ke lubuk terpilih dan dibiarkan ia mencecah dan dikarau dengan perlahan. Sekiranya terdapat ketutu di situ, pasti ia akan menerkam udang hidup tersebut.

 

Teknik Casting Ikan Ubi Guna Udang Hidup

(Oleh: Chedin Angler)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI